Lupa Renew Lesen - Renew Lesen Di Kaunter JPJ, UTC Kuala Terengganu

Assalamualaikum,

Lupa Renew Lesen - Renew Lesen Di Kaunter JPJ, UTC Kuala Terengganu | Lega dah sambung lesen. Walaupun kerajaan dah buat tarikh perbaharui lesen mengikut tarikh lahir, tapi tahun ni akhirnya terjadi pada diri sendiri kes lupa sambung lesen.

Terlewat 10 hari perbaharui lesen dari tarikh yag sepatutnya. Faktor usia agaknya. Banyak makan kepala ikan selayang goreng ni. Haha. Memang langsung tak ingat. Bila tak ingat, memang bawa kereta biasa je, roadblock pun tak rasa apa. 

Tapi semalam Yaya ke rumah saudara. Ada saudara bertanya mengenai kaunter JPN di UTC. Dia kata..kat situ ada banyak jabatan kan, JPJ pun ada..senang lah nak sambung lesen.

Waktu dengar perkataan lesen tu, terus teringat lesen sendiri. Pagi ni terus tak berani nak memandu. Haha. Kena saman kang tak pasal-pasal melayang fulus.

Baca : Cara-Cara Memohon Rayuan Lesen Memandu Tamat Tempoh

Pembaharuan lesen memandu boleh dilakukan di JPJ Negeri/Cawangan, UTC, Kaunter 1JPJ dan rangkaian Pejabat Pos Malaysia Berhad (PMB). Pemohonan boleh memperbaharui lesen memandu dalam tempoh minimum 1 tahun hingga maksimum 5 tahun sahaja. Sekiranya lesen memandu tidak diperbaharui dalam masa 3 tahun, pemohon perlu menduduki semula ujian untuk mendapatkan lesen memandu.

Jadi, hari ini cepat-cepat Yaya ke kaunter JPJ di UTC Kuala Terengganu.

Waktu Perkhidmatan Kaunter JPJ, UTC Kuala Terengganu


Waktu Perkhidmatan Kaunter JPJ UTC Kuala Terengganu

Sejak UTC beroperasi, memang Yaya sambung lesen di UTC je. Mudah. Boleh pergi waktu kerja atau pergi malam. 

Hari ni Yaya ke JPJ waktu rehat tengah hari Sampai je di JPJ, pintu masih belum buka. Di pintu ada di tampal notis waktu operasi bermula jam 1.15 tengah hari. Dah ramai orang menunggu di luar pintu. Masa tu jam hampir ke 1.10 tengah hari. Jadi, Yaya pergi makan dulu.

1.45 tengah hari pergi semula ke JPJ. Rezeki, hilang dah semua manusia yang berasak tadi. Proses Yaya sambung lesen pun tak sampai 5 minit. Sekejap sangat. Sekarang lega dah, dah sambung lesen kereta untuk 2 tahun dengan bayaran RM60.00. (RM30.00 setahun)


Lewat renew lesen, kena denda ke?

Kena denda atau kompaun ke kalau lewat sambung lesen kereta atau lesen motor ni? Jawapannya tak ada sebarang denda ye.

Kadar Bayaran Kompaun Memandu Tanpa Lesen Yang Sah

Pihak JPJ menyatakan bahawa pemandu kenderaan atau penunggang motosikal yang didapati memandu atau menunggang tanpa lesen memandu atau lesen memandu tamat tempoh akan dikenakan kompaun maksimum sebanyak RM300.

Ini saman biasa ye. Contoh sekiranya Yaya kena tahan sebab ada roadblock. Sekali hulur lesen, lesen pulak mati. Tengok dah 10 hari mati. Jadinya Yaya kena kompuan RM150.00. Bukannya kau pergi kaunter JPJ, niat murni nak renew lesen tapi kena bayar kompaun juga. Memang tak ada macam tu ye. 

Lewat renew lesen kena sambung untuk 2 tahun terus?

Orang kata kalau lewat sambung lesen kena sambung untuk 2 tahun terus eh. Betul ke? Yaya sendiri tak pasti sebab memang biasa buat untuk 2 tahun terus.

Sangat cekap petugas kaunter JPJ di UTC ni. Semua kaunter di buka. Kalau semua jabatan buat macam ni, barulah orang awam suka. Hihi Terutamanya yang ada masa rehat je untuk buat pelbagai urusan. 

Lama dah tak pergi buat sebarang urusan di kauter bank. Sebelum ni kalau pergi bank masa rehat tengah hari, kaunter yang buka cuma dua..kita rehat dia pun rehat. Ke lain dah sekarang ni. Dah bertambah efisyen? Hehe

Terima kasih ye sudi baca.

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post