Cara Mudah Buat Sendiri Telur Masin | Yaya memang suka dengan telur masin. Kalau makan bubur nasi kalau tak ada telur masin rasa macam tak lengkap. Harga telur masin pun bukannya murah. Kalau di kedai makan, harga sebelah telur masin boleh cecah RM1. Kerap juga Yaya membayar tambahan 50 sen untuk telur masin yang potongan agak kecil. Sebelah telur dipotong kepada 3 agaknya. Apa daya, masa tu membeli bubur nasi yang di kedai yang dah biasa pergi. Memang tahu bubur nasi di kedai tu sedap. Jadi, memang Yaya akan tambah telur masin untuk pelengkap selera.

Cara Buat Telur Masin Cantik


Telur masin kalau beli yang belum rebus tu akan bersalut dengan tanah hitam dan sekam. Resepi kali ni tak adalah sampai nak kena cari tanah dan sekam. Cuma rendam dengan air garam kasar yang dah dimasak bersama daun pandan. Kemudian di jeruk selama 14 hingga 15 hari.


Resepi telur masin cantik

Nak buat kena ada telur itik lah. Yaya jumpa resepi membuat telur masin ni di group berkongsi aneka resepi masakan di Facebook. 

Yaya panjangkan resepi ni di blog pula. Kalau ada jumpa orang jual telur itik Yaya pun nak buat sendiri. Dah dekat nak puasa ni, elok sangat lah kan dah start buat telur masin sendiri. Buat banyak-banyak boleh sedekah pada jiran tetangga.





Cara Membuat Telur Masin Cantik

Bahan-bahan:

  • 50 biji telur itik -cuci bersih dan jemur sehingga kering
  • 500 gram garam kasar
  • 1.5 liter air
  • 2 helai daun pandan
  • bekas berpenutup

Cara-cara:

  1. Masak air, garam dan daun pandan hingga betul betul mendidih dan sejukkan (pastikan betul betul sejuk)
  2. Masukkan telur itik ke dalam bekas dan tuangkan air garam yang dimasak
  3. Tutup kemas-kemas  dan jeruk lebih kurang 2minggu (14-15hari)
  4. Setelah 2 minggu boleh try rebus dulu.. Kalau belum cukup masin boleh tambah 3,4 hari lagi
  5. Kalau dah cukup masin boleh toskan air garam
Kredit: Facebook Raja Amanina



Cara Membuat Telur Masin









Buat telur masin guna telur ayam? Sedap ke?

Yaya ada terbaca, ada yang pernah membuat telur masin menggunakan telur ayam.  Katanya hasilnya sama je macam menggunakan telur itik. Sedap macam menggunakan telur itik.

Tapi ada juga yang memberi pendapat berbeza. Katanya guna telur ayam pun sedap tapi tak tak boleh lawan rasa lemak telur masin dari telur itik.

Entah la, lain tekak lain penerimaan. Susah nak dapat telur itik, buat je lah kan telur masin guna telur ayam. Hihi.

Diingatkan, sekiranya buat telur masin guna telur ayam, kurangkan tempoh menjeruk telur. Selepas seminggu cuba rebus dulu sebiji. Uji tahap kemasinan. Kebiasaannya rendam selama seminggu dah pun memadai. Ini kerana kulit telur ayam lebih nipis dari telur itik.


Cara menyimpan telur masin yang belum di rebus.

Dah buat sendiri tak kan nak buat sebiji dua. Alang-alang buat biar puas hati. Hihi. Tapi dah banyak-banyak telur masin ni macam mana nak simpan supaya telur masin yang belum di rebus tu tahan lama.

Selepas keluarkan semua telur dari air garam, basuh telur dengan air . Setelah itu lap dengan kain dan simpan dalam peti sejuk. Telur masin boleh bertahan sehingga 2 bulan. 


Tips:


  1. Masak air garam sehingga terhasil bunga garam.
  2. Tulis tarikh di luar bekas penyimpanan supaya senang ingat tarikh pembuatannya.
  3. Bekas disimpan di tempat gelap. Elakkan dari sinaran cahaya terus, nanti cantik warna kuning telur.
  4. Sekiranya terlalu masin, boleh rendam di dalam air biasa sehari dua bagi mengurangkan masin sebelum direbus.

Selamat mencuba.


6 Comments

  1. akk kalo blk teganu dptlah stok telur masin, mok sedara bagi.

    ReplyDelete
  2. dulu tak suke pun telur masin but these days i am beginning to love the foods i've never really like haha.

    ReplyDelete
  3. Cantik warna kuning oren telur masin tu... Terima kasih kongsi resipi, baru tahu masuk daun pandan sekali.

    ReplyDelete
  4. wah menarik ni yaya, cuma nak dapakan telur itik banyak tu payah sikit kat sini kadang2 ajer ada kat kedai acheh area rumah kak ana ni :) kalau ada boleh lah cuba kan

    ReplyDelete
  5. skrg dah kurangkan mkn telur masin sbb darah tinggi.

    ReplyDelete
  6. dulu masa zaman muda remaja mmg x suka telur masin tapi sejak kahwin pastu makan yg keluarga mertua buat sendiri tu terus tersuka...x susah nak buat tapi telur itik kalau dah masuk rumah jadi masak lemak cili api terus je..hehe

    jengah dari www.iamfuzy.com

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih.