BAYAR ZAKAT SECARA ONLINE DI LZS, MUDAH DAN PANTAS

BAYAR ZAKAT SECARA ONLINE DI LZS, MUDAH DAN PANTAS | Assalamualaikum. Kebiasaanya ketua keluarga akan menemui amil bertugas di masjid atau di kiosk pungutan zakat untuk membayar zakat. Tetapi dengan keadaan sekarang di mana kita semua masih terikat dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kita kena lah mengambil langkah-langkah berwaspada untuk mengelak jangkitan Covid-19. 

Untuk bayaran zakat, Alhamdulillah, ada pemudah cara. Pembayaran zakat fitrah dan zakat harta  kini boleh dilakukan secara atas talian. 
BAYAR ZAKAT SECARA ONLINE DI LZS, MUDAH DAN PANTAS
Sebelum membuat bayaran secara online mesti leh kita sendiri jelas dengan jenis zakat dan jumlah zakat yang hendak dibayar. 

BAYAR ZAKAT SECARA ONLINE DI LZS, MUDAH DAN PANTAS

Jenis-Jenis Zakat


Zakat Fitrah :

Zakat Fitrah adalah zakat yang diwajibkan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan Muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang tertentu dan boleh dibayar pada bulan Ramadhan sehingga pagi 1 Syawal sebelum melaksanakan Solat Sunat Aidil Fitri.

Zakat Harta :

Zakat harta ialah zakat yang dikenakan ke atas harta-harta tertentu dan boleh dibayar pada bila-bila masa. Kadar zakat harta ialah 2.5% dari jumlah harta. Zakat harta wajib dikeluarkan kerana ia adalah satu jalan jihad kepada Allah dan Islam.

Zakat harta terbahagi kepada beberapa jenis :

• Zakat Wang Simpanan (termasuk KWSP)
• Zakat Perniagaan (termasuk saham)
• Zakat Pendapatan
• Zakat Binatang Ternakan
• Zakat Emas dan Perak
• Zakat Pertanian
• Zakat Galian (Emas dan Perak)

Perkiraan untuk zakat fitrah agak mudah kerana mengikut harga beras yang dimakan sama ada RM7, RM14 atau RM21. Contoh, nilaian harga beras yang dimakan  RM7, dan jumlah tanggungan 5 orang termasuk ketua keluarga.  Jadi jumlah zakat fitrah yang kena bayar adalah sebanyak RM35.

Bayar Zakat Fitrah Online
Perkiraan untuk zakat harta pula macam mana? Boleh gunakan kalkulator zakat yang disediakan di https://www.zakatselangor.com.my/zakat-pendapatan/ untuk mengira taksir zakat.

Bayar Zakat Harta Online


Dah tahu berapa jumlah zakat, bolehlah buat pembayaran menggunakan online.




Mudahnya Zakat Melalui Online, Bayaran Zakat Menggunakan FPX 

BAYAR ZAKAT SECARA ONLINE DI LZS, MUDAH DAN PANTAS

Lembaga Zakat Selangor menyediakan khidmat bayaran zakat secara online. Ia merupakan satu platform transaksi kewangan secara online yang menghubungkan antara bank-bank dalam urusan pembayaran zakat kepada Lembaga Zakat Selangor.

Pastinya kemudahan yang disediakan ini lebih memudahkan urusan pembayar zakat. Bayaran secara online boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja.  

Pembayar hanya perlu melayari portal e-zakat di www.zakatselangor.com.my dan klik pada pembayaran E-Zakat Pay untuk membayar zakat. Pembayar zakat perlulah mempunyai akaun terlebih dahulu di bank-bank yang terlibat sebelum boleh meneruskan pembayaran.

Cara-cara membuat bayaran zakat online menggunakan FPX :

  1. Layari laman web fpx.zakatselangor.com.my
  2. Isi butiran penuh, semak butiran & klik pada *bayar sekarang*
  3. Pilih kaedah pembayaran, FPX atau JomPAY
  4. Pilih Bank, daftar masuk dan buat pembayaran
  5. Resit pembayaran akan diberikan.
Ini pula pembayaran zakat menggunakan aplikasi GoPayz

Sepanjang Ramadan juga hadiah menarik disediakan melalui e-cabutan. Mana lah tahu ada rezeki tak disangka dapat menang hadiah istimewa.

BAYAR ZAKAT SECARA ONLINE DI LZS, MUDAH DAN PANTAS


Cara Penyertaan E-Cabutan. Hanya ikut 3 langkah berikut:

  1. Taksir dan tunaikan zakat.
  2. Imbas kod QR atau layari https://bit.ly/39gj8lr
  3. Jawab 2 soalan mudah.


Elektronik Zakat Online (EZO) , Semak Status Pembayaran Dan Bantuan Zakat Selangor

Elektronik Zakat Online (EZO) merupakan kemudahan zakat alaf baru. Satu lagi kemudahan untuk pembayar zakat dan penerima zakat.

Selain boleh menyemak rekod bayaran zakat, semakan status permohonan dan rekod permohonan bantuan zakat Selangor  boleh dilakukan. 

Tiga langkah mudah membuat semakan status bantuan zakat online:

  1. Layari laman web Zakat Selangor di www.zakatselangor.com.my/semakanbantuanzakat
  2. Daftar Akaun E-Zakat
  3. Semak status permohonan bantuan anda

Selain semakan melalui online, status permohonan bantuan juga boleh di semak melalui talian 1 300 88 4343 atau datang ke cawangan Zakat Selangor berhampiran.

Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web dan juga laman sosial Lembaga Zakat Selangor:

Website : 
https://fpx.zakatselangor.com.my/ (untuk tunaikan zakat)
https://ezo.zakatselangor.com.my/daftar.asp ( untuk cetak penyata dan semakan status bantuan)



16 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. Alhamdulillah, bagus sangat bila LZS ada inisiatif untuk buat bayaran zakat secara atas talian. Mudah bagi semua pihak. Siap ada e-cabutan. Lagi Initiatif untuk menggalakkan orang ramai bayar zakat. Alhamdulillah

    ReplyDelete
  2. Ya bayar zakat online, trusted. Cepat dan mudah.

    ReplyDelete
  3. Mudah sgt sekarangkan. Semua hujung jari jer. Jom bayar zakat

    ReplyDelete
  4. zakat wajib, bayar online memang memudahkan. Terbaik

    ReplyDelete
  5. mmg mudah bayar zakat online..nk plak tgh musim covid19 ni kan...tiada alasan utk tidak membayar zakat

    ReplyDelete
  6. Alhamdulilah, mudah dan senang..cuma kadang line je laa susah nak masuk...Sis pun Suami dah laksanakan tanggungjawab, syukur...

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah kami dah pun selesai bayr zakat untuk tahun ni, so takde alasan tidak berzakat sebab semuanya di hujung jari

    ReplyDelete
  8. Mudah dah sekarang semua hujung jari je. Mudah bagi semua pihak bila adanya sebegini.

    ReplyDelete
  9. memang mudah dan pantas. Alhamdulillah dah bayar zakat lepas ni bayar online je

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah. Semua jadi mudah untuk masyarakat bayar zakat. Tiada alasan tidak sempat bayar zakat kerana jauh atau tiada kesempatan waktu. Sekarang semua hujung jari. Klik klik saja untuk bayar.

    ReplyDelete
  11. Bagus inisitif lembaga zakat buat pembayaran secara online. Semua dihujung jari.. Selamat dan mudah

    ReplyDelete
  12. Semuanya dijujung jari sekrang. iena pun memang bayar zakat secara online da 3 tahun. Zakat fitrah and pendapatan dua2 nya bayar online.

    ReplyDelete
  13. Tahun ni pasti ramai yang bayar zakat guna online. Kami pun first time. Biasa salam salam dgn amil yg lagi feel

    ReplyDelete
  14. dah beberapa tahun bayar zakat secara online. mudah. Amil pun tak letih menunggu orang kat surau/masjid. Kadang ada tunggu di kawasan perumahan buka meja. Semua dah berusia. Ada pula kes suka bayar zakat sebelum solat raya. beratur panjang ha. so sekarang elok online sajo. bagus PPZ.

    ReplyDelete
  15. Yeeayay.. senang dah sekarang . Alhamdulillah

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post