Assalamualaikum...

Muffin Chocolate Chips Sedap Dan Mudah | Penghujung tahun tak lari dari jamuan akhir tahun. Di tadika abang Wafiq pun ada buat jamuan hujung tahun. Penjaga dah dapat memo dah minta bawa sedikit juadah. Seronok kan jamuan akhir tahun. Kalau zaman Yaya dulu seingat Yaya kerap mak buat kek marble untuk jamuan sekolah.

Untuk jamuan sekolah abang Wafiq esok Yaya buatkan muffin chocolate chips. Resepinya sangat mudah. Bahan-bahan pun mudah. Main campak-campak saje. Tak perlu nak keluarkan mixer bagai. Blender pun tak perlu..hehe..

Bercinta juga nak masuk dapur malam-malam ni. Musim tengkujuh dah mula.. nak cuci peralatan, pinggan mangkuk kat dapur tu hah menggigil sejukkk....hehe..

Kebetulan pulak muffin cup stok kat rumah tak cukup..ada pun yang saiz besar. Kalau beli peralatan bakery kat kedai runcit mahal lah sikit jadinya..rm11.90 .. ada la dalam 100 pcs..mahal ke tak agak-agak? Yaya guna cup yang kecil tapi kertas cup tu tebal dan keras Jadi tak perlu guna loyang muffin lagi.. Boleh terus susun atas tray masa nak bakar tu..

Yaya dah double kan adunan..jadi guna cup kecil tu dapat lah dalam lebih kurang 65 biji. Rasa muffin coklat chips ni sangat sedap. Kena betul dengan selera kami sekeluarga. Anak-anak lagi lah. Muffin yang terhasil sangat moist. Yaya memang syorkan resepi muffin ni. Pasti tak menyesal.

Jom semak resepi. Resepi ni Yaya dapat dari group di FB resepi ringkas. Terima kasih tuan punya resepi sudi berkongsi resepi. Yaya panjangkan resepi beliau di ini pula.

Resepi Muffin Chocolate Chips Mudah Sukatan Cawan

Resepi Muffin Chocolate Chips Sedap Dan Mudah




Muffin Chocolate Chips:

Bahan-Bahan A :

  • 1 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula kastor
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1/2 sudu kecil garam

*Campur & ayak semua bahan A

Bahan-bahan B :

  • 1 cawan susu segar
  • 1 biji telur
  • 1/3 cawan minyak - yaya guna butter yang dicairkan
  • 1 sudu kecil esen vanilla


Cara-cara :

  1. Campur semua.. pukul  guna sudu biar telur hancur.
  2. Masukkan bahan A ke dlm bahan B..kacau sekata..last masukkan 3/4 cawan chocolate chips.
  3. Sudukan adunan dalam cup sehingga 3/4 cup. Boleh tabur chop chip sikit kalau suka.
  4. Bakar pada suhu 170°c selama 20 minit.
Nota : Kalau tiada susu segar, boleh je guna susu tepung anak. Caranya 4 sudu besar susu tepung bancuh dengan secawan air.

Dalam memasak ni kena kreatif. Gunakan apa yang ada. Kita yang buat dia kan. Hihi. Jangan pula tak cukup satu bahan terus dah tak ada mood nak memasak.

Tapi jangan pula terover derhaka dengan resepi pula. Kalau tak menjadi Yaya tak bertanggungjawab. Haha.


Selamat mencuba.


9 Comments

  1. Macam ini kena beli lebihlah susu utk anak sebab dan selalu kena culik buat muffin Yaya.
    Nampak gebus dan kilat - menggoda matalah Yaya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..susu tepung kegunaan satu family..cepat habislah jawabnya..hehe

      Delete
  2. Senang gila. Mcm buat kek coklat moist kukus tu je.

    ReplyDelete
  3. Masa anak2 kecik meme kena sediakan makan n bawa ke kelas party. Bapa la yg susah2/gi cari bahan. Skrg anak2 dah d sek men.

    ReplyDelete
  4. wah sedapnya..nnt leh cuba la..:)

    ReplyDelete
  5. menariks ni, leh try..tq for sharing!

    ReplyDelete
  6. nampak senang resepi,nak buat lah bahan pun ada je smeua ni hehehe

    ReplyDelete
  7. Hai,jemput dengr lgu bru saya!

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/04/lagu-kedua-cuya-ada-background-music.html

    ReplyDelete
  8. fuhhh visual diaaa mengancam bangettt! SEDAPNYAAAA MUFFIN CEKELATTT! Nakk hahahhaa.

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih.