Solat Taubat - Bersihkan Hati Dengan Memohon Keampunan Allah

Solat Taubat - Bersihkan Hati  Dengan Memohon Keampunan Allah | Sifat manusia ini tidak sempurna. Sentiasa kita melakukan khilaf dan dosa sama ada secara sengaja atau tidak. Kadang tu kita tak sedar pun kita telah melakukan dosa. Sebab itu lah kena sentiasa bersihkan hati dengan melakukan solat taubat. 

Jangan di biarkan dosa-dosa berkumpul, lama-kelamaan hati menjadi hitam dan keras. Buat dosa pun dah tak rasa bersalah. Buatlah solat taubat sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Taubat nasuha pula merupakan kemuncak penyesalan tertinggi dalam agama Islam. Taubat yang sebetul-betulnya taubat dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan yang sama lagi.

Apa Itu Solat Taubat

Cara Solat Taubat




Solat taubat adalah solat yang disunatkan untuk dilakukan setelah seseorang menginsafi kesalahan diri atas segala dosa yang telah dilakukan atau merasakan diri telah berbuat dosa dan ingin bertaubat memohon pengampunan dari Allah SWT.

Solat taubat memainkan peranan penting dalam kehidupan seorang Muslim kerana bertujuan untuk membersihkan hati dan menjalin kembali hubungan yang baik dengan Allah SWT.

Mengikut pandangan kebanyakkan ulamak, solat sunat taubat boleh dikerjakan sebanyak dua, empat dan enam rakaat.


Manusia yang baik di hadapan Allah bukan mereka yang tidak pernah melakukan kesalahan, tetapi mereka yang segera bertaubat setelah melakukan kesalahan.


Syarat Solat Taubat

Syarat-syarat taubat adalah:

1) Benar-benar menyesal terhadap perbuatan atau dosa yang lalu
2) Meninggalkan perbuatan yang membawa dosa tersebut
3) Berjanji pada diri tidak akan melakukan perbuatan dosa itu lagi

Tetapi apabila kita melakukan dosa terhadap sesana manusia seperti mencuri, mengumpat, memukul dan sebagainya, maka hendaklah ditambah lagi satu syarat iaitu: 

4) Memulangkan semula barang yang dicuri dan memohon maaf atas kesalahan yang telah dilakukan.


Waktu Untuk Melakukan Solat Sunat Taubat

Solat taubat boleh dilaksanakan pada bila-bila masa sahaja kecuali waktu-waktu yang diharamkan untuk sola. Inikerana solat taubat perlu disegerakan sebaik sahaja melakukan dosa.  Segera beristigfar dan solat taubat setelah melakukan dosa untuk memohon keampunan dibimbangi jika ditangguh nanti hati kita akan semakin keras ataupun kita mati sebelum sempat bertaubat.   

Waktu haram solat

  • Sesudah solat subuh
  • Ketika matahari hampir terbit atau sedang terbit.
  • Ketika rembang iaitu matahari tegak di atas kepala.
  • Ketika matahari hampir terbenam.
  • Sesudah solat asar.



Waktu sunnah solat taubat

Disarankan untuk melaksanakan solat taubat pada waktu-waktu yang dianjurkan dan penuh berkah, seperti waktu-waktu sunnah.
  1. Solat Tahajjud: Solat Tahajjud dilakukan setelah tidur sebentar pada malam hari sebelum waktu Subuh. Ini adalah waktu yang sangat dianjurkan untuk beribadah, termasuk melakukan solat taubat.
  2. Solat Dhuha: Solat Dhuha dilakukan setelah terbitnya matahari beberapa waktu setelah Subuh. Ini adalah waktu yang penuh berkah untuk melaksanakan solat sunnah, termasuk solat taubat.
  3. Solat Sunnah Rawatib: Solat sunnah rawatib adalah solat sunnah yang dianjurkan sebelum dan sesudah solat fardu wajib. Anda dapat melaksanakan solat taubat sebagai bagian dari solat sunnah rawatib sebelum atau sesudah solat fardu.
  4. Waktu-waktu Mustajab: Selain itu, ada beberapa waktu yang dianggap mustajab atau waktu yang lebih dicontoh oleh amal ibadah, termasuk solat taubat. Contohnya, menjelang akhir waktu hari Jumaat, saat hujan turun, antara azan dan iqamah, serta di waktu sepertiga malam terakhir.

Walaupun begitu, terdapat  waktu yang disarankan untuk anda melakukan solat ini. Contohnya pada waktu anda bangun untuk melakukan solat malam. Keadaan pada waktu malam yang lebih sunyi menjadikan kita lebih tenang tenang dan berasa dekat dengan Allah SWT.


Cara Solat Taubat

1. Dilakukan dua rakaat seperti solat sunat biasa dengan lafaz niat: 

Lafaz Niat Solat Taubat





Lafaz niat solat taubat:

Usolli Sunnata Ttaubati Rok'ataini Lillahi Taala

Maksudnya: ''Sahaja aku solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta'ala''

2. Setelah membaca surah Al-Fatihah pada setiap rakaat diteruskan membaca surah berikut:

  • Rakaat pertama: Surah Al-Kafirun
  • Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas

* atau mana-mana surah yang disukai

3. Digalakkan membaca tasbih sujud iaitu doa nabi Yunus pada sujud terakhir, sebelum duduk tahiyat akhir sebanyak 40 kali.

Tasbih Sujud Solat Taubat doa Nabi Yunus



Tasbih Sujud dengan doa Nabi Yunus

La ilaha illa anta, subhanaka inni kuntu mina z-zolimin

Maksudnya: ''Tiada tuhan melainkan Engkau, sesungguhnya aku telah menzalimi diriku sendiri dengan kezaliman yang banyak. Maka tiada siapa yangdapat mengampuni dosaku melainkan Engkau. (Surah Al-Anbiya: 87)

4. Disarankan beristighfar seberapa banyak kali selepas selesai memberi salam. Istighfar boleh sahaja dilakukan dengan mengucapkan lafaz ‘’Astaghfirullah’’, ataupun istighfar dalam ertikata lain adalah bertaubat kepada Allah S.W.T. Iaitu seseorang itu menyesal terhadap maksiat yang dilakukan, berhenti dari melakukannya, serta berazam untuk tidak mengulanginya kembali buat selamanya.

Istighfar selepas solat taubat

Maksudnya: '' Aku memohon keampunan Allah yang Maha Besar, tiada tuhan melainkan Allah, Diala yang Maha Hidup, Maha Berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya''



Kesimpulan - Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang


Dan sesiapa yang melakukan suatu keburukan atau dia menzalimi dirinya, kemudian dia memohon ampun kepada Allah nescaya dia akan mendapati bahawa Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
 [Surah Al-Nisaa : 110]


Dan orang-orang yang melakukan kejahatan kemudian mereka bertaubat sesudah itu dan beriman, (maka) sesungguhnya Tuhanmu sesudah itu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Surah Al-A’raaf ayat : 153)


Setiap manusia tidak akan pernah lari dari melakukan dosa. Segeralah solat taubat dan memohon keampunan dari Allah SWT. Allah SWT memberitahu bahawa Dia Maha Pengampun dan akan mengampunkan segala dosa hamba-hambaNya. 

Walau sebesar mana dosa kita dengan Allah SWT, ingatlah Allah SWT itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani, maka mohonlah keampunan dari Nya. Taubatlah dengan sebenar-benar taubat. Semoga taubat kita diterima Allah SWT.


Yaya Azura

Yaya | Blogger Since 2010 | Email : yayaazura82@gmail.com

2 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. Alhamdulillah... Perkongsian yang menarik. Semoga kita semua sama-sama diberikan petunjuk dan terus beramal soleh

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post