KEBAIKAN KURMA AJWA ASLI MADINAH DARI RIHURA HERBS

KEBAIKAN KURMA AJWA ASLI MADINAH DARI RIHURA HERBS | Assalamualaikum, Ramadan baru saja meninggalkan kita. Hari ini 8 Syawal dan hari kemenangan bagi mereka yang telah pun memyempurnakan puasa sunat 6 hari di bulan Syawal. Kalau berpuasa memang orang mencari buah kurma. Kurma Ajwa sering menjadi pilihan kerana rasanya yang sedap. Seandainya korang bukan penggemar buah kurma, cubalah mulakan makan buah kurma Ajwa. Pasti akan jatuh cinta.

Yaya sekeluarga memang penggemar Kurma. Tak tunggu bulan puasa baru nak makan kurma. Anak-anak pun dah menjadi tabiat mereka untuk makan kurma. Terutamanya pada bulan puasa, memang tak tinggal makan kurma ni. Berbuka dan bersahur buah kurma menjadi hidangan wajib dihidang di atas meja. Banyak kelebihan berbuka puasa dengan kurma. Sekali makan tak kurang 3 biji kurma setiap orang. Makan buah kurma ni mampu mengenyangkan perut. Sebab tu pengambilan buah kurma pada waktu sahur sangat digalakkan, kerana ia membantu memberi tenaga dan tahan lapar .

kurma ajwa asli madinah
KURMA AJWA ASLI MADINAH DARI RIHURA HERBS

Kurma ada banyak jenis. Antara jenis kurma yang Yaya biasa dengar kurma Mariami, Safawi, Medjoul. Satu lagi semestinya kurma Ajwa yang dikenali juga kurma nabi ataupun kurma bangsawan. Yaya nak berkongsi dengan korang semua mengenai kurma Ajwa keluaran Rihura Herbs Enterprise (Syarikat Bumiputera Muslim) membantu anda mendapatkan Kurma Ajwa Asli Madinah datang dari Ladang Madinah dengan harga yang berpatutan, Asli dan kualiti terbaik.

Nabi bersabda, maksudnya :
Riwayat Tarmizi, Nasaai dan Ibnu Majah.

Ajwa itu buahan daripada syurga. Ajwa merupakan penawar kepada segala racun

FAKTA MENGENAI KURMA AJWA


Kurma Ajwa ada 2 kategori:
  1. Ajwa Aliyah/Awwali - Ditanam di bukit Madinah. (Tanah Haram)
  2. Ajwa Madinah - Ditanam di ladang Madinah (Tanah Halal)
Tanah haram tu atas bukit, tanah halal ni dalam kawasan dataran atau di ladang Madinah. Tak ramai yang tahu di tanah halal pun ada pohon kurma.

Setiap kurma Ajwa ada Gred. Kurma Ajwa keluaran Rihura Herbs adalah Kategori KURMA AJWA MADINAH GRED 1. Jarang kita dengar Gred 1, selalu dengar Gred A, AA dan lain-lain lagi.

Apa maksud Kurma Ajwa Gred 1 ni?

Kurma Ajwa Gred 1 adalah Kurma Ajwa Premium Kualiti Tinggi, buah baru dan stok paling baru. Ia adalah kurma yang TERBAIK yang SUDAH DIPILIH dari pokok yang terbaik.

Kalau Gred A, buahnya tak semestinya Ok. Ia diambil dari pokok terpilih. Tetapi kurma ajwa GRED 1 ni, ia telah dipilih yang paling fresh/segar, buah keadaan elok dan cantik, kualiti paling terbaik dari pokok yang dipilih tu.

Kalau kurma Gred A, itu tak semestinya Gred 1. Gred 1 ni yang berkualiti tinggi, dipilih, baru dan segar. Jadi, Gred 1 ni adalah kurma yang lebih atas dari Gred A.

kurma ajwa
KURMA AJWA ASLI MADINAH DARI RIHURA HERBS

rihura herbs kurma ajwa asli madinah
KURMA AJWA ASLI MADINAH DARI RIHURA HERBS

CIRI-CIRI KURMA AJWA ASLI MADINAH

Mari berkenalan dengan kurma ajwa asli Madinah,. Ini betul-betul kurma Ajwa original. Hati-hati dengan kurma Ajwa palsu yang terlalu murah, dikhuatiri stok terlalu lama atau berasal dari Yaman/Iran tetapi menggunakan nama Madinah.

Ciri-ciri kurma ajwa yang asli / original seperti di bawah ni:

[1] Warna hitam pekat
[2] Ada beberapa garis kecil
[3] Mempunyai kedutan
[4] Baunya wangi
[5] Sederhana manis
[6] Saiz sedikit kecil
[7] Kurma kering dan tak mudah rosak
[8] Kualiti terjamin


7 KEUNIKAN DAN KELEBIHAN KURMA AJWA BERBANDING KURMA LAIN

Kurma Ajwa asli Madinah mempunyai ciri-ciri yang unik dan penuh khasiat. Buahnya berwarna lebih gelap, lembut dan rasanya yang tidak terlalu manis. 
  1. Disebut dalam hadis (Penawar Racun)
  2. Ciri yang Unik
  3. Sumber Antioksidan
  4. Melindungi daripada penyakit
  5. Khasiat untuk ibu mengandung dan menyusu
  6. Lebih sesuai dimakan oleh pesakit diabetes(kencing manis)
  7. Melancarkan penghadaman
Teringat Yaya ketika hamil. Ibu mengandung kan biasalah. Mulut tu asyik rasa nak makan je. Rasa nak mengunyah sebenarnya. Sebab perut bukan rasa lapar pun. Untuk mengelakkan dari makan jajan yang tak berkhasiat, Yaya makan buah kurma. Di pejabat pun Yaya sediakan sebekas kurma. Lagi pula banyak khasiat kurma untuk ibu hamil.

Nabi Muhammad SAW bersabda :
Hadith Riwayat Sahih Al-Bukhari

Barang siapa yang makan pada waktu pagi dengan 7 biji kurma Ajwa, maka terpeliharalah dia pada hari itu, dari racun atau sihir

kurma ajwa kurma nabi untuk ibu hamil
KURMA AJWA ASLI MADINAH DARI RIHURA HERBS


KENAPA PERLU DAPATKAN KURMA AJWA ASLI MADINAH (RIHURA)?

✅ Kurma Ajwa Asli Madinah original dari tanah Madinah AlMunawwarah
✅ Harga berpatutan dan sangat mampu milik sehingga semua mampu merasa
✅ Gred 1 (lebih tinggi dari gred A)
✅ Buah segar dan terbaru (handpickup dari ladang pada awal tahun 2020)
✅ Kurma tidak diperam lama-lama.
✅ Kualiti premium, dijamin dan terbaik
✅ Saiz standard, sesuai utk kanak-kanak, golongan tua dan muda
✅ Packaging yang menarik
✅ Sesuai dijadikan gift set/hadiah
✅ Harga berbaloi sesuai utk tempahan bagi sedekah/doorgift dan sbgnya
✅ Trusted dan dipercayai

HARGA KURMA AJWA ASLI MADINAH RIHURA HERBS

Harga kurma Ajwa asli dari Madinah dengan kualiti VIP PREMIUM dijual mengikut berat bermula serendah RM15 untuk 100 gram. Harga berbaloi dengan kualiti kurma Ajwa, semestinya yang asli.

1. Rm 15 - 100 gm
2. Rm 28 - 200 gm
3. Rm 40 - 300 gm
4. Rm 60 - 500 gm
5. Rm 110 - 1kg

Harga mampu milik dan masih mampu untuk mereka yang ingin merasa kurma Ajwa. Kena sangat dengan tagline Rihura Herbs iaitu 'Semua Merasa'.

kebaikan dan keunikan kurma ajwa asli
KURMA AJWA ASLI MADINAH DARI RIHURA HERBS

Yaya sekeluarga dah merasa kurma Ajwa asli dari Madinah. Memang sangat sedap. Yaya sangat berpuas hati dengan kualiti kurma Ajwa VIP Premium dari Rihura Herbs. 

Untuk lebih info boleh tengok di laman sosial Rihura Herbs. Nak order klik link whatsapp yang Yaya sertakan di bawah.

Whatsapp : www.wasap.my/60105012717/KurmaAjwa 


BACA JUGA:

27 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. Farah suka MKN kurma Ajwa ni. Kalau bukan bulan Ramadhan pun kdg cari juga kurma sbb anak Farah yg si abg tu suka MKN kurmA.

    ReplyDelete
  2. SELAMAT HARI RAYA!!! bestla entry ini.. done follow u, follow me back :) http://acuyuhan.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. Teksture dia nampaknlembut ...mesti best.. buat yogurt pun best ni

    ReplyDelete
  4. Selamat Hari Raya ..Terbaik kurma ni

    ReplyDelete
  5. bagus kurma ajwa ni dan sedap. saya bukan penggemar kurma jadi cerewet jugak nak pilih kurma. kurma ajwa ni sedap

    ReplyDelete
  6. Fiza pun setiap kali bulan puasa mmg mencari kurma ajwa nie.. buat susu guna kurma ajwa pun mmg sedap

    ReplyDelete
  7. Nampak sedp kurmani.. Tak prnh cuba lagi..

    ReplyDelete
  8. Sedap kurma ajwa ni. Kalau time puasa memang banyak je Fana makan kurma.

    ReplyDelete
  9. memang sedap kurma ajwa ni Yaya

    ReplyDelete
  10. Kurma ni memang best. Berbaloilah dengan harga. Hud suka makan kurma. Kiranya stok kurma memang kena ada.

    ReplyDelete
  11. Makanan sunnah yang wajib ada kat rumah Sal. Rasa tak lengkap kalau tak makan sehari ..

    ReplyDelete
  12. Tahun ni berpeluang bersahur dan berbuka dengan kurma ajwa yang sendiri beli di makkah...rasa bersyukur sangat. Lepas ni boleh cuba yang ni pula

    ReplyDelete
  13. Kurma Ajwa memang bagus dan banyak khasiat. Saya suka makan kurma ajwa ni rasanya sedap

    ReplyDelete
  14. kurma ajwa ni mmg best..suka tgk kualiti dr segi isi dan rasa..mmg terbaik

    ReplyDelete
  15. Sesiapa yang suka kurmanya rasa kering memang kurma Ajwa sesuai... apa pun bila Ramadan je teringat kurma Yusoof Taiyub haha

    ReplyDelete
  16. Sedapnya kurma ajwa ni.. Kalau dpt yg jumbo tu seronok makan.. Kadang2 makan 2-3 ketul dah kenyang.. Hihihi

    ReplyDelete
  17. Kadang-kadang takut nak beli kurma ajwa ni. takut kena tipu. if yang ni btol2 ok boleh la beli

    ReplyDelete
  18. Kurma ajwa paling sedap. Lembut dan byk khasiat.

    ReplyDelete
  19. Cantik kurma nya. Ai tak suka makan kurma tapi lately ni kalau yang tak manis and tak lembik jadi favorite pula.

    ReplyDelete
  20. Kurma ajwa memang sedap. Saya pun suka kurma ajwa..

    ReplyDelete
  21. Dah cuba juga kurma ajwa dari Rihura Herbs ni. Baru tahu kurma ajwa ni manis yang sedap.

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post