Awan Pelangi - Memukau Sungguh Iridescent Cloud

Awan Pelangi - Memukau Sungguh Iridescent Cloud | Yaya berkesempatan mengambil gambar awan yang cantik pada dua hari lepas semasa jemput adik balik dari sekolah. Warna-warni di langit seperti warna pelangi yang sangat indah menarik perhatian kami berdua. 

Adik Wazif bila nampak je terus sebuat 'aurora ibu..aurora tu'. Aurora tu cahaya terang di langit pada waktu malam lah anak. Ni siang hari bukan aurora anak oii. Pelangi petang ni. Cepat-cepat Yaya keluarkan kamera. Dapatlah sekeping gambar. Tak nak lah berlama-lamaan depan pagar sekolah yang sesak walaupun tak menghalang lalulintas.


Awan pelangi Iridescent Cloud Di Kuala Terengganu




Awan Pelangi atau Iridescent Cloud

Rupa-rupanya  fenomena alam  yang kami nampak tu dikenali sebagai Awan Pelangi atau ‘Iridescent Cloud’. Selama ini biasa tengok pelangi yang terjadi bila hujan panas je. Pelangi dengan tujuh lapisan warna tu. 

Tapi kali ini tompokan awan yang berwarna-warni.  Tahu pun bila nampak ramai yang kongsikan gambar di Facebook. Cantik-cantik gambar awan pelangi yang mereka ambil. Rasa menyesal pulak Yaya tak ambil gambar betul-betul sebelum tu. Ni ambil gambar sambil melangkah. Haha.


Awan Pelangi di Kuala Terengganu

Fenomena alam dikenali sebagai ‘Iridescent Cloud’ yang jarang berlaku tersebut dapat dilihat di sekitar bandar raya Kuala Terengganu terutama Durian Burung di sini antara pukul 5 petang hingga 6 petang pada 12 Jun 2023.

Fenomena awan pelangi itu bukanlah sesuatu yang luar biasa walaupun amat jarang berlaku.

Fenomena ‘Iridescent Cloud’ terjadi apabila awan melindungi cahaya matahari. Puncak awan tinggi yang mengandungi kristal ais akan membiaskan cahaya matahari menyebabkan warna pelangi terhasil.

Fenomena optik ini agak jarang berlaku di mana awan yang sangat nipis berhampiran matahari diwarnakan dalam warna spektrum. Biasanya warna-warna ini adalah pastel dan pucat tetapi dalam keadaan tertentu warna ini boleh menjadi sangat terang.


Warna pelangi

Fenomena awan pelangi yang berlaku di langit Ribeirao Claro, Brazil pada tahun 2018. 
(Kredit gambar: abcnews.go.com)

 



Awan Pelangi

Fenomena awan pelangi yang berlaku di China.
(Kredit gambar: https://m.weibo.cn/u/7430235891)


Masya Allah. Begitu hebat kuasa Allah SWT . Tuhan yang mencipta segala yang ada di langit dan di bumi. 


Yaya Azura

Yaya | Blogger Since 2010 | Email : yayaazura82@gmail.com

1 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. Subhanallah, cantiknya dan pasti lebih cantik kalau dilihat denga mata sendiri ni..

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post