Wafiq Sertai MILO® Champions Clinic: Badminton E-Coaching | Memikirkan anak-anak yang kehidupannya hanya di dalam rumah sejak berlakunya pandemik, kami ibu ayah mencari inisiatif untuk anak beraktiviti supaya sentiasa aktif, cergas dan cerdas. Tidaklah hanya menghadap skrin tengok smartphone dan laptop sahaja.

Wafiq dan Wazif walaupun aktif dalam sukan taekwondo, Yaya memang nampak mereka ada minat dan kecenderungan juga ke arah sukan badminton. Semasa anak kecil ini, tak salah untuk kita memberi galakkan untuk anak menyertai lebih dari satu jenis sukan. Kita sendiri belum pasti sukan yang mana yang lebih kena dengan jiwa anak. Sebagai ibu bapa, kita berusaha untuk menerapkan sukan dalam jiwa anak-anak.

Bila Yaya tahu Milo membuka pendaftaran untuk menyertai clinic untuk sukan badminton secara E-coaching, memang Yaya tak lepaskan peluang untuk daftarkan anak. Milo Champions Clinic adalah latihan sukan bertaraf dunia yang dipimpin oleh jurulatih-jurulatih kebangsaan. Yaya cepat-cepat membuat pendaftaran. Buat permulaan ni Yaya daftarkan untuk abang Wafiq je dulu. 


MILO® Champions Clinic E-Coaching 2021 - Badminton

Milo Champions Clinic menawarkan tiga sukan pilihan iaitu  futsal, bola keranjang dan juga badminton. Sesi latihan atas talian ini terbuka untuk semua rakyat Malaysia yang berumur 7- 12 tahun. Ketiga-tiga sukan ini dilatih oleh jurulatih-jurulatih hebat negara. 

Pada mulanya kami tertanya-tanya juga bagaimana clinic e-coaching ini bakal dijalankan. Setelah meneliti modul latihan, barulah kami nampak sedikit gambaran. Nampaknya belajar badminton secara e-coaching ini memerlukan penglibatan antara ibubapa dan anak. Apa-apapun kita buat pendaftaran dulu.

Sukan Badminton

Terdapat dua pilihan pakej iaitu pakej asas (RM50) dan pakej penuh (RM85). Yang membezakan dua pakej ini adalah dari segi peralatan yang akan diterima. Untuk Wafiq, yaya daftarkan untuk pakej penuh. Jadi nanti kami akan terima:

  • Raket x 1
  • Kon x 6
  • Bulu tangkis sintetik x 6
  • Jersi Latihan MILO® x 1

Untuk pakej asas akan dapat peralatan sukan sama seperti pakej penuh kecuali raket. Jersi latihan Milo kena pakai setiap kali latihan.


Latihan badminton secara online selama 5 minggu

Modul MILO® Champions Clinic untuk badminton ini digubah oleh Coach Daphne Ng iaitu seorang bekas pemain badminton kebangsaan. Modul ini direka untuk kanak-kanak yang tidak mempunyai pengalaman untuk mempelajari asas-asas sukan. Ia untuk peringkat permulaan dengan konsep "Sentuhan Pertama" / “First touch”.

Setiap peserta perlu mengikuti lima modul latihan yang akan diberikan setiap minggu selama lima minggu. Video akan dihantar melalui emel setiap minggu sebelum sesi bermula. Kemudiannya barulah sesi Google Meet bersama coach. 

Milo 2021

Wafiq memang teruja menunggu video latihan. Setiap petang awal dia bersiap-sedia dan berlatih dulu sendiri mengikut panduan yang diberikan dalam video. Ayah dia sampai je rumah terus dia ajak berlatih badminton sama-sama.

Tak habis setakat Google Meet bersama coach. Dah dapat tunjuk ajar dari coach, peserta mestilah menghantar video untuk setiap modul latihan. Sememangnya komitmen sangat diperlukan. Bantuan dari ibubapa juga main peranan. Nak berlatih sama-sama dan nak rekod video latihan. Bagus juga macam ini, semakin erat hubungan antara ibu bapa dan anak. 


Belajar teknik asas bermain badminton yang betul

Sepanjang latihan selama 5 minggu ini, peserta akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Wafiq berada dalam kumpulan 43 bersama dua lagi peserta dan akan mendapat tunjuk ajar daripada coach Wong Howe Nguong. 

Sukan Badminton

Modul Latihan 1

  • Cara Memegang Raket - Pegangan Hadapan, Pegangan Kilas
  • Forehand Overhead Lob
  • Frontback Footwork
  • Servis
  • Latihan Fizikal

Milo Sport Clinic


Modul Latihan 2

  • Cara Memegang Raket - Forehand overhead service, Backhand Front Lift
  • Gerakan Kaki
  • Servis Forehand Overhead Lob
  • Servis Backhand Lift
  • Latihan Fizikal

Sukan Badminton Online Coaching

Modul Latihan 3

  • Forehand Front Lift
  • Gerakan Kaki
  • Kombinasi Overhead Lob & Forehand Front Lift
  • Latihan Fizikal

Modul Latihan 4

  • Ayunan Forehand & Backhand Gripping
  • Mid-Court Forehand Lift
  • Gerakan Kaki
  • Servis Forehand Tinggi
  • Latihan Fizikal

Modul Latihan 5

  • Mid-court Backhand Lift
  • Backhand Side Lift
  • Teknik Servis Kilas
  • Gerakan Kaki
  • Latihan Fizikal


MILO® Champions Clinic: Badminton E-Coaching


Setelah tamat clinic badminton, setiap peserta akan mendapat sijil penghargaan namun peserta perlulah mengikuti semua modul, menghantar semua video tugasan yang diperlukan setiap minggu dan lulus penilaian.



Memang berbaloi sertai MILO Champions Clinic Badminton

Alhamdulillah, setelah selesai kesemua modul, memang Yaya nampak peningkatan kemahiran Wafiq dalam bermain sukan badminton. Orang kata, bila bermain tu ada gaya. Sebelum ni main badminton penat je lebih, penat kutip bulu tangkis. Sekarang bila dah tahu teknik asas yang betul barulah nampak mereka enjoy bermain badminton. 

Si adik pula bila dah kerap ikut serta abang dah ayah bermain badminton, sekarang adik pula berlumba-lumba jadi orang pertama bersiap-sedia memegang raket setiap petang. Bukan main bangga lagi bila dapat pujian dari ayah. 

Memang kami berpuas hati  daftarkan Wafiq belajar badminton bersama MILO Champions Clinic ni. Walaupun secara online, perkembangan positif tetap memberangsangkan dan minat anak-anak terhadap sukan badminton semakin mendalam.

Sekarang semasa kecil bermain hanya sekadar minat, bermain suka-suka sebagai riadah waktu petang. Siapa tahu pada masa hadapan, dari minat ini lah yang membuka jalan kepada anak-anak kita. Jaguh dalam sukan badminton atau menjadikannya sebagai satu kerjaya.

Untuk makluman, Milo Champion Clinic mempunyai dua fasa setiap tahun iaitu pendaftaran pada bulan April dan Setember. Jadi, sesi untuk tahun 2021 dah tamat ye. Korang kalau berminat juga untuk daftarkan anak sertai Milo Champions Clinic pada masa akan datang, boleh daftar di https://www.milo.com.my/ms/jom-aktif/milo-champions-clinic-jom-aktif



7 Comments

  1. Asalam terjah blog ini..dah lama follow ya

    ReplyDelete
  2. anak ammi yang no. 2 nampak suka dgn badminton tapi sekarang ni kaki kanan dia injured jadi perlu direhatkan sampai habis sessi fisio dia. dia nak skipping pun ammi risau

    ReplyDelete
  3. Erima kasih kerana masih sudi baca blog saya.

    Anak anak saya semuanya tak meminati sukan. Macam ayah depa la kot...huhu

    ReplyDelete
  4. alamak .. rugi betullah. anak kak azni pun tengah minat badminton. kalau tak boleh join

    ReplyDelete
  5. minat bersukan perlu dididik sedari kecil. Tahniah!

    ReplyDelete
  6. Wah! Ada gaya bakal pemain badminton negara ni Wafiq.

    ReplyDelete

Thank you for reading my blog. Constructive comments are greatly appreciated. Thank you.