Tempe Goreng Rangup | Tempe banyak khasiatnya. Suatu ketika dulu Yaya tak berapa suka dengan tempe ni. Pertama kali makan tempe dapat tempe yang lembik. Emak pula tak pernah menyediakan masakan jawa seperti tempe ni. Jadi Yaya tak pernah tahu rasa tempe yang sedap macam mana.

Sehinggalah dah belajar dan pandai beli makanan luar. Pertama kali mencuba sambal tempe di restoran yang menyajikan pelbagai menu masakan Padang. Tempe goreng rangup yang dimasak sambal bersama ikan bilis, kentang dan kacang tanah memang memikat jiwa. Bermula dari situ lah Yaya jadi pencinta tempe. 

Kali ini Yaya nak berkongsi cara membuat tempe goreng yang rangup. Sesuai dijadikan juadah minum petang. Nak menyediakannya pula cukup mudah. Penggunaan jintan manis dalam bancuhan tepung yang menjadikan tempe goreng ni bertambah sedap. 

Tempe Goreng Rangup

Cara membuat tempe goreng rangup

Khasiat tempe yang perlu korang tahu


1)Tempe mengandungi khasiat kalsium yang sama dengan air susu. Kajian ini dikeluarkan sendiri oleh Timbalan Dekan dan Professor Pemakanan Dietetik UKM. Selain itu, tempe berkesan untuk mencantikkan wajah korang.

2) Ya, tempe mampu mencerahkan kulit wajah dan tiada kesan bahaya malah akan menampakkan korang sentiasa kelihatan muda. Kenyataan ini disahkan sendiri oleh penyelidik Kanan Pusat Penyelidik Bioteknologi Industri SIRIM.

3) Selain itu, tempe boleh mengurangkan kolestrol, meningkatan kekuatan tulang, mengurangkan gejala monopous awal dan kandungan protein sama tinggi seperti daging.

4) Tempe sangat bagus untuk mereka yang ada tekanan darah tinggi. Kenapa? Tempe mengandungi zat besi, flafoid yang bersifat antioksidan dimana membantu menurunkan tekanan darah tinggi.

5) Kalau korang ada masalah cirit birit, amalkan makan tempe sebab kandungan protein yang tinggi mempercepatkan tempe untuk dicerna. Tempe juga boleh mengelakkan individu terkena keracunan makanan.

Haaa nampak je tempe ni macam tiada khasiat kan, tapi sebenarnyabanyak khasit dan kebaikan untuk badan manusia.

Apalagi, jom tengok resepi tempe goreng yang Yaya gunakan ni. 

Resipi Tempe Goreng Rangup  

Tempe Goreng

Bahan-bahan untuk resipi tempe goreng rangup:

  • 1 pek tempe
  • 1 sudu makan tepung Bestari
  • 1 sudu makan tepung beras
  • Sedikit jintan manis
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Sedikit air
  • Garam jika perlu

Cara-cara membuat tempe goreng rangup:

1) Potong nipis tempe
2) Bancuh semua bahan dengan sedikit air
3) Celupkan tempe ke dalam adunan tepung dan goreng sehingga garing
4) Sedia untuk dihidang



Minum petang

menu minum petang

Mudah saja nak membuatnya. Makan panas-panas sedap sangat ni. Cicah dengan sambal kicap atau sos cili pun sedap. Tapi kami makan macam tu je. Sekejap je licin pinggan tu. Oh ya, garam yaya tak letak ye. Sebab tepung Bestari tu dah cukup rasa masinnya. Tepung Bestari tu pula memang yaya dah siap-siap campur tepung original dan yang spicy.

Kalau beli tepung Bestari memang akan beli yang original dan spicy. Yang original tu rasa kosong je bila buat salutan untuk goreng ayam. Yang spicy tu pula bagi Yaya sedikit pedas untuk anak-anak makan. Sudahnya Yaya beli dua pek, satukan dua tepung tu. Godak-godak dalam tuperware. Selesai masalah. Hihi.

11 Comments

  1. wah..menariks ni.. tq share resepi...

    ReplyDelete
  2. sedap buat kudapan ni kan yaya :)

    ReplyDelete
  3. Sedapnya tempe goreng. Memang lagi sedap letak jintan manis tu. Tambah lagi tepung bestari berperisa. Cicah sambal kicap memang sedaplah ni.

    ReplyDelete
  4. Aah kan, tak pernah terfikir nak goreng tempe celup tepung. Boleh cuba lah lepas ni..

    ReplyDelete
  5. sedapnya dimakan bersama teh o pd waktu ptg.....

    ReplyDelete
  6. Tepung bestari goreng apapun sedap.

    ReplyDelete
  7. Ada petua kata, nak tempe goreng rangup dan lembut,
    tempenya kena rendam dulu dalam air buat seketika.

    ReplyDelete
  8. Ada jintan manis tu yang tambah sedap bila tergigit!

    ReplyDelete

Thank you for reading my blog. Constructive comments are greatly appreciated. Thank you.