Resepi Kek Buah Kukus Viral Azlina Ina

Resepi Kek Buah Kukus Azlina Ina | Hidangan di hari raya seolah tak lengkap tanpa potongan kek buah. Yaya memang penggemar kek buah. Tapi agak memilih juga sebenarnya, bukan senang nak jumpa kek buah yang moist dan sedap. 

Setiap tahun untuk hari raya Aidilfitri Yaya akan tempah kek buah dengan orang sekampung. 3 4 biji sekali tempah. Akak ni memang ada menjual pelbagai kerepek. Tapi untuk kek buah, dia hanya buat untuk orang yang dah selalu tempah je. Tapi tahun ni macam tak dapat merasa kek buah air tangan dia, tak ambil tempahan. Berhuhu sajalah yang mampu.

Bila Azlina Ina kongsikan resepi kek buah confirm jadi katanya kalau ikut step by step, terus rasa 'eh, nak buat sendiri lah'..macam senang je...macam mudah ye..hihi .. Tapi itulah..mengukus kena 4 jam. Kena banyak sabar ni kalau nak  buat sendiri. 

Ada beberapa hari lagi menjelang raya. Doa-doakan lah rajin tu datang dan diberi kegigihan untuk buat kek buah ni. Hihi. Yaya kongsikan resepi kek buah Azlina Ina di sini untuk rujukan nanti.


Resepi kek buah kukus viral Azlina Ina yang moist dan tak benyek

Resepi Kek Buah Kukus Azlina Ina Langkah Demi Langkah


Bahan-bahan kek buah kukus:

  • 2 cawan buah-buahan kering
  • 440 gm tepung gandum
  • 2 sk soda bikarbonat
  • 1sudu kecil dauble action powder 
  • 1sudu kecil serbuk buah pala
  • 1/2 sudu kecil serbuk kayu manis 
  • 150-180g gula pasir
  • 250 gm butter
  • 1/2 cawan madu
  • 3 biji telur gred A
  • 1/4 cawan gula
  • 1 sudu besar susu pekat
  • 1 sudu besar sunquick

Cara penyedian kek buah kukus Azlina Ina - langkah demi langkah


tips kek buah kukus tak bantat tak penyek

1. 2 cawan mix fruit rendam dulu dengan air suam. Tujuan die hilang kan kotor2 kat buah tu kadang ada habuk2 ke apa kan. Sekejap je pas tu tos kan.

Buah-buahan dalam kek buah kukus




2. Timbang 440g tepung lebih kurg 4 cawan mcm tu lah cuma yg 40g lebeh kurg 1/4 cawan tu asing kan xyah ayak masuk dalam buah td gaul2 kan.aku rasa korg xpaham haahhhaha
ok 440g kan korg timbang 40 g dulu masuk kat tapawere bebuah tu ha goyang2 bg sebati bebuah tu dgn tepung yg 400g lg korg timbang pas tu ayak dgn
2 sk soda bikarbonat
1sk dauble action powder (suke guna ni sbb kek buah korg xjd berat sgt nnt moist je)
1sk serbuk buah pala
1/2 sk serbuk kayu manis( kalau xsuke xyah la)
ok siap dah ketepikan jauh

cara memasak kek buah kukus Azlina Ina


3. 150-180g gula pasir( ejas ikut kemanisan yg korg nak ye.mak xtau korg jenis kuat manis ke x.)lebih kurg 1-1 1/2 cawan gula kalau sukat cawan.
masuk kan dalam kuali panas dan bia die melt keperangan.


Cara buat kek buah yang sedap


4. ok setel dah perang masuk 1/2 cawan air panas kalau masuk air sejuk kang jd batu gula korg  dah agak didih gituh

kek buah kukus confirm jadi Azlina Ina

5. masuk kan 250g pure butter kot xde bajet pakai la majerin pn boleh.ok setelah beliau mencair cantik

kek buah kukus sedap


6. masukkan 1/2 cawan madu kot2 la xsuke manis madu lg2 perkataan madu pn bencixdosa la xletak pn.hahahha korg tukar la nama tajuk die kek buah setia atau kek buah xsudi bermadu
ok korg ttup api dan bia die suam2 gitu ya

Resepi Kek Buah Kukus Azlina Ina

7. ok 3 biji telur gred A,1/4 cawan gula mix kan sampai kembang elok sopan santun masukkan 1 sb susu pekat (kalau xmakn susu xyah la tp letak lg sedap lemak2 je kek tu nnt


resepi kek buah kukus langkah demi langkah


8. 1 sb sunquick... kacau rata

resepi kek buah kukus step by step

9. baik skrg mari lah kita masukkan buah2 yg bersalut tepung kedalam tepung kite yg 400g td dan masuk sket2 kedalam gula hangus kite td kacau2 sebati.last tuang kan telur td kaup balik saja ya tuan puan

resepi kek buah kukus viral


10. ok bekas digunakan sq 1500 akan dapat 2 bekas kalau xnak isi penuh2

kek buah kukus viral Azlina Ina


11. kalau isi di loyang begini dapat 1 loyang mcm ni penuh sukatan td.


kek buah kukus Azlina

Resepi kek buah kukus Azlina Ina


12. kukus 4 jam dgn api sederhana.tutup plastik permukaan bekas tu jgn lupa ya.plastik wrap tu.nampak2 cantekkk nau masak dieeee


Kredit: Azlina Ina Fans


Tips Penyedian Kek Buah Kukus

1. Tips untuk langkah 3, proses cairkan gula


2. Sapukan minyak dulu pada loyang dan bari diisikan dengan adunan
3. Janga lupa balut penutup pengukus dengan kain atau plastik wrap untuk elak wap air menitis ke atas kek.


Sekian resepi langkah demi langkah kek buah kukus viral dari cikgu Azlina Ina. Selamat mencuba.



 
Yaya Azura

Yaya | Blogger Since 2010 | Email : yayaazura82@gmail.com

5 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. Nampak senang je..tapi tangan akak xde seni buat kek...sabar jer la...

    ReplyDelete
  2. Sedapnya kek buah. Tak pernah lagi cuba buat kek buah. nanti boleh tiruvasi resipi ni. TQ share :)

    ReplyDelete
  3. OH shida xmakan kek mcm ni xtahu kpe xboleh telan ^_^

    ReplyDelete
  4. sedapnya! A slice is not enough. I like fruitcake very much!

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post