Bunga Fuschia @ Anting-Anting

Assalamualaikum,

2 minggu lepas Yaya cuci mata di nursery pokok.. tengok pokok-pokok pelbagai spesies dan warna memang menenangkan fikiran. Akhirnya Yaya sambar 3 pasu pokok daisy yang berlainan warna. Belum 'akhirnya' rupa-rupanya..haha..sebelum melangkah keluar dari nursery mata terpandang pada pokok gantung..ada sejenis pokok ni sangat cantik! ibarat jatuh cinta pandang pertama.

Tanya pada pekerja nama pokok..tapi pekerja pun tak tahu, pokok baru sampai katanya..nak tanya pada tauke, nampak sibuk melayan pelanggan lain. Malas fikir panjang akhirnya yaya beli juga pokok yang namanya belum diketahui. Harga sepasu boleh tahan, RM 20.00.

2 minggu berlalu..baru petang semalam yaya sempat snap gambar, dah petang tak berapa nak kembang bersungguh dah bunga ni..haha..semalam yaya siasat juga nama bunga ni menggunakan google image.

Akhirnya, nama dapat dikesan. haha. Fuschia nama diberi, juga dipanggil dengan pelbagai gelaran. Ada yang panggil bunga anting-anting. Kalau di Indonesia ada yang menyebut bunga menari, peri bersayap. Di negara kita panggil apa ye?

Bunga Fuschia berasal dari negara Amerika Selatan dan mempunyai lebih kurang 100 spesies. Mak oii..banyaknya..yang sepohon ni cantik amat dah..tak terbayang dengan spesies yang lain tu. 

Yaya ingatkan nama Fuschia tu diberi sebab warna bunga tu sendiri, tapi meleset sekali jangkaan Yaya. Nama Fuscia dikatakan diberi sebagai penghargaan kepada penanam pertama iaitu Leonhard Fuchs, seorang botanist daripada Jerman. 

Alahai Yaya...Nama warna Fuschia tu sendiri di ambil sempena nama bunga Fuschia. ok..yang tanam pokok Leonhard Fuschs pada kurun ke 16, lepas tu nama pokok diberi nama Fuschia, dan kebetulan lagi warna pokok Fuschia berwarna merah ungu..dan gabungan warna merah ungu diberi nama Fuschia pada abad ini sempena nama bunga Fuschia tu..eh korang paham tak ni sis bebel apa..hahaha.

Apa-apa je lah ye..asal pokok Fuschia yaya berkembang mekar sudah..









4 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. Cantik la pokok bunga ni...akak kalau bab bunga memang suka..tapi bila tanam sure tak jadi..orang tua cakap tangan panas..

    ReplyDelete
  2. bunga-bunga tu nak perhatian lebih dari akak tu..

    ReplyDelete
  3. Pepel betul warna dia ye Yaya.. cantiklah....
    Hari tu ada gak beli bunga, kononnya nak mencantikkan porch yg sekangkang kera tu sudahnya mati kena kencingkan dengan kucing hari hari huhu

    ReplyDelete
  4. pernah jugak tengok bunga ni, memang cantik bila banyak kumtum berbunga :D

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post