Ibadah Korban Dan Akikah Di Mekah Murah - Boleh Percaya Ke?

Ibadah Korban Dan Akikah Di Mekah Murah - Boleh Percaya Ke? | Alhamdulillah, umat islam di seluruh dunia sedang bergembira meraikan Syawal. Hari Raya Aidilfitri dirai sebagai tanda kesyukuran ke atas kemenangan setelah berjaya menyempurnakan ibadah puasa, melakukan amal ibadah, kebaikan dan kebajikan di Bulan Ramadan. 

Berlalunya Aidilfitri, satu lagi perayaan utama dalam Islam iaitu Hari Raya Aidiladha pula bakal menyusul. Hari Raya Aidiladha, Hari Raya Korban atau Hari Raya Haji ialah perayaan yang disambut oleh umat Islam di seluruh dunia. Ini bagi menghormati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail sebagai tindakan mematuhi perintah Allah SWT.

Ibadah Korban ialah ibadah sembelihan haiwan ternakan seperti unta, lembu dan kambing yang akan dilakukan pada hari raya Aidil Adha iaitu bersamaan 10 Zulhijjah (selepas selesai solat hari raya) dan pada hari-hari Tasyrik bersamaan 11, 12 ,13 Zulhijjah.

 

Ibadah Korban Dan Akikah Di Mekah Murah Dipercayai


Di Malaysia, walaupun hanya setahun sekali tetapi ramai yang tidak melaksanakan korban disebabkan kekangan kewangan. Ada sesetengah orang yang berhajat untuk melaksanakan ibadah korban, mereka perlu merancang lebih awal. Ini kerana harga seekeor lembu menjelang Aidiladha boleh mencecah sehingga RM5000. Apabila dicongak-congak harga untuk sebahagian lembu lebih kurang RM700. Harga untuk seekor kambing pun dalam anggaran RM1000 ke RM1500 seekor.


Berusaha untuk melakukan ibadah korban dan akikah

Ibadah Korban Dan Akikah Bersama UTS Trading


“Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai oleh Allah Ta’ala daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tunduk-tunduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih.” (Hadith riwayat Tirmidzi)

“Sesiapa yang dikurniakan anak dan ingin melakukan ibadat untuknya, maka lakukanlah ibadah aqiqah bagi anak lelaki dua ekor kambing dan bagi anak perempuan pula seekor kambing”.
(Hadith riwayat Abu Daud - 2842)


Walaupun harga untuk melaksanakan ibadah korban agak tinggi tapi kita kenalah juga berusaha untuk melakukan ibadah korban walaupun sekali seumur hidup dan berusaha juga unutk melaksanakan akikah untuk anak-anak. Menabung adalah salah satu usaha. Menabung RM2 sehari, simpan selama setahun dah cukup bayaran untuk satu bahagian. Kena istiqamah lah ye..InsyaAllah dipermudahkan.

Salah satu cara lagi ialah mencari tempat yang menawarkan harga haiwan ternakan lebih murah berbanding di Malaysia. Sebab tu kita tengok trend sekarang ramai yang buat korban di luar negara. Salah satunya di tanah suci Mekah. Tapi  boleh percaya ke buat korban jauh-jauh di negara orang ni? Ye lah..tak pasal kan kena scam, benda tak nampak depan mata..

Yaya nak kongsikan dengan korang semua mengenai ibadah korban di Mekah melalui pengurusan Umrah Tanah Suci. Kenapa mereka boleh menawarkan harga jauh lebih murah?


Harga korban dan akikah di UTS Trading jauh lebih murah dan menjimatkan

Korban Akikah Di Tanah Suci Mekah Murah Dipercayai


UTS Trading menawarkan harga paling rendah dalam pasaran dan mampu milik untuk semua orang. Bila harga lebih murah berbanding pasaran pasti timbul tanda tanya juga kan. Kenapa UTS Trading boleh bagi kita harga yang jauh lebih murah dan lebih jimat. Sebanarnya bila kos operasi berkurang sudah semestinya harga untuk korban dan akikah dapat direndahkan. Utamakan kos-kos yang perlu sahaja dan yang utama matlamat  untuk melakukan ibadah korban dan akikah dapat dicapai.

Contohnya untuk pemberian sijil. Hanya sijil digital diberikan. UTS Trading tidak akan mengenakan caj yang mahal pada anda hanya untuk sijl fizikal seperti kayu, gold plate dan lain-lain berserta caj pos.

Selain itu, UTS Trading tidak menggunakan ejen dan wakil syarikat. Ini bermakna tiada caj tersembunyi dikenakan kepada anda untuk bayaran komisen kepada ejen.

UTS Trading juga beroperasi 100% secara online.  Jadinya, UTS Trading tidak terikat dengan komitmen yang besar seperti sewaan pejabat fizikal, caj utiliti dan gaji kakitangan yang ramai. Ini dapat jimatkan masa, tenaga dan duit anda. Semua kos ini tidak dikenakan caj kepada anda.

Berbekalkan pengalaman hampir 6 tahun menguruskan umrah dan haji serta mengendalikan korban dan akikah, UTS Trading mempunyai networking dan pegawai bertugas di Arab Saudi. Jadi kos dapat dikurangkan kerana tidak menggunakan khidmat orang tengah.

Selain itu harga dapat dikurangkan kerana tiada hadiah percuma. Caj tidak akan dikenakan kepada anda hanya untuk berikan 'freegift' yang sememangnya tidak percuma dan kos dimasukkan pada caj jualan.


Ibadah korban dan akikah di Mekah lebih murah dan boleh dipercayai

Selain daripada kos-kos operasi yang minima, pakej korban menjadi lebih murah kerana harga seekor kambing di Mekah jauh lebih murah berbanding di Malaysia. Kenapa harga kambing di Mekah murah sangat? 

Di Mekah, kambing adalah makanan asasi, setiap hari mereka menikmati juadah kambing ni. Sebab tu lah harga kambing kat sana lebih murah.


Pakej Korban Akikah Dam Haji Murah di UTS Trading

Bersama UTS Trading InsyaAllah akan terlaksana hajat untuk melakukan ibadah korban dan akikah. Pada harga RM320 (seekor kambing untuk ibadah korban), RM350 (seekor kambing untuk akikah dan Dam Haji). Jauh beza sungguh kan harga nak dibandingkan dengan di tempat kita.

Bukan hanya murah tetapi boleh dipercayai

Korang tak perlu ragu-ragu untuk buat ibadah korban dan akikah di Mekah. Bersama UTS Trading, kambing korban dan akikah akan dipilih dengan teliti dan akan disembelih mengikut hukum syarak.

Untuk info korang juga, di Tanah Haram kurang 10 tempat pusat sembelihan yang diberikan permit. Untuk UTS Trading pula trmpat sembelihan adalah di Kilo Asyara.

Agihan Daging Korban di Tanah Suci Mekah ke Negara-negara Miskin



Kenapa bukti bergambar @ video secara individual tidak dapat diberikan?

  • Jemaah Haji tahun 1444H adalah seramai 2 juta orang.
  • Purata sembelihan setiap orang Jemaah 1 ekor kambing iaitu sembelihan dam dan korban
  • Sembelihan korban yang dibuat oleh penduduk setempat dan orang luar di tanah haram sekitar 1 juta ekor kambing
  • Menjadikan jumlah keseluruhan sembelihan dalam masa 4 hari iaitu 10,11,12, dan 13 Zulhijjah sebanyak 3 juta ekor kambing
  • Jumlah ini tidak memungkinkan pusat sembelihan memberi bukti berbentuk gambar atau video secara individu

Edaran daging korban

Daging korban mentah diagihkan kepada orang miskin di Mekah, di seluruh Arab Saudi dan juga dieadarkan dibeberapa negara islam yang miskin. Negara-negara penerima adalah seperti berikut:

Azerbaijan Bangladesh - Burkina Faso - Chad - Comoros - Djibouti - Gambia - Ghana Guinea Bissau - Guinea Conakry - Iraq - Jordan - Lubnan Liberia – Mali - Mauritania Mauritania - Mozambique Niger – Pakistan - Palestin - Senegal - Sierra Leone - Sudan - Syria - Tanzania

Korban Akikah Dan Dam Di Mekah Murah Dipercayai Bersama UTS Trading



Sekiranya korang berminat untuk melaksanakan ibadah korban dan akikah bersama UTS Trading, boleh ke website UTS Trading dan juga Facebook mereka untuk lebih info.


Web: utskorban.com
Facebook: https://www.facebook.com/umrahtanahsuci
Alamat: No 7, Tingkat 2 Plaza Mentaloon, Susuran Mentaloon, Alor Setar, Kedah.
Tel: 017-563 2633
Email: utstrading21@gmail.com




Yaya Azura

Yaya | Blogger Since 2010 | Email : yayaazura82@gmail.com

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post