Cara-Cara Memohon Rayuan Lesen Memandu Tamat Tempoh

Permohonan Rayuan Lesen Memandu Tamat Tempoh. Lesen memandu tidak diperbaharui. Dalam kes adik yaya, dia ada lesen B2 (P). Malangnya dia lupa untuk tukar ke lesen CDL Full selepas habis tempoh lesen percubaan selepas 2 tahun. Bulan 8 2017 sepatutnya dah boleh mohon lesen besar. Tapi disebabkan tak ambil cakna lesen masih belum diperbaharui.

Disember 2018. Yaya mencuba nasib di UTC Kuala Terengganu untuk sambung lesen adik. Memang dah ada rasa was-was, tapi nak tunggu juga jawapan pegawai di kaunter. Bila sampai giliran yaya, sah lesen tak boleh disambung! Sebabnya dah melebihi tempoh setahun. Maknanya kalau pergi sebelum bulan 8 2018 masih boleh tukar ke lesen CDL Full.

Nasi dah bertukar menjadi bubur. Nak marah tuan punya badan pun dah tak guna..cuma geram tu adalah. Dah banyak kali ingatkan suruh renew lesen. Bila bertanya pada pegawai di kaunter, apa lagi boleh di buat, jawapan beliau ''tak boleh buat apa dah, kena ambil lesen semula dari awal''.

Keesokannya, Yaya hubungi JPJ Kuala Terengganu. Masih berharap agar dapat lakukan sesuatu. Yelah..nak kena start ambil semula lesen dari awal tu...kita dengar pun dah lemah semangat. Alhamdulillah, ada sedikit kelegaan apabila pegawai yang menjawab panggilan yaya meminta untuk ke portal JPJ dan membuat carian berkenaan permohonan rayuan lesen memandu tamat tempoh.

Rayuan Lesen P Tamat Tempoh

Lesen P Tamat Tempoh Lebih Setahun

Oh..boleh buat rayuan rupanya..tapi setakat mana belas ehsan JPJ tu belum diketahui lagi.hihi. Jom ikuti cara-cara momohon rayuan lesen memandu tamat tempoh.

Cara-cara memohon rayuan lesen memandu  - rayuan lesen P tamat tempoh lebih setahun


1- Pergi ke portal Jabatan Pengangkutan Jalan Maysia 

  • http://www.jpj.gov.my/web/main-site/semakan-rayuan-lesen-memandu-tamat-tempoh
  • isi maklumat berkaitan, cuma perlu masukkan kategori ID, jenis lesen, nombor ID dan kod sekuriti. Klik SEMAK. Akan keluar maklumat diri, kemudian pilih 'alasan' dan Klik HANTAR.
lesen memandu tamat tempoh


Lupa tukar lesen P ke lesen CDL


  • Masukkan 'sebab gagal memperbaharui', ada beberapa pilihan disediakan antaranya, terlupa, masuk penjara, ataupun berada di luar negara. Bahagian ini ada pilihan alasan/sebab, tak boleh isi jawapan sendiri ye.

Lesen memandu tamat tempoh

2. Selepas sehari, masuk semula semula ke website JPJ, ulang semua langkah di atas. 

Akan keluar hasil carian dan anda boleh mencetak surat yang dilampirkan.

Lesen P Tamat Tempoh


3. Baca surat balas dengan teliti

Macam kes adik Yaya. adik hanya perlu menjalani ujian bahagian II dan bahagian III. 

cara memohon lesen memandu tamat tempoh

4. Hadir ke JPJ terdekat dengan membawa surat kelulusan, kad pengenalan asal dan salinan berserta gambar passport untuk urusan penegeluaran lesen L. Dah ada lesen L, baru boleh buat test semula.


Cara-cara sambung lesen tamat tempoh


Setakat hari ini, adik yaya belum lagi mengunjungi JPJ. Dia masih lagi dalam mood exam. Yaya pun tak berani nak sebut banyak kali. Paper last untuk degree semester akhir akan berakhir dalam hujung bulan nanti. Akhirnya setelah 4 tahun belajar. Nanti akak dia paksa habis-habisan settlekan hal lesen ni.Hihi.

Terima kasih sudi baca.

[update 1]

Selepas berjaya memperbaharui Lesen L, kena pergi ke sekolah memandu berhampiran. Sekolah memandu akan minta surat balasan JPJ tu, untuk tengok pengecualian.

Dalam kes adik Yaya ni sekolah memandu minta RM 200.00 untuk Ujian Bahagian II dan III. Kena belajar 2 jam dan boleh test JPJ.


[update 2]
Link terkini  untuk permohonan rayuan lesen memandu 
https://www.jpj.gov.my/web/main-site/pemandu/-/knowledge_base/pemandu/permohonan-rayuan-lesen-memandu-tamat-tempoh



18 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. nice tips! leh syaza apply ;) salam kenal kak yaya,, syaza follow *

    ReplyDelete
  2. uuish rupanya kalo lupa kena rayuan eeh.. seram jugak. smoga mudah semuanya ya..

    ReplyDelete
  3. Salam 2019 Yaya...
    Takutnya kalau terlupa mcm tu.... Mau tak lemah semangat kalau kena ambik lesen dari mula balik. Harapnya boleh renewlah kan. Kena denda pun dendalah haih

    ReplyDelete
  4. boleh pergi jpj di utc tak untuk rayuan ni?

    ReplyDelete
  5. kalau rayuan boleh buat di pejabat jpj di utc tak?

    ReplyDelete
  6. sis pegi pusat memandu mana rm200?

    ReplyDelete
  7. Sis lepas sis dapat surat rayuan tu sis pergi smula ke jpj utc atau jpj lain ya utk ambil lesen L tu ?masa ambil lesen L tu pegawai ada tanya ap2 soalan lagi tak ?bytheway thankss for the sharing sis .sgt membantuu ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh terus ke sekolah memandu..bab tanya2 soalan tu tak pasti pula

      Delete
    2. Buat rayuan mestilah online mcm sis Yaya tunjuk kat ats tu. Lepas dapat result tu.. cetak 2 copy, ic pemohon, gambar tu klu takde buat slip je. melainkan lesen asal hilang baru la kene bawa gambar yg baru. Kaunter takde soal apa2 pun..

      Delete
  8. Hi nak tanya lama jugak ke ye selepas permohonan di buat? Down jugak dua tigari tkde khabar. Dia taknak luluskan ke 😔

    ReplyDelete
  9. Assalam nak Tanya kna bawa surat kelulisan asal tu surat mana eh..ka surat rayuan yg yelah diluluskan tu

    ReplyDelete
  10. Sis,saya nak tanya sebab saya kes macam adik awak jugak.Malangnya institut memandu area saya minta RM 1k.Sedih sangat sebab mahal saya pon student lagi .Yg sis pergi kena bayar RM 200 ni kat mana ya?Sebab saya stay besut,trg.atau boleh share CTC number@email yg saya boleh tahu dengan lebih lanjut. Harap sis reply.Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni di Kuala Terengganu, mungkin bayaran dah berubah. Bergantung pada sekolah memandu juga.

      Delete
Post a Comment
Previous Post Next Post