Cara Melaksanakan Sedekah Subuh Dengan Istiqamah | Begitu istimewanya sedekah Subuh. Waktu-waktu lain tak pula dinamakan dengan nama yang khas. Boleh je korang nak bersedekah pada bila-bila masa, hari Jumaat atau hari lain. Tak ada halangan dan kita memang digalakkan bersedekah. Tapi sedekah Subuh ni sangat istimewa kerana termasuk dalam sedekah yang terbaik. Kata Rasulullah, setiap Subuh Allah turunkan malaikat untuk mendoakan mereka yang bersedekah Subuh. Sesungguhnya doa malaikat mustajab di sisi Allah SWT.

Dari Abu Hurairah RA, berkata bahwa Nabi Muhammad SAW bersabda:

Ketika hamba berada di setiap pagi, ada dua Malaikat yang turun dan berdoa, “Ya Allah berikanlah ganti pada yang gemar berinfak (rajin memberi nafkah pada keluarga).” Malaikat yang lain berdoa, “Ya Allah, berikanlah kerosakan bagi yang enggan bersedekah (memberi nafkah). 

(HR Bukhari dan Muslim).

Jadi, kita diberi dua pilihan. Mahu didoakan yag baik-baik (bersedekah), ataupun didoakan kehancuran atau kerosakan (menahan harta / enggan bersekah)

Jika menginginkan pintu rezeki dibuka setiap hari, bersedekahlah bermula dari waktu Subuh. Tak perlu menunggu menjadi seorang yang kaya untuk bersedekah, Biasa kita nampak kan, semakin kaya semakin kedekut. Nak bersedekah mula berkira. Akhirnya semakin banyak pintu rezeki tertutup. Jangan fikir duit dan harta akan bertambah kerana semua itu akan ditarik Allah bila-bila masa sahaja dalam pelbagai bentuk seperti kecurian, kerugian dalam perniagaan dan ditipu.


Jadikan Amalan Setiap Hari Mesti Bersedekah

Biasalah manusia, ada hari ingat dan ada hari terlupa untuk bersedekah. Dan tanpa sengaja berlalulah satu hari tanpa bersedekah. Sebelum ni kalau nampak orang memerlukan baru hulur duit, kalau nampak ada tabung kemanusiaan atau tabung surau di pasaraya atau kedai makan baru lah kita bersedekah. Tak pun tungu hari Jumaat je masukkan sedekah dalam tabung masjid. 

Jom jadikan amalan setiap hari mesti bersedekah. Mulakan dengan sedekah Subuh.

Sedekah Subuh


Apa Yang Dimaksudkan Dengan Sedekah Subuh

Sedekah Subuh ialah sedekah yang diberikan pada waktu subuh (bermula daripada fajar menyingsing hinggalah terbit matahari) dan dilaksanakan sebaik-baiknya selepas seseorang itu solat Subuh.Tempoh masa bermula dari waktu Subuh sehingga sebelum masuk waktu Syuruk. 


Cara Melaksanakan Sedekah Subuh

Bagi mereka yang solat Subuh di surau atau masjid, sedekahlah di tabung surau atau masjid. Yaya akan kongsi bagaimana untuk melakukan sedekah subuh dengan istiqomah di rumah.

1. Sediakan satu tabung yang dilabel dengan 'Sedekah Subuh' dan selepas solat Subuh masukkan duit ke dalam tabung. Jumlah tak kisah lah berapa mengikut kemampuan walaupun hanya RM1.

2. Setiap kali bersedekah ke tabung Sedekah Subuh, berdoalah dan pohon hajat dengan spesifik dan tenang. Berdoalah untuk kebaikan di dunia dan akhirat. 

Contoh doa sedekah subuh:

~ Ya Allah, dengan berkah sedekah ini, mohon titipkan pahalanya untuk kedua ibu bapa ku
~ Ya Allah, dengan berkah sedekah ini, mohon dipermudahkan urusan jodoh ku
~ Ya Allah, dengan berkah sedekah ini, mohon ditenangkan hati dan jiwa ku agar tidak cepat emosi
~ Ya Allah, dengan berkah sedekah ini, mohon anak-anakku menjadi anak yang soleh dan solehah

3. Disyorkan 1 hajat yang sama untuk tempoh 40 hari.

4. Lakukan sedekah subuh dengan Istiqamah. Sekiranya berada jauh dari rumah (luar kawasan), masih boleh sedekah Subuh. Asingkan duit sedekah Subuh kemudian masukkan je ke dalam tabung di rumah. Kalau nak bersedekah terus ke tabung masjid atau surau pun boleh.

5. Bila dah cukup sebulan atau 40 hari, tiba masa untuk buka tabung. Masa untuk mengagihkan sedekah kepada yang selayaknya seperti anak yatim, fakir miskin, ahli keluarga atau sahabat yang dalam kesusahan. Boleh juga disedekahkan kepada pihak masjid atau maahad tahfiz.

Agihkan Sedekah Kepada Yang Selayaknya, JANGAN Guna Duit Sedekah Subuh Untuk Tujuan Lain

Duit sedekah subuh sudah pasti bukan lagi milik kita lagi. Kita dah berniat untuk sedekahkan semua duit tersebut. Jadi, tak boleh gunakan duit tu untuk tujuan peribadi. Untuk membayar zakat juga tidak dibenarkan. Zakat dan bersedekah adalah dua perkara yang berbeza.

 

Sedekah Subuh Online

Sedekah Subuh secara online lagi satu alternatif mudah nak bersedekah. Tak perlu buat tabung sedekah Subuh. Install je online banking di handphone. Nak buka komputer atau laptop satu hal pula kan. Kemudian set favourite mana-mana akaun yang hendak diberi sedekah. Akaun orang yang kita kenal ataupun pertubuhan yang berdaftar. 

Yaya kongsikan di sini 10 pertubuhan / yayasan / tahfiz berserta nombor akaun bank untuk memudahkan sahabat semua untuk sedekah online.

1. Ustaz Ebit Lew (Pertubuhan Kasih Umat Malaysia)
No. Acc: 8603546376 (CIMB)

2. Ustazah Norhafizah Musa (Tahfiz Madinatul Huffaz)
No. Acc: 564221629975 (Maybank)
 
3. Ustazah Asma Harun (Sahabat I Care Resources)
No. Acc: 12225010026317 (Bank Islam)

4. Ustazah Isfadiah (Akademi Keluarga Fitrah)
No. Acc: 12159010018741 (Bank Islam)

5. Cikgu Fadli Salleh (Pertubuhan Kebajikan Dana Kita)
No. Acc: 564221646925 (Maybank)

6. Malaysia Relief Agency Foundation (MRA)
No. Acc: 26424500007270 (RHB)
No. Acc: 564098206365 (Maybank)

7. Muslim Care Malaysia Society
No. Acc: 564490413882 (Maybank)
No. Acc: 14014010147470 (BIMB)

8. Pertubuhan Kasih Neelofa
No. Acc: 8604198113 (CIMB)

9. Yayasan Raja Shamri (Third Force)
No. Acc: 03090010066340 (Bank Islam)

10. Yayasan Darul Hijrah
No. Acc: 566010609934 (Maybank)

Kelebihan Bersedekah, Fadilat Sedekah Subuh


Tidak Akan Miskin Orang Yang Bersedekah


- Mengkayakan hati - walaupun miskin tetap rasa cukup
- Keyakinan yang tinggi kepada Allah SWT
- Melatih diri berharap hanya kepada Allah SWT
- Memberi ketenanagnhari dan kebahagiaan diri
- Melatih jiwa mencintai akhirat
- Memudahkan kematian
- Meringankan azab kubur
- Menyambung pahala selepas kematian
- Mendekatkan kita dengan Rasulullah di padang mahsyar
- Mudah melalui titian sirat
- Syurga menanti orang yang bersedekah

Amalan mulia ini akan membantu kita menyelesaikan masalah-masalah yang kita hadapi, jadi usahakan sedekah subuh walaupun sedikit-sedikit tapi istiqamah kerana Allah mencintai amalan yang diredhaiNya. Semoga setiap hajat dan harapan kita dimakbulkan Allah SWT.

P/S: Bersedekahlah, nescaya rezekimu datang dari sumber yang tidak disangka-sangka.





3 Comments

  1. kadang² culas dan lupa , thank you sbb highlightkan

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah perkongsian yang baik...tq sharing yaya.Semoga Allah merahmati yaya selalu ;)

    ReplyDelete

Thank you for reading my blog. Constructive comments are greatly appreciated. Thank you.