Aplikasi SUJOOD - Mudahnya Sedekah Online Ke Masjid Dan Surau

Aplikasi SUJOOD - Mudahnya Sedekah Online Ke Masjid Dan Surau | Yaya nak share dengan korang mengenai satu aplikasi yang memudahkan kita untuk melakukan sedekah secara online iaitu Sujood. Alhamdullillah, aplikasi Sujood dibina bagi memudahkan orang ramai menyalurkan sedekah kepada masjid atau surau di seluruh Malaysia. 

Seperti yang kita sedia maklum, masjid dan surau bukan hanya menjadi tempat ibadah tetapi pelbagai aktiviti dijalankan bagi mengimarahkannya. Terutamanya pada bulan Ramadan ini. Penganjuran majlis berbuka puasa, moreh, jemputan para uztaz dan banyak lagi aktiviti diadakan. Pasti semua ini memerlukan dana yang banyak.

Aplikasi Sujood Sedekah Online



Yaya teruja juga bila pertama kali tahu mengenai aplikasi Sujood ni. Ada pihak akhirnya membangunkan satu sistem untuk menyalurkan sedekah atau derma khas untuk pembangunan masjid dan surau. Ada kelebihan lain mengenai aplikasi Sujood ini yang bertul-betul membuatkan Yaya untuk berkongsi dengan korang semua. Jom baca..


Mengenai Aplikasi Sujood

Aplikasi Sujood dibangunkan dan diselenggara oleh Studio 61 Sdn. Bhd. Pembangunannya bertujuan untuk memudahkan individu atau organisasi untuk bersedekah ke masjid atau surau.

Menggunakan tagline Tabung Digital Masjid Anda, aplikasi Sujood menawarkan langkah pendigitalan masjid bagi membantu  institusi agama orang Islam ini untuk menghadapi isu seperti pemerolehan dana, kebolehpasaran dan juga masalah kecurian.

Sedekah Subuh Online di Aplikasu Sujood

Selepas ini bila semuanya dah digital harapnya kes kecurian tabung masjid dapat diatasi.

Buat masa ini dah ada 129 pilihan senarai masjid dan surau yang berada dalam aplikasi Sujood (kecuali Labuan) untuk korang bersedekah. Pihak Studio 61 masih menjalankan misi untuk menambah bilangan masjid dan surau di Malaysia tanpa mengenakan sebarang caj kepada pihak masjid.

Korang yang amalkan membuat sedekah subuh online boleh la bersedekah ke mana-mana masjid atau surau di dalam Sujood ni sebagai tempat berinfaq.



Kelebihan Sedekah Online Menggunakan Sujood

1) Boleh memilih untuk bersedekah ke masjid atau surau pilihan

Sedekah Masjid Online


Ada antara kita yang bekerja atau menetap jauh dari kampung halaman dan jarang-jarang dapat pulang ke kampung.  Pastinya kita ingin membantu masjid yang pernah menjadi tempat kita belajar mengaji. Dengan adanya sedekah online, semestinya memudahkan urusan bersedekah dengan segera tanpa bertangguh-bertangguh. 

Jom download aplikasi Sujood di Google Play ataupun Appstore.

Kini korang boleh melakukan sedekan online ke masjid atau surau pilihan bila-bila masa dan di mana sahaja.


2) Duit derma 100% ke masjid atau surau pilihan


Cara sedekah subuh online guna Sujood


Korang boleh je bersedekah sebanyak mana yang korang inginkan walaupun cuma RM1.  Menariknya wang yang korang sedekahkan tu 100% akan menjadi hak masjid. Korang tengok gambar atas tu, ada sumbangan berasingan di bawah 'Jom Bantu Sujud' sekiranya korang berhasrat untuk membantu Studio 61 Sdn. Bhd bagi kerja-kerja pengurusan dan penyelenggaraan aplikasi.

Jelas tiada caj yang dikenakan dari jumlah sedekah orang ramai.


3) Ada butang 'Share'

Ada butang 'Share' setelah korang membuat pilihan masjid. Memang bagus ada butang ni, memudahkan korang untuk berkongsi link untuk bersedekah. Korang boleh la kongsikan link di Story Whatsapp contohnya. Jadi mereka yang melihat Story Whatsapp korang berpeluang untuk sama-sama membuat amalan kebaikan dengan bersedekah kepada masjid secara lebih spesifik.  

Lagi pula mereka yang klik link tersebut boleh terus membuat urusan sedekah online menggunakan platform sujood.net tanpa perlu download aplikasi. Mudah bukan?


4) Derma sebagai 'Hamba Allah'


Aplikasi Sujood Mudahnya Sedekah Online


Korang boleh daftar untuk menggunakan aplikasi dengan memasukkan nama, emel dan juga nombor telefon. Setelah berdaftar mudah untuk kita tengok semula rekod-rekod sedekah yang telah kita buat.

Namun di platform sujood.net korang boleh je memilih untuk tidak berdaftar dan klik untuk menderma sebagai 'Hamba Allah'. Bagi Yaya bagus ada butang ni, sebab ada yang mahu memberi sedekah secara sembunyi-sembunyi.

Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu; dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan. (Surah al-Baqarah, ayat 271)


Sumbangan Untuk Masjid Kampung Banggol Pauh, Kuala Nerus, Terengganu


Sumbangan Untuk Masjid Kampung Banggol Pauh, Kuala Nerus, Terengganu


Yaya mengambil peluang ini untuk mengajak korang sama-sama berinfaq ke atas Masjid Kampung Banggol Pauh ni.

Masjid Kampung Banggol Pauh dibina pada tahun 1910. Ianya terletak di dalam Mukim Kuala Nerus. Kampung yang termasuk sempadan masjid ini terdiri daripada 4 buah kampung iaitu Kampung Banggol Pauh, Kampung Bukit Tok Beng, Kampung Hulu Takir dan Kampung Gong Sentol.

Pembinaan baru masjid itu pada tahun 1953, di atas tanah wakaf dan peruntukan pembinaan daripada khairat Kampung Tanjung. Hasil kerjasama melalui derma dan gotong-royong yang dilakukan oleh anak mukim, maka terbinalah sebuah masjid di Kampung Banggol Pauh.

Bagi yang berhasrat untuk bersedekah boleh klik link di bawah.


Bersedekahlah, nescaya rezekimu datang dari sumber yang tidak disangka-sangka.

 

Daftar masjid dan surau pilihan anda 

Sekiranya korang berhasrat untuk mendaftar masjid ataupun surau pilihan boleh emailkan kepada salam@sujood.net

Untuk lebih info mengenai Sujood boleh layari website dan media sosial Sujood.

Website : sujood.net
Facebook : Sujood
Instagram : sujoodapp
Yaya Azura

Yaya | Blogger Since 2010 | Email : yayaazura82@gmail.com

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post