8 Jenis Makanan Terbaik Di Saat Anda Jatuh Sakit | Kita semua mungkin tidak akan selalu sihat dan ketika tubuh badan tidak berada di tahap yang terbaik, kita perlu minuman dan makanan untuk orang sakit.

Ini kerana tubuh badan kita akan sangat memerlukan nutrien yang baik bagi memberikan lebih tenaga serta menyembuhkan lebih cepat kesakitan yang dialami.

Persoalannya, apakah antara makanan dan minuman untuk orang sakit yang terbaik? Jom teruskan membaca artikel ini untuk tahu dengan lebih mendalam lagi!


Makanan Untuk Orang Sakit


Variasi makanan & minuman untuk orang sakit!


Di saat kita sedang jatuh sakit, selera makan mungkin akan berkurangan lalu membuatkan kita tidak berkeinginan untuk mengambil sebarang sajian di meja makan.

Hal ini sebenarnya tidak patut diteruskan kerana tanpa makan dan minum, tubuh badan kita tidak akan mampu untuk berfungsi, bekerja atau sembuh seperti sediakala.

Apa kata kalian cuba ambil minuman dan makanan untuk orang sakit yang bagus seperti berikut:

Makanan Terbaik Untuk Badan



#1. Sup ayam


Ketika anak sedang demam biasa, ibu selalu menyediakan sup ayam ekoran manfaat yang ada padanya – ia tinggi dengan vitamin, mineral, kalori dan protein yang penting.

Selain itu, ia juga kaya dengan cecair dan elektrolit yang boleh membantu tubuh badan jika anda ada risiko dehidrasi akibat cirit-birit, muntah-muntah dan peluh.

Bukan itu sahaja, sup ayam turut terkandung sistein asid amino yang mampu menguraikan mukus selain mempunyai kesan antiviral, antiradang dan antioksidan.

#2. Ikan salmon


Merupakan makanan yang bertakrif ‘kelas tinggi’, salmon adalah sumber protein terbaik yang lembut, sedap dan penting untuk tubuh badan yang sedang pulih.

Ia sangat tinggi dengan asid lemak omega-3 yang mempunyai kesan kuat antiradang agar sistem imun tubuh badan dapat bertindak dengan lebih efektif.

Salmon turut mengandungi banyak vitamin dan mineral termasuklah vitamin D yang memainkan peranan penting di dalam sistem imunisasi tubuh badan.

Makanan untuk orang sakit #3. Madu


Madu bersifat antibakterial dan ia juga sering dijadikan bahan utama yang digunakan di dalam antiseptik untuk merawat luka terhiris atau terbakar.

Dalam pada itu, ia juga mampu merangsang sistem imun tubuh badan dan dipercayai mampu melegakan alahan daripada pelbagai jenis alergen seperti debunga.

Jika batuk pula, madu adalah ramuan semula jadi terbaik kerana ia mampu melegakan kegatalan dan kesakitan tekak selain mengurangkan mukus berupa kahak.

Minuman untuk orang sakit #4. Teh


Teh yang telah biasa menjadi minuman ruji masyarakat kita juga sebenarnya adalah sangat bagus diambil terutamanya jika anda menghidap selesema atau flu.

Ini kerana ia mampu mengurangkan mukus berupa hingus di dalam hidung selain melegakan tekak jika teh ini diambil pada suhu sesuai iaitu suam-suam.

Teh juga terkandung poliphenol yang tinggi dan boleh membawa pelbagai manfaat kepada kesihatan seperti kesan antioksidan, antiradang serta antikanser.

Makanan untuk orang sakit #5. Oat


Oatmeal sangat kaya dengan kalori, vitamin dan mineral yang sangat penting dan mudah untuk disediakan serta dimakan oleh orang sakit walaupun tiada selera.

Ini kerana ia juga tinggi dengan kandungan serat yang mampu untuk mengurangkan keradangan pada perut selain meningkatkan fungsi dan sistem pencernaan.

Namun anda perlu mengelak daripada mengambil oat yang terkandung gula tambahan, sebaliknya campurkan ia dengan madu untuk rasa manis semula jadi.

Minuman untuk orang sakit #6. Yogurt


Yogurt adalah salah satu daripada sumber probiotik yang terbaik di mana ia akan membawa bakteria baik untuk melawan bakteria jahat di dalam perut anda.

Probiotik juga dipercayai mampu membantu mencegah individu daripada kerap jatuh sakit yang ringan seperti selesema selain menyembuhkan tubuh dengan lebih cepat.

Sekiranya tubuh badan anda tidak sesuai dengan yogurt ekoran kesan sampingan, anda juga boleh cuba makanan tapaian lain seperti tempeh atau kimchi.

#7. Air kelapa


Tiada apa yang lebih menyegarkan ketika anda sedang sakit dan tiada selera makan selain air kelapa yang penuh dengan gula semula jadi yang sihat.

Air kelapa tinggi dengan elektrolit yang sangat diperlukan jika anda kekurangan cecair dalam badan akibat cirit-birit, muntah-muntah atau berpeluh akibat demam teruk.

Pun begitu, adalah disarankan untuk anda mengambilnya secara sederhana kerana ia mungkin boleh membawa kepada masalah perut kembung.

#8. Pelbagai jenis buah & sayur


Akhir sekali, sudah tentu tubuh badan anda yang sedang sakit itu memerlukan nutrien daripada buah-buahan segar dan sayur-sayuran hijau.

Buah seperti pisang dan avokado sangat tinggi dengan serat, vitamin, mineral serta elektrolit yang sangat bagus sebagai pilihan makanan untuk orang sakit demam atau selesema.

Sayur seperti bawang putih pula terkenal dengan sifatnya yang mampu melegakan keloyaan terutamanya jika anda sedang mual-mual dan muntah-muntah.

Berjumpa dengan doktor jika jatuh sakit!

Pun begitu, variasi minuman dan makanan untuk orang sakit yang kami nyatakan ini hanyalah sekadar panduan untuk membantu anda ketika tidak sihat.

Anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan diagnosis, ubatan dan rawatan klinikal demi kesihatan yang lebih terjamin.



Kredit :  Hello Doktor

5 Comments

  1. Kalau saya mula datang selera untuk makan ketika sakit saya suka pilih sup.

    ReplyDelete
  2. Saya jarang sakit. Tapi selama saya ernah sakit, selera makan tetap ada.

    Belum ada istilah tidak ada selera makan.

    Oh ya, masa kena denggi di bulan Ramadhan 2015 dulu, ya... Pernah.

    Semua tak lalu nak telan kecuali cendol.

    ReplyDelete
  3. Kalau tak sihat, saya memilih untuk bubur nasi.

    ReplyDelete
  4. Ammi kalau tak sihat suka yang pedas untuk bangkitkan selera..

    ReplyDelete

Thank you for reading my blog. Constructive comments are greatly appreciated. Thank you.