Masak Lemak Sayur Jambu Golok Dan Sotong

Masak Lemak Sayur Jambu Golok Dan Sotong | Assalamualaikum. Entri pembuka bulan Jun dengan resipi dari Terengganu. Resepi orang lama yang sangat sedap dan 'mahal' rasanya. Kenapa mahal? Buah jambu golok ni bermusim dan musimnya pula sekali dengan musim mencandat sotong di Terengganu sekitar bulan April sehingga Ogos. Jadinya, nak merasa sayur jambu golok atau buah gajus ni hanyalah setahun sekali ketika sampai musim.

Mahalnya Buah Jambu Golok!

'Mahal' bukan hanya pada rasa masakan. Tapi harga buah jambu golok atau buah gajus ni boleh tahan juga ye. Di pasar berdekatan dengan Yaya harganya mencecah RM 15 sekilo. Ingatkan harga kat pasar sini dah mahal, tapi bila Kak Lya bagi tahu harga kat kawasan dia RM 30 sekilo..Mak aihh..dah up level jadi buah kayangan dah ni.

Kalau di kampung-kampung pokok jambu golok tumbuh merata di tepi jalan. Ada yang tak bertuan. Buah-buah pula gugur macam tu je atas jalan. Itu yang mak Yaya akhirnya tanam sendiri dua pohon pokok jambu golok ni. Tahun ni berbuah sulung. Jadi, kami dapat ulang beberapa kali masak lemak sayur jambu golok. Jiran-jiran pun sama dapat merasa sikit sorang, tapi bagi buah je lah. Masak sendiri-sendiri ye. Haha.  

Masak Lemak Sayur Jambu Golok Bersama Sotong
Gambar semalam, adik Wazif bergambar bersama lukisan buah jambu golok di Perpustakaan Negeri.


Nak memasak pun mudah je. Cuma buah tu kena betul-betul bagi hilang rasa kelat. Sotong tu pula cuci bersih-bersih. Yaya memang akan buang semua kulit sotong biar tak nampak dah kulit merah. Sejenis apa diri ini pun tak tau. Yaya masak ketupat sotong pun kuah sure putih melepak. Hihi.


Resepi Masak Lemak Sayur Jambu Golok Dan Sotong  


BAHAN-BAHAN:

  • 10 biji jambu golok atau buah gajus
  • 5 ekor sotong | dihiris
  • 2 ekor ikan selayang | direbus dan diasingkan isinya, kemudian ditumbuk
  • Cili merah | dihiris memanjang
  • 1 kotak santan | 200ml
  • Bawang besar | dihiris 


Cara memasak sayur jambu golok atau buah gajus




Cara Memasak Sayur Jambu Golok

 
1. Cincang jambu golok. Ramas perlahan bersama garam kasar supaya airnya keluar untuk menghilangkan rasa kelat buah jambu golok (tak perlu tambah air). Kemudian, ulang beberapa kali dengan air biasa supaya tiada lagi rasa kelat.

2. Kemudian, masukkan kesemua bahan kecuali sotong dan isi ikan ke dalam periuk. Kacau dengan api yang perlahan supaya kuah menjadi cantik.

3. Dah menggelegak, masukkan sotong dan isi ikan. Kacau sehingga sotong masak. Jangan terlalu lama nanti sotong jadi liat.

4. Akhir sekali, apabila sudah mendidih masukkan garam dan serbuk perasa. Kacau rata. Siap untuk dihidangkan!





masak lemak sayur jambu golok Terengganu

Ada cerita di sebalik gambar ini. Sebenarnya itu je baki yang tinggal. Ambik gambar semasa penyediaan, semasa sedang masak kemada masa hidang tu boleh lupa nak ambil gambar. Kenyang perut baru teringat gambar lupa ambil. Haha.

Selalu sangat tau macam ni. Korang macam ni jugak ke selalu lupa nak ambil gambar makanan siap masak? Cepat ngaku!


Kebaikan Buah Jambu Golok Aka Gajus


Buah gajus, juga dikenali sebagai jambu golok atau cashew dalam bahasa Inggeris, adalah sejenis buah yang popular di Malaysia dan mempunyai pelbagai kebaikan untuk kesihatan. Berikut adalah beberapa kebaikan buah gajus:

  • Kaya dengan Nutrien: Buah gajus mengandungi pelbagai nutrien penting seperti vitamin C, vitamin K, zink, dan selenium. Vitamin C adalah antioksidan yang membantu memperkuat sistem imun tubuh dan melindungi sel-sel dari kerosakan radikal bebas.
  • Sumber Zat Besi: Gajus mengandungi zat besi yang penting untuk pembentukan hemoglobin dalam darah. Hemoglobin adalah protein dalam sel darah merah yang membantu mengangkut oksigen ke seluruh badan.
  • Rendah Lemak Tepu: Gajus adalah salah satu jenis kacang yang rendah lemak tepu, yang boleh membantu dalam pengurangan risiko penyakit jantung.
  • Sumber Tenaga: Buah gajus mengandungi karbohidrat dan protein, yang menyediakan tenaga kepada badan. Ini menjadikannya snek yang baik untuk meningkatkan tenaga semasa aktiviti fizikal atau mental.
  • Kaya dengan Serat: Meskipun kacang gajus mengandungi sedikit serat berbanding buah-buahan lain, ia masih menyediakan serat yang membantu sistem pencernaan berfungsi dengan lancar.
  • Baik untuk Kesihatan Mata: Gajus mengandungi zat besi, selenium, dan zeaxanthin, yang semuanya baik untuk kesihatan mata. Makanan ini dapat membantu melindungi mata daripada penyakit mata seperti degenerasi makula.
  • Mengurangkan Kolesterol: Beberapa kajian menunjukkan bahawa mengambil gajus dalam pemakanan dapat membantu mengurangkan tahap kolesterol dalam darah, yang baik untuk kesihatan jantung.
  • Mengurangkan Risiko Diabetes: Gajus juga dikaitkan dengan pengurangan risiko diabetes tipe 2 kerana kandungan nutrien yang seimbang.
  • Kulit yang Sihat: Minyak gajus sering digunakan dalam produk kosmetik kerana ia dapat membantu melembapkan dan menjaga kulit.

Walaupun buah gajus mempunyai banyak kebaikan kesihatan, adalah penting untuk mengambilnya dalam jumlah sederhana kerana ia juga mengandungi kalori yang tinggi. Oleh itu, pastikan untuk menikmati buah gajus sebagai sebahagian daripada pemakanan yang seimbang.

Yaya Azura

Yaya | Blogger Since 2010 | Email : yayaazura82@gmail.com

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post