Raya PKP - Selamat Hari Raya Semua | 29 hb May 2021 bersamaan 17 Syawal. Terlambat sangat dah kut nak ucap selamat hari raya buat semua pembaca blog Yaya dan rakan-rakan blogger sekelian.  Tapi raya kan sebulan. Sebulan mengunyah kuih raya, sendiri beli sendiri makan. Anak-anak paham je tahun ni tak boleh keluar beraya. Tak boleh pergi mana-mana. Beraya dalam rumah sendiri je sesama ahli keluarga. Nak coretkan juga sedikit sebnayak memori beraya 2021 dalam blog ni.


Baju raya tema maroon

Tak pernah terfikir nak pakai maroon. Sebelum ni asyik hijau je. Hijau emerald, hijau petronas, hijau epal. Ni cerita raya sebelum PKP tahun lepas lah, ada sedara datang beraya, dia kata sebelum sampai dorang dah agak dah baju raya kami mesti warna hijau. Yaya yang selalu ber tema hijau ni pun tak sedar. Orang bagi tahu baru perasan. Hahaha.

Tahun ni, shopping baju raya di Pusat Pakaian Hari-Hari. Cantik tau koleksi baju raya di Hari-Hari. Kualiti memang tip top. Pakai sedap.  Tak tahulah kenapa tahun ni boleh pilih baju raya warna lain dari kebiasaan, pilih warna maroon!. Anak-anak dan suami pilih kurta sehelai sorang. Untuk Yaya, sepasang baju kurung. Cukuplah setiap orang dapat sehelai baju baru. Tak kemana pun kita kan, duduk rumah je.

Adik Wazif lah yang nampak paling seronok nak raya. Tahun lepas dah start puasa penuh. Alhamdulillah tahun ni pun berjaya puasa penuh. Abang Wafiq dah 12 tahun tak kan tak puasa penuh, tarik telinga kang. Hihi.  Pagi 1 Syawal semangat anak-anak bangun awal nak mandi sunat hari raya.Terus sauk baju baru. PKP ke, PKPD ke, PKPB ke, kita raya cara kita dan juga cara kerajaan tetapkan. Hihi.


Selamat Hari Raya dari Yaya dan keluarga. Mohon kemaafan seandainya ada salah dan silap.


Juadah raya simple je..

Juadah raya masak sikit-sikit je..tak beria pun, macam sarapan hari biasa. Hari pertama nasi minyak dengan ayam masak bali. Pagi raya kedua, buat rendang ayam, makan dengan ketupat palas.Rendang ayam tu guna resepi Che Nom, ketupat tu mak bagi. Buat juga kuah kacang dan rebus nasi kapit segera. 

Nasi kapit tu nasi impit la..ketupat nasi tu.. Orang Terengganu sebut nasi kapit je..atau loghat yang sebenarnya 'nasi kapek'. Sampaikan malam raya tu 2 3 kali yaya blur bila suami duk sebut ketupat. 'ketupat ni nak rebus berapa peket?'  minta tolong rebus nasi impit je, bukan suruh rebus ketupat. Haha. Dah kat peket plastik tulis ketupat katanya. Mengada laki aku..kita org ganu bang..haha

Sejam setengah rebus nasi impit tu..tugas dia lah tambah air dalam periuk. Tanya dia, sanggup tak nak merebus lagi akan datang, kuah ada lebih ni. Laju cakap tak nak. Hahaha. Ni guna yang segera pun dah mencabar bagi dia. Dulu masa kecik ingat lagi arwah tok buat nasi impit ni, lepas tekan nasi tu nak lagi  mampat tindih bekas nasi dengan batu tenggiling.  Bila dah besar sikit, duk buat dengan mak tekan-tekan nasi lembik dalam bekas tupperware. Sekarang ni mudah sangat dah. Beli yang segera je.



Rasanya raya semua orang sama je kan untuk tahun ni. Beraya bersama ahli keluarga kecuali golongan kayangan/selebritu yang beraya bersama ahli keluarga besar. Meriah betul gambar raya dorang. Geram jer nengok. Haha.. Dah kena kompaun kan? Kalau rasa rumah tu dekat-dekat tak payah lah nak show off sosial media..  Dah buat salah lagi nak heboh. Mendapat ler.

Hari ni kes positid Covid-19 mencatat angka tertinggi yang pernah direkodkan iaitu 9020 kes.


Allahu.. Masa PKP 1.0 denagr ratus-ratus kes dah ketar lutut. Ni dah hampir 10 ribu. Kuala Terengganu PKPD bermula 30/5 (esok) sehingga 12/6. Dan Lockdown 1 Malaysia bermula 1/6 sehingga 14/6. 

Sama-sama kita berdoa, buat solat hajat semoga kes semakin berkurang dan akhirnya Malaysia bebas daripada Covid19. 



4 Comments

  1. Selamat hari raya Yaya Azura sekeluarga. Berayalah kita seadanya.
    Allahu Akbar! Takutnya tengok angka tu huhuhuuuuu!

    ReplyDelete
  2. Selamat hari raya!

    Harap full lockdown 2.0 ni bawa perubahan pada angka tu.

    ReplyDelete
  3. Salam SYawal..yaya sekeluarga :)

    ReplyDelete

Thank you for reading my blog. Constructive comments are greatly appreciated. Thank you.