Assalamualaikum,

Tolak tawaran belajar di kelas Dual Language Programme (DLP)


Sempat 3 minggu adik berada dalam kelas DLP di mana pembelajaran subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya. Untuk info korang, pelajar DLP buku teks dia tak sama dengan pelajar aliran perdana. Nanti nak exam UPSR kena jawab dalam BI tak boleh guna Bahasa Melayu. Tapi kertas soalan tetap dwibahasa.



Pada hari pendaftaran Yaya sedia maklum nama adik terpilih untuk mengikuti kelas DLP. Cuma ada satu kelas DLP dengan 30 orang pelajar. 7 kelas lagi tak terlibat program DLP. Pelajar-pelajar kelas DLP ni sekolah dah pilih berdasakan ujian yang dah dibuat sebelum masuk sekolah. Ujian tu dalam bulan Julai tahun lepas. Ujian tu sebenarnya untuk pemilihan pelajar ke sekolah tu memandangkan permintaan yang tinggi. Tak cukup tempat nak tampung kena lah buat ujian.


Kenapa tolak tawaran program DLP?





Sebenarnya lebih kepada pandangan peribadi. Keputusan kami ibu dan ayah untuk keluarkan adik dari kelas DLP tak melibatkan pandangan mana-mana pihak. Semua atas kami sendiri. Sebab kami kenal siapa kami, siapa anak kami.

Bahasa pengantaraan kami di rumah Bahasa Melayu sepenuhnya. Walaupun kami nampak adik Wazif agak cemerlang dalam akademik sepanjang di tadika tapi itu tak boleh dijadikan ukuran. Bukannya kami tak percayakan anak sendiri.

Adik baru je nak alami alam persekolahan yang sebenar. Mendengar kawan-kawan 'speaking' adik bagi tahu dia tak faham. Yaya tak nak situasi ni berterusan, silap-silap boleh wujud rasa rendah diri. Ada dalam kelas adik yang fasih speaking English tapi tak mahir Bahasa Melayu. 

DLP, bila dah setuju terima, dah tak boleh berpatah balik.

Dah setuju tak boleh tarik diri. Kena teruskan sehingga ke darjah 6. Guru besar ada maklum, kelas program DLP akan dibubarkan sekiranya pelajar kurang dari 15 orang. Dan, untuk tarik diri kena buat permohonan. Sekolah akan majukan permohonan tarik diri ke JPN. JPN yang akan putuskan boleh tarik diri atau tak.



Yaya tergamam juga masa Guru Besar maklum kelas DLP pertama di sekolah tu yang mana pelajarnya sekarang di tahun 5 hanya tinggal 18 orang. Ramai yang tarik diri.

Ada ibu pelajar lain bagi tahu Yaya, ada kes permohonan keluar kelas DLP masa akhir tahun darjah 3, tapu kelulusan lulus hanya tahu bila dah darjah 5. Agak-agaknya jadi tarik diri tak, tahun depan dah nak UPSR. Entahlah, ini cerita dia..dia pun dengar dari orang lain. Tak pasti Yaya akan kesahihannya.

Yaya ingatkan Yaya je tarik diri. Rupa-rupanya kelas adik Wazif ada 14 pelajar tarik diri tak nak teruskan program DLP.  Ramai juga. 

Ramai tarik diri dan ramai juga buat rayuan nak anak mereka berada di kelas DLP. 25 pelajar memohon masuk dalam kelas DLP. Sekolah kena buat interview dan exam untuk pemilihan. 16 orang berjaya masuk kelas adik Wazif..tapi adik tarik diri. Hihi.

Itulah Yaya kata. Cuma parents je kenal anak-anak. Kalau korang yakin dengan anak korang, tak ada masalah pun belajar dalam English ni.

Bagi Yaya, kami nak adik betul-betul kuasai BI dan BM. Nanti dah form 1 ada rezeki ke boarding school ibu dan ayah tak risau dah kalau kena ikut prgram DLP. 

Terima kasih sudi baca. 



4 Comments

  1. X apa. Belajarlah dlm apa jua bahasa pun pasti akan berjaya maths n science.

    ReplyDelete
  2. oh macam tu ye senario DLP (saya macam nak tertukar DLP dan LDP) haha! pandangan saya, kita akan cepat terikut dengan persekitaran kita...kalau semua pandai cakap inggeris, lama-lama dia pun akan pandai. apa-apa pun good luck!

    ReplyDelete
  3. Apa pun keputusan yg yaya buat, itulah terbaik utk anak2..

    ReplyDelete
  4. Semoga adik terus sukses, Tak kisahlah aliran perdana atau DLP kan, asalkan anak2 tak stress belajar Kita pilih yg baik2 utk anak sendiri.

    ReplyDelete

Komen yang mebina sangat dihargai. Terima kasih.