Sunnah-Sunnah Pada Hari Arafah

Sunnah-Sunnah Pada Hari Arafah9 Zulhijjah iaitu hari Arafah dan bagi jemaah haji mereka akan berwukuf pada hari tersebut. Sempena kemasukan hari yang mulia ini, disunatkan bagi orang yang tidak menunaikan haji untuk berpuasa kerana fadhilatnya cukup besar yang mana ia akan menghapuskan dosa setahun sebelum dan selepas bagi orang yang berpuasa padanya. 

Hari Arafah



1) Berpuasa Pada Hari Arafah


Daripada Abi Qatadah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda apabila ditanya tentang puasa pada hari Arafah:

 يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ 

Maksudnya: “Puasa pada hari tersebut akan menghapuskan dosa setahun yang lalu dan akan datang”. [Riwayat Muslim (1977)] 

Sekiranya seseorang itu terlupa untuk berniat pada malam hari atau sebelum daripada Subuh, maka mereka masih lagi dibenarkan untuk berniat selagimana belum memasuki waktu Zuhur dengan syarat mereka tidak makan atau minum sepanjang tempoh tersebut. Ini kerana, tempoh niat bagi puasa yang sunat adalah berbeza dengan puasa yang wajib. 

2) Banyakkan Berdoa Pada Hari Arafah


Tambahan pula, antara sunnah lain adalah memperbanyakkan berdoa padanya. 

Daripada Abdullah bin ‘Amr, bahawa Nabi SAW bersabda:

 خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ 

Maksudnya: “Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah”. [Riwayat al-Tirmizi (3509)] 

3) Bertakbir Selepas Solat Fardhu


Selain itu juga, disunatkan untuk bertakbir selepas menunaikan setiap solat fardhu atau dinamakan sebagai takbir muqayyad iaitu bermula selepas solat Subuh pada hari Arafah dan berakhir selepas waktu Asar pada 13 Zul al-Hijjah iaitu hari Tasyriq yang terakhir. 

Daripada Ali dan Ammar R.Anhuma berkata: 

كَانَ يُكَبِّرُ مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ صَلَاةَ الْغَدَاةِ وَيَقْطَعُهَا صَلَاةَ الْعَصْرِ آخِرَ أَيَّامِ التَّشْرِيقِ 

Maksudnya: “Adapun Baginda SAW bertakbir pada Hari Arafah selepas solat al-Ghadah (Subuh) dan menghentikannya selepas solat Asar hari terakhir dari hari-hari Tasyriq.” [Riwayat al-Hakim (no. 1111) dengan sanad yang sahih] 

DOA DI HARI ARAFAH


Sudahkah anda membuat senarai doa yang mahu anda pohon kepada Allah? Berikut adalah beberapa doa yang anda boleh masukkan dalam senarai anda, Insya Allah:


1. Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar - selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus


2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman.. yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.


3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw).


4. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.


5. Ya Allah selamatkanlah saudara-saudaraku dan sahaba-sahabatku dari neraka. Kurniakan mereka hidayahmu.


6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.


7 Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.


8. Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.


9. Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi


10. Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.


11 Ya Allah, masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.


12. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku kepadaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaanku kepada keesaan Mu, kehebatan Mu dan kekuasaan Mu.


13. Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (saw).


14. Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu


15. Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.


16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.


17. Oh Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.


18. Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku.


19. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.


20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.


21. Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah.


22. Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.


23. Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.


24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.


25. Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.


26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.


27. Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu..


28 Ya Allah lindungi kami dari iblis, syaitan dan jin. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.


29. Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil sehingga kami dewasa.


30. Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kequfuran, putus asa, salah laku dan syirik.


31. Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.


32. Ya Allah tamatkanlah segera wabak Coronavirus Covid 19 ini agar kami dapat kembali hidup seperti sedia kala bekerja, beribadah di masjid, menyambut hari raya, berjumpa ibu bapa dan keluarga.


Akhir kata, semoga kita menghidupkan sunnah-sunnah ini agar kita digolongkan dalam kalangan hamba-hamba Allah SWT yang diberi keampunan serta pelepasan dari api neraka berdasarkan kepada sebuah hadith: 

Daripada Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: 

مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللهُ فِيهِ عَبْدًا مِنَ النَّارِ، مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ 

Maksudnya: “Tidak ada satu hari yang lebih banyak dibebaskan hamba-Nya daripada api neraka melainkan pada hari Arafah”. [Riwayat Muslim (2402)] Wallahua'lam





Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post