Belenggu Rindu Cover by. HoonDooTV Dari Korea | Sebelum ni selalu lah jugak tengok artis Malaysia cover lagu Korea. Macam Aina Abdul, kerap dia cover lagu korea. Aina punya sebutan orang kata dah macam Korea tulen, orang komen macam tu lah, sebab Yaya bukan reti bahasa korea, kita layan K Drama jer..tu pun harapkan subtitles, kalau tak haram nak faham jalan cerita. 


HoonDooTV

Korang dah pernah singgah channel HoonDooTV? Channel ni milik dua orang jejaka Korea, Hoon dan Doo Jin Soo. Channel ni cover lagu, kira male duet version lah ni. Yaya dah subscribe lama jugak dah. Sebab awesome sangat dorang ni. Banyak juga dorang ni cover lagu-lagu Melayu. Dorang ni pernah cover jugak lagu Jangan Khianati Aku dari Azlan & The Typewriter. Lagu tu kan high note, tapi power giler cover dorang. Dorang banyak cover lagu dari Aina Abdul. Pelat nak sebuat tu adalah sikit-sikit tapi bagi Yaya memang bravo usaha mereka berdua ni nak hafal sebutan bahasa Melayu. 


Baca juga Kuasa Cintamu - Reaction Dari Voal Coach - Yazik


Lagu paling latest yang dorang cover Belenggu Rindu nyanyian asal Wany Hasrita dan Dato' Jamal Abdillah. Sumpah kelakar tengok si Doo tu buat suara perempuan. Bukan kelakar tak menjadi okeh, ni kelakar sedap. Hihi. Hoon tu pulak memang dia suara garau, dah macam Dato' Jamal Abdillah dah gayanya.

Korang layan jer lah ye video ni..

Belenggu Rindu - Wany Hasrita & Dato' Jamal Abdillah Cover By HoonDooTV




Lirik Lagu Belenggu Rindu

Kalau benar bagai dikata
Aku rela serahkan semua
Ingin ku dimanja
Hidup serba mewah

Bukan benar bagai dikata
Godaan manis sang pujangga
Dah kita dicipta
Bukan untuk bermegah

Saat dihanyut asmara
Asmara riang membara
Dijiwa

Sia-sia jika diturutkan hatimu
Yang terleka dibuai kata-kata palsu

Sia-sia jika tak dicuba dahulu
Kerna hatiku dibelenggu
Rindu

Pasrah pasrah pasrah
Bila diperdaya dan terasa
Pedihnya bila (hatiku dibelenggu rindu)

Kalau benar bagai dikata
Maka sudah dia berpunya
Sungguh tak ku duga
Begini akhirnya

Saat dihanyut asmara
Asmara riang membara
Dijiwa

Sia-sia jika diturutkan hatimu
Yang terleka dibuai kata-kata palsu

Sia-sia jika tak dicuba dahulu
Kerna hatiku dibelenggu
Rindu

Hati yang buta raga binasa
Jaga ku sampai sedar semula

Hati yang baik, benangkan ia
Gabungkan jiwa dan raga (Harus bersulamkan cinta)

Sia-sia jika diturutkan hatimu
Yang terleka dibuai kata-kata palsu

Sia-sia jika tak dicuba dahulu
Kerna hatiku dibelenggu
Rindu

Pasrah pasrah pasrah
Bila diperdaya dan terasa
Pedihnya bila (hatiku dibelenggu rindu)

Pasrah, pasrah, pasrah (dihatiku)
Bila diperdaya dan terasa
Pedihnya bila (hatiku dibelenggu rindu)


2 Comments

  1. hari rabu lepas tertengokkk dorang nyanyi
    cam x percaya suara dorang sedapp

    ReplyDelete
  2. Unik dan tidak kurang hebatnya.

    ReplyDelete

Thank you for reading my blog. Constructive comments are greatly appreciated. Thank you.