Assakamualaikum,

SAYUR PEDAS LABU AIR, MASAKAN SIMPLE TAPI SEDAP | Lama sungguh rasanya tak masak sayur pedas labu air ni. Bila encik suami tak berapa nak berkenan, diri sendiri pun rasa malas nak masak walaupun teringin. Katanya tak makan labu air. Padahal dia tak berani nak cuba makan. Tak tahu lah kenapa beberapa hari lepas boleh pesan labu air masa dia nak ke pasar. Spontan je datang idea nak masak sayur pedas labu air. 



Sayur pedas labu air ni resepi yang selalu lah mak Yaya buat. Resepi orang lama yang tak lapuk dek zaman. Mak Yaya kalau masak sayur labu ni wajib kena ada daun kemangi. Sesetengah orang wajib ada daun kesum, tak ada daun kemangi pun tak apalah. Bagi Yaya, tak letak daun kemangi rasa macam tak berapa nak jadi je.. hihi.. tak bangkit bau dan rasa sayur pedas tu. Ni dua-dua jenis daun ada, kita letak dua-dua sekali.




Ada kisah juga tau masa nak masak sayur labu ni. Walaupun memasaknya sangat mudah, tapi bila tangan laju semacam je campak-campak, mula lah ada tak kena. Mentang-mentang lah ada stok suhun dan fucuk, sebungkus sedang tu semua Yaya masukkan dalam periuk. Tak sempat nak fikir nak berjimat bahan-bahan masakan dalam tempoh PKP ni. Haha.

Tak pasal-pasal kuah sayur labu pedas ku jadi kurang air. Jadi pekat, nampak suhun je meriah berenang-renang. Haha. Nak tambah air pun tak boleh dah, nak penuh periuk dah ni. Sebenarnya kalau tak nak letak suhun pun tak apa. Tapi ni dah jadi macam ni, rasanya tak berubah, tetap sedap! Mertua kata 'ma bagi #masuka' .. haha..gitu hah dapat pujian bergunung. Nak pikat hati mertua, korang selalu lah masak resepi-resepi orang dulu ye. Selera orang tua ni lain sikit. 

Masakan ni tidak menggunakan minyak. Memang resepi sihat ni. Rasa dah la sedap. Nak kata pedas tak la sangat. Budak-budak pun boleh makan. 

Ok lah jom semak resepi.




SAYUR PEDAS LABU AIR

Bahan-bahan:


  • 1 biji labu air dibuang kulit, belah dua dan potong dalam setengah inci
  • 2 ekor ikan selayang
  • 1 labu bawang besar - tumbuk halus
  • 2 ulas bawang putih - tumbuk halus
  • 1 sudu besar lada hitam - tumbuk halus
  • Daun kesum
  • Daun kemangi
  • Suhun & fucuk
  • 500 ml air
  • Garam
Cara-cara memasak:

  1. Ikan dicuci bersih. Rebus seketika dengan sedikit garam kasar.  Ambil isi ikan dan ramas halus.
  2. Masukkan air ke dalam periuk. Masukkan juga bahan-bahan tumbuk, labu , isi ikan, daun kesum dan daun kemangi.
  3. Tutup periuk. Biarkan air  mendidih dan labu menjadi lembut.
  4. Boleh letak sedikit suhun dan fucuk.
  5. Perasakan dengan garam


Sayur Pedas Labu Air

Makan dengan nasi panas-panas. Jangan dilupa ikan selayang goreng garing. Bertambah-tambah makan.

Di hari kejadian, paksa juga en suami jamah sedikit sayur pedas labu air ni.

'Eh..sedap!' katanya. Tercipta sejarah peribadi.

Tu lah..jual mahal tak bertempat. Hihi



Nota :

  1. Bahan-bahan tumbuk tu, dihari kejadian Yaya tak tumbuk. Semua sekaligus masuk blender. Kalau hari rajin baru tumbuk. Hihi
  2. Labu air tu jangan hiris nipis sangat. Nanti dah masak jadi kecut, terkulai layu tak nampak rupa labu. ;)
  3. Hati-hati masukkan suhun tu, jangan overdose okey! haha

Selamat mencuba.


8 Comments

  1. ini salah satu lauk kegemaran Sha jugak nii... makan ngan ikan goreng garing....fuhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menu mak-mak sangat ni. Selalu layan reswpi viral..kali ni masak resepi klasik.hihi

      Delete
  2. Nyum..nyuumm... masakan begini memang menggoda selera! Menambah-nambah nasi kalau begini.
    Selamat menyambut Ramadhan Kareem.

    ReplyDelete
  3. sedap ni Yaya sesekali makan kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye la kak..kalau dah mari rasa teringin mmg kena cepat2 buat.

      Delete
  4. Yaya, samala cara kita goreng ikan selayang tu, cara org teganu dok. Masak labu air gitu gok, cuma kadang malas buh ikan, buh ikan bilis pun ok gak. Inilah lauk tradisi org teganu, betul dok yaya,hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha kak...lauk lejen ni. Sekali sekala pekena memang makan tambah.

      Delete

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih.