Biar Ikhlas, Jangan Harapkan Balasan | Apa khabar semua. Semoga semuanya sihat. Semamangnya hanya  Allah swt sahaja yang dapat menilai keikhlasan hati seseorang selain tuan empunya diri..orang sekeliling cuma dapat menilai dengan mata kasar..entah betul penilaian entah tidak...



Keihlasan




Bila kita tolong orang..jgn harap orang tu akan tolong kita..bila kita buat baik kat orang jangan harap orang tu akan buat baik kat kita..bila kita sayang org jgn harap org tu akan sayang kita macam kita sayang dia...


Setiap apa yang kita buat biar ikhlas ... jangan bila kita dah pernah menolong orang..merasa susah payahnya..turut merasa perit mereka dalam kesusahan.. sampai masanya..bila hal itu terjadi kepada kita, kita berharap mereka turut merasa apa yang kita pernah rasa...mengharapkan mereka menolong kita sebagaimana kita tolong mereka.. tu tak ikhlas namanya... mengharapkan balasan...kalau tak ikhlas tak dapat pahala tau.....sia-sia saja...


Semua org keperibadian lain-lain...lahir pun dari perut lain-lain..adik beradik seibu sebapa pun boleh boleh diragui keihlasan..nie pulak kita yg cuma terikat atas dasar saudara sesama islam...memang susah untuk memahami semua orang ... latar belakang berbeza perangai pun berbeza...


Jadi memang tak perlu mengharapkan orang lain akan buat sama seperti yang kita pernah kita buat !
perangai berbeza..keperibadian berbeza..hati berbeza .... ada hati sensitif (jgn kita fikir sensitif kita je perlu dijaga)....ada hati kering ... ada panas baran..ada penyabar ... cek la sendiri korang kategori hati yang mana satu ^^


Macam mana hati kita nak tenang?

 
Lembutkanlah hati kita. Tundukkanlah diri kita pada Allah. Bersyukur dengan nikmat yang Allah pinjamkan pada kita. Semua itu tidak akan kekal. Bila-bila masa Allah boleh tarik balik semua itu. Ikhlaskanlah hati dalam setiap perkara yang kita buat.

Sesungguhnya, hanya Allah sahaja yang berkuasa menilai keikhlasan hati kita. Insya Allah, kita akan dapat merasai kelazatan halawatul iman itu sendiri. Tenanglah dikau wahai hati...

Sumber : Unit Penerbitan Bahagian Dakwah, JAIS


Keikhlasan mempunyai kilauan dari sinar...meskipun ribuan mata tidak dapat melihatnya ...


5 Comments

  1. kena sematkan dalam hati keikhlasan tu kunci kebahagiaan

    ReplyDelete
  2. Memang keikhlasan tu penting. Tapi ramai yang tak sedar die dah ikhlas tapi sebenarnyer memang kompem tak ikhlas....

    ReplyDelete
  3. eh cam ne leh pndai ckp jawa ni? hehehe

    ReplyDelete
  4. @wida n fasihah : ai bkn org jowo la..hihi..tiru ayat niena tu...jgn marah yer niena..

    ReplyDelete

Thank you for reading my blog. Constructive comments are greatly appreciated. Thank you.