Assalamualaikum,

Topeng Muka N95 atau Surgical Mask – Mana Satu Boleh Lindungi Anda Dari Coronavirus? | Sejak heboh berita tentang novel coronavirus ini, ramai individu mula memikirkan langkah-langkah persediaan kesihatan yang perlu diambil. Ada yang kerap menggunakan hand sanitizer, dan semakin ramai juga mula memakai topeng muka apabila berada di tempat awam.

Tapi persoalan mula timbul, adakah topeng muka biasa atau juga disebut surgical mask berkesan dalam mengelakkan diri anda daripada dijangkiti virus? 

Adakah terdapat jenis topeng muka yang lebih berkesan berbanding surgical mask ini? Mari kami terangkan kepada anda melalui artikel di bawah ini.


Saiz coronavirus yang mungkin anda tidak tahu

Sekitar tahun 2002 dan 2003, wabak SARS telah melanda dunia, yang bermula di China. Wabak ini disebabkan oleh sejenis coronavirus, sama seperti novel coronavirus dari Wuhan. Akan tetapi, saiz bagi SARS coronavirus ini hanyalah sebesar 100 nanometer. 

Virus flu pula bersaiz antara 80 hingga 120 nanometer. Walaupun saiz novel coronavirus dari Wuhan ini tidak lagi diketahui, saiz coronavirus manusia biasanya adalah sebesar 125 nanometer. 

Kesemua jenis virus ini adalah sangat kecil dan virus-virus ini sebenarnya boleh melepasi halangan seperti surgical mask yang anda pakai.


Surgical mask atau N95?


Surgical mask mungkin melindungi anda daripada titisan pernafasan yang besar seperti cecair akibat bersin atau kahak akibat batuk, namun ia sememangnya tidak memberikan perlindungan terhadap titisan kecil dalam udara. 

Menurut Center for Disease Control and Prevention (CDC), surgical mask tidak dianggap sebagai satu perlindungan terhadap pernafasan memandangkan ia tidak menapis partikel dalam udara yang lebih kecil. 

Oleh itu, ia sememangnya tidak berkesan dalam mengelakkan jangkitan coronavirus. Ia hanya berfungsi untuk mengelakkan anda dari menyebarkan kuman kepada individu lain ketika anda sakit.

Tambahan lagi, surgical mask hanya boleh dipakai sekali guna sahaja kerana ia tidak direka untuk penggunaan berulang kali.

Pemakaian topeng N95 pula bergantung jika anda adalah seorang ahli perubatan yang terlibat dengan tugas mengendalikan pesakit yang dijangkiti. CDC menggalakkan pekerja kesihatan seperti doktor memakai topeng muka jenis ini sekiranya mereka terlibat dengan pesakit yang dijangkiti novel coronavirus. 

Walau bagaimanapun, topeng muka ini bukanlah sejenis alat yang benar-benar kebal daripada serangan coronavirus


Mengapa N95?

topeng muka

Anda tahu mengapa nama yang diberikan kepada topeng ini ialah N95? 


Ini kerana sekiranya pemakai memakai topeng muka ini dengan betul, ia memberikan perlindungan sebanyak 95% kepada si pemakai. Ia boleh menapis partikel halus sehingga saiz 0.3 mikron. 

Selain itu, ia tidak sesuai untuk digunakan oleh kanak-kanak dan juga individu yang memiliki bulu pada wajah. Untuk lebih jelas, lihat perbezaan antara kedua-dua jenis topeng muka melalui jadual di bawah ini:


Perbezaan Antara Surgical Mask dan Topeng N95



Cara memakai mask yang betul


topeng muka

  1. Sebaiknya, cuci tangan anda terlebih dulu dengan air dan sabun atau hand sanitizer.
  2. Pastikan topeng muka yang ingin dipakai dalam keadaan baik dan tidak terdapat sebarang koyakan atau kebocoran.
  3. Pastikan kedudukan topeng dalam keadaan betul. Sisi yang mengandungi jalur besi halus perlu berada di bahagian atas bagi menutup atas hidung dengan kemas apabila dibengkokkan.
  4. Sisi yang berwarna perlu berada di bahagian luar, manakala sisi yang berwarna putih pula di bahagian dalam.
  5. Sangkutkan pada telinga anda jika ia adalah topeng jenis sangkutan pada telinga. Ikat pada belakang kepala anda jika ia adalah topeng jenis ikatan.
  6. Bentukkan jalur besi topeng yang berada pada bahagian atas hidung mengikut bentuk hidung anda. 
  7. Tarik bahagian bawah topeng muka ke bawah bagi menutupi mulut dan dagu anda.
  8. Gunakan topeng muka hanya untuk sekali penggunaan sahaja. Buang setelah digunakan.

Inti pati yang boleh anda ambil


Jika anda berjalan-jalan di luar rumah dengan menggunakan surgical mask, ia tidaklah benar-benar memberikan perlindungan kepada anda. Walau bagaimanapun, dalam situasi di mana anda terdedah dengan risiko jangkitan yang tinggi, pemakaian topeng muka ini boleh membantu anda mengurangkan risiko.

Kami tidak mengatakan bahawa pemakaiannya tidak akan memberikan sebarang manfaat perlindungan, tetapi anda perlu tahu ia tidak akan memberikan jaminan 100% perlindungan kepada anda terhadap sebarang jangkitan virus.


Oleh Muhammad Wa'izFakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

3 Comments

  1. thanks share info.
    sekarang ni kalau tiada keperluan mendesak, mmg prefer stay at home sajalah.
    risau kan dgn wabak ncov ni.

    ReplyDelete

Komen yang mebina sangat dihargai. Terima kasih.