Wednesday, November 14, 2018

Silibus pendidikan rasuah akan diperkenalkan

Assalamualaikum,

Baru-baru ni menteri pendidikan umum mansuh peperiksaan untuk tahun 1, 2 dan 3 bermula tahun hadapan. Semalam pula umum lagi satu berita baru, pendidikan rasuah akan diperkenalkan mulai pertengahan tahun hadapan.

Mujurlah hanya dijadikan silibus dan diselitkan dalam subjek sivik, bukanlah dijadikan subjek baru.
Kalau tak bertambahlah berat beg sekolah anak dengan penambahan buku teks.

Pandangan yaya?

Kesiannya anak-anak kita. Kecil-kecil macam-macam benda dah nak kena belajar kat sekolah tu.

Masalah seks suruh diperkenalkan pendidikan seks, masalah kemalangan disuruh diperkenalkan Pendidikan Keselamatan Jalan Raya, semua anak-anak kecil yang menanggung. Di sekolah cikgu ajar pendidikan keselamatan, tapi anak duk tengok makpak langgar lampu merah dan parking sesuka hati Korang rasa anak akan adapt yang mana dalam kehidupan mereka? Ajaran mana lebih berkesan?

Ibu bapa jadilah contoh terbaik untuk anak-anak. Tingkah laku kita anak jadikan teladan. Tukar kerajan, tukar menteri, dasar dan pelaksanaan pun ikut bertukar. Jangan politikkan sistem pendidikan negara. Huru hara dah yaya rasa sistem pendidikan negara kita ni. Sekejap begitu sekejap begini. kita parents ni pun pening, pengurusan di tahap sekolah apatah lagi. Kesian cikgu-cikgu. Ye dak?



3 comments:

  1. Betul tu.. Mak bapak pun mainkan peranan yang penting. Tak semua cikgu dapat nak cover. Cikgu ada byk lg anak murid nak pantau..

    ReplyDelete
  2. Oh ye ke.... hakak ni sejak sejak dah tak de anak sekolah rendah tak berapa ambik tau sangat. Ambik tau pasal hiburan je hihi...teruk betul kan hahahah

    ReplyDelete
  3. salam perkenalan sis..ada jugak sy terdengar berita pasal ni..itu lah kesian anak2 kita,..btw done follow blog sis jemput singgah my blog ya

    ReplyDelete