Thursday, October 11, 2018

Nasi Ayam Penyet Sambal Berapi

Assalamualaikum,

Dah lunch ke semua? masak apa hari ni? yaya yang berkerja ni cari makan la time lunch..ada hari nak makan simple-simple je..nak makan goreng-goreng..keropok goreng, ayam goreng..ada hari lapar amat kena cari nasi..biasanya kalau tengah hari dah lunch nasi, makan malam jamah sikit-sikit je..ye ke sikit? haha..yaya masih suka suapkan anak-anak..biarpun dorang berdua nampak besar di mata orang lain tapi di mata ibu rasa macam masih baby..hahaha..satu pinggan nasi penuh kongsi 3 mulut..biasa adegan suap-suap ni bukan setiap hari pun..kalau petang sampai lambat rumah memang bersuap la time makan..kena kejar masa..nak mandi lagi, solat, mengaji, kerja sekolah lagi..9.30 memang budak berdua tu dah baring nak tidur..

Tengah hari ni rasa nak makan ayam penyet. Dah pernah order sekali sebelum nie..memang puashati..ayam besar, nasi banyak, yang utama sambal tu..fuh..pedas berapi meletop gitew! yaya ni bukan tahan makan pedas-pedas..tp nak juga makan..ambil sikit-sikit je la sambal tu..tu pun dah merah hidung!

Hari ni order nasi ayam penyet dengan tauhu begedil..tak menyesal la order..berbaloi-baloi! makin kerap la yaya order makanan nampak gayanya..nak hadap jalan jem tengah hari ni tak sanggup oiii..ada je kedai makan dekat-dekat ofis ni tapi kalau dah selalu sangat jemu juga jadinya. Bawa bekal ke ofis? sentiasa difikirkan tapi tiada kata putusnya..haha.

nasi ayam penyet rm 6


tauhu begedil rm 5


Nie kalau korang area Kuala Terengganu nak try nasi ayam penyet sambal berapi ke, tauhu bergedil ayam kicap berapi ke boleh la cod dengan Ummi Atin..boleh search FB 'Ummi Atin'. Sedap di tekak yaya..kalau tak kena selera korang jangan salahkan ahkak ye..hehe.


No comments: