RESEPI PUDING OREO PALING SIMPLE KEGEMARAN ANAK-ANAK | Assalamualaikum dan selamat berpuasa kepada semua pembaca dan teman blogger. Selamat berpuasa dalam keadaan panas terik. Alhamdulillah anak-anak tak banyak ragam. Abang Wafiq dah besar, tak perlu bimbang sangat pasal dia. Adik Wazif pula 7 tahun. Tahun lepas dah mula belajar puasa. Alhamdulillah, kuat betul adik. Anak-anak puasa penuh untuk 2 hari pertama Ramadan. Bangun mudah, waktu sahur pun anak-anak ceria. 

Nak bagi anak-anak ceria dan bersemangat pun ada petuanya. Setiap hari Yaya akan tanya anak-anak. Nanti berbuka adik nak makan apa? Abang nak makan apa? Anak-anak Yaya bukan lauk yang jadi pilihan. Tapi pencuci mulut yang mereka idamkan.

Hari pertama puasa Abang Wafiq minta Yaya buatkan ayam popcorn dengan puding oreo. Ayam popcorn tu simple je. Goreng dengan Tepung Bestari. Tepung pula Yaya campur dua. Tepung Bestari Original dan Tepung Bestari Pedas. Puding Oreo pula sangat mudah nak membuatnya. Bahan-bahan pun simple. Kerap juga Yaya buat puding Oreo ni. Terutama bila nampak Oreo pada harga murah. Kerap juga Yaya berjaya beli Oreo sepeket cuma berharga RM 2. Hihi.

Abang Wafiq kategory picky eater. Tetapi puding oreo ni kegemaran dia selain daripada puding biskut cream cracker. Jadi, kalau abang Wafiq request nak makan apa-apa memang tak sampai hati kalau tak turutkan.

Hari kedua Ramadan tak buat dessert lain. Puding oreo ada banyak lagi lebih. Makan yang tu je lah.

Puding Oreo Paling Simple, Mudah Di Buat


RESEPI PUDING OREO PALING SIMPLE KEGEMARAN ANAK-ANAK

Bahan-bahan:

  • 1 peket oreo
  • 10 gm agar-agar tali/serbuk
  • 1 liter air
  • 6 sudu besar susu pekat
  • 3 sudu besar milo
Cara-cara:

  1. Panaskan air. Masak agar-agar hingga larut
  2. Masukkan susu pekat.
  3. Masukkan Oreo yang dah dihancurkan.
  4. Masukkan adunan ke dalam bekas sesuai. Tinggalkan sedikit agar-agar.
  5. Serbuk milo dimasukkan ke dalam baki agar-agar
  6. Apabila agar-agar lapisan pertama (warna putih) mengeras, cucuk-cucuk dengar garfu.
  7. Curah agar-agar milo ke atas agar-agar susu. Sejukkan.


Puding Oreo Paling Simple, Mudah Di Buat
Puding Oreo Paling Simple, Mudah Di Buat

Pernah juga Yaya letak sekeping macam tu je Oreo. Kalau dihancurkan Oreo pada lapisan agar-agar putih akan turun ke bawah. Nanti akan jadi 3 lapisan. Nampak cantik je. Hihi.




Nota: 

Isipadu air bergantung juga pada agar-agar. Lihat cara penyediaan pada bungkusan. Contoh agar-agar tali cap burung layang-layang. Cap ni dah tertera untuk 20 gm air diperlukan 1400. Bila Yaya gandakan adunan Yaya cuma letak 1800ml. Sedang elok kejadian puding Oreo. 

Kebiasaan sifir yang Yaya gunakan untuk masak agar-agar ialah 1 liter air untuk 10gm agar-agar. Bergantung juga dengan penggunaan bahan-bahan cecair yang lain yang digunakan.

Selamat mencuba.





5 Comments

  1. sedapnyaaaa. i love this. baru td makan a few keping oreo masa sahur haha.
    nak try buat jugakkk

    ReplyDelete
  2. Ini bukan saja kegemaran anak-anak. Kegemaran mak kepada anak-anak sekali ni >> Syaza la tu hahahaha. Thanks akak. Resepi simple yang mudah boleh menggembirakan hati anak-anak dapat dessert yummy macam ni :)

    ReplyDelete
  3. Wahh, terima kasih untuk perkongsian resepi, mau cuba lepas ni!

    ReplyDelete
  4. sedap ni..pernah buat sekali je dulu...nanti nak buat lagi lah...lagi2 bulan puasa ni, tekak nak yang sejuk2 manis2..

    ReplyDelete
  5. wahh kreatifnya! sedap ni kalau makan untuk dessert time berbuka. boleh telan 20 ketul saya sorang je hahaha sebab kecik kecik je kan. lembutt

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih.