Thursday, October 25, 2018

Goody Bag Birthday Untuk Kawan-Kawan Tadika Adik Wazif

Assalamualaikum,

Bukan sekadar jamuan makan, menyediakan goodies bag ketika majlis hari jadi kanak-kanak sudah menjadi trend.  Abang Wafiq pernah tanya ibu, 'kenapa kita kena bagi hadiah (goodies bag) kepada kawan-kawan? birthday kita sepatutnya kawan-kawan lah yang bagi hadiah kepada kita?' jawapan yaya ringkas. Kalau abang Wafiq happy meraikan hari jadi, apa salahnya kita gembirakan pula kawan-kawan dengan bagi hadiah kepada mereka.

Tak semua orang merasa meraikan hari jadi dengan makan kek, tak semua orang dapat hadiah hari jadi. Yaya pernah terbaca pendapat seorang guru mengenai meraikan hari jadi di sekolah. Dalam kes ini, cikgu ini cikgu sekolah rendah ye.. betapa ada murid yang sangat gembira bila meraikan hari jadi rakan sekelas. Memikirkan rakan anak-anak kita ada yang hanya berpeluang makan kek ketika hari jadi rakan, memang rasa sedih sangat. Kita tak pelu tunggu hari jadi, rasa nak makan kek, terus buat, terus pergi beli. 

Kali ini yaya kongsikan goodies bag yang tak seberapa ini untuk rakan-rakan tadika adik Wazif. Sangkaan yaya pelajar tahap 1 (5tahun) dalam lingkungan 60 orang, tapi bila confirmkan dengan guru kelas semua sekali ada 78 orang (4 kelas). Tahun ni adik request kek transformer bumble bee. Jadi goodies bag pun ibu selitkan sedikit tema transformers.


Imej dan ayat dari google..edit pun guna phone je. yaya buat hitam putih dan print atas kertas berwarna..lepas tu boleh tampal pada paper bag. Disebabkan tak jumpa paper bag bertali plain colour jadi ibu guna paper bag putih nipis macam dalam gambar di bawah.

ayah print dan potong..tugas ibu tampal je..100 pcs semuanya..jenuh juga nak menampal..hihi..ibu dah siapkan awal-awal lagi bahagian ni..tak nak kalut kemudian hari..hihi


dalamnya ada chipsmore mini, wafer, layer cake, puding dan juga bookmark. chipsmore tu kebetulan Giant buat sales..dapatlah murah sikit.


bookmark transformer..2 sided..depan letak ucapan, side belakang letak game, ada dapat game matching atau word search. nie masa nak tebuk lubang punch hole 3mm tak dapat kesan yaya simpan mana. Yang ada cuma yang 6mm.. terus ibu pergi cari di bookstore, nasib ada stock..boleh je nak guna yang 6mm tu tapi biasalah ibunya nie..kalau boleh segala jenis stationeries nak ada dalam rumah..haha


diamond mosaic sticker..borong kat Shopee 100 pcs..design random... kalau ikutkan adik wazif dia minta belikan robot transformer untuk kawan-kawan dia..ibu cakap tunggu ibu kaya raya dulu ye..haha.


ibu happy bila tengok adik wazif happy, kawan-kawan adik pun happy..



1 comment:

  1. Happy Bezday Wazif.....
    Betullah kan Yaya, tak semua mereka dapat merasa mcm yang kita buat utk anak kita. Sekurang kurangnya kita berkongsi kegembiraan dengan mereka, jadiklah kan..

    Meriah tu jajan dlm goody bag wazif. Mcm mcm ada

    ReplyDelete