Size Youtube Video Responsive Pada Blog |  Setiap kali buat entri berkenaan lirik lagu atau resepi kemudian nak letak video dari youtube mesti ketinggian dan kelebaran size video akan jadi kecil. Korang boleh je tarik video tu jadi besar selepas upload, atau cara lama guna embed kod dari youtube kemudian tukar size yang kita nak.

Tapi tak kan lah setiap video nak buat macam tu. Buat manual satu-satu..aishh. Ada cara lebih mudah sebenarnya. Cuma kena tambah sikit je kod pada template html blog korang. Senang sangat ni..tak perlu jadi amatur untuk tambah coding ni. Hihi.


Tutorial Size Youtube Video Jadi Responsive Pada Blog

Langkah 1: Login blogger account > Dashboard > Theme > Customize > Edit HTML




Langkah 2: Klik je di mana-mana dalam kod kemudian cari kod </head> dengan menggunakan  Ctrl + F pada keyboard.


Langkah 3: Copy dan kemudian Paste kod di bawah ni di atas </head>

<script src='//ajax.googleapis.com/ajax/libs/jquery/2.0.3/jquery.min.js' type='text/javascript'></script>
<script>
$('.BLOG_video_class').ready(function(){
$('.BLOG_video_class').parent().css({
'position': 'relative',
'padding-bottom': '56.25%',
'height': '0',
'clear': 'both',
'text-align': 'center',
'margin': '20px 0'
});

$('.BLOG_video_class').css({
'position': 'absolute',
'top': '0',
'left': '0',
'width': '100%',
'height': '100%',
});
});
</script>




Langkah 4:
 Click Save template.


Senang je kan. Selepas ni size video seragam je semua, jadi responsive ikut template blog. Sedap lah sikit mata memandang. Bukan mata pemilik blog je, tapi yang lagi penting mata pembaca blog kita. 


Kelebihan menambahkan video pada entri blog

Selain dari gambar-gambar yang menarik, menambahkan video ke kandungan blog dapat menarik perhatian pembaca dan memberi kelebihan dari segi SEO. Bounce rate pun akan jadi rendah. Bounce rate yang rendah menunjukkan pengunjung blog melawat dan membaca isi kandungan di blog kita. Jika bounce rate tinggi, maksudnya pembaca sekadar singgah sebentar dan kemudian pergi.

Pengunjung akan menghabiskan lebih banyak masa di blog dengan menonton video. Lagi lah kalu video tu video sendiri, ada muka penulis blog. Readers ni nak kenal jugak tuan tanah, Selama ni baca penulisan je. Jadi bila tengok video, terasa lebih dekat gitu. Entri masakan pula kalau ada video disertakan cara memasak langkah demi langkah pasti sangat membantu.

Selamat mencuba. 


5 Comments

  1. Terima kasih atas petkongsian. Saya memang suka letak video tapi tak pasti la, mungkin guna default je kut.

    ReplyDelete
  2. wah bagus ni. kena apply la. thanks for sharing!

    ReplyDelete
  3. Tq sharing yaya.. Inshaa Allah shida cuba buat juga nnt..

    ReplyDelete
  4. thanks for sharing. jrg bubuh video dlm post...tp mungkin akan letak video pd masa akan dtg.

    ReplyDelete

Thank you for reading my blog. Constructive comments are greatly appreciated. Thank you.