CUBAAN KILATKAN KUALI GUNA SABUN BURUH VIRAL | Assalamualaikum. Sabun cap Buruh ni dah lama viral sebenarnya. Yaya pun dah lama tahu tapi buat tak endah je. Sampai la Yaya tengok video Puan Sugu di channel youtube beliau. Puan Sugu dedahkan kuali yang beliau gunakan adalah kuali lama. Tapi tetap nampak berkilat macam kuali baru. Rahsianya, beliau mencuci kuali menggunakan sabun kuning. Bila dibaca di ruangan komen barulah Yaya tahu, sabun kuning yang dimaksudkan Puan Sugu adalah sabun jenama Buruh.

Selepas tu Yaya sasarkan nak beli juga sabun Buruh kalau ke Mydin. Yaya tahu ada jual di Mydin pun bila baca komen-komen yang diberikan  oleh pengunjung. Tapi disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan, tertangguh juga lah hasrat Yaya nak ke Mydin.



Terlajak murah sabun untuk kilatkan kuali ni. Harganya cuma RM4.80 sepeket. Dalam tu pula ada 10 ketul sabun yang bersaiz sebesar sabun mandi. Dah la harga murah. Dapat banyak pula tu. Bila nak habis pakai pun tahu ni. Ni pun dah janji dengan mak nak bagi dia cuba sabun tu, cuma belum sempat bagi je lagi. Hihi. 

Harga murah. Kuantiti banyak. Kualiti pula macam mana? Betul ke sabun cap Buruh atau Labour ni mampu membersihkan kuali yang berkarat sampai jadi berkilat? Nampak seolah-olah kuali baru selepas sental? Bahagian bawah kuali yang berkarat hitam legam tu pun boleh dan jadi berkilat katanya.

SABUN CAP BURUH PELBAGAI GUNA


Sabun Buruh ni sabun serbaguna ye. Banyak kegunaannya. Ini yang tertera pada peket pembungkusan.

>> Mengandungi ramuan aktif semulajadi
>> Lembut pada kulit
>> Sesuai untuk mencuci pakaian
>> Menanggalkan gris degil, noda dan minyak


Yaya pertaruhkan kudrat Yaya dan sabun Buruh untuk cubaan membersihkan kuali sampai berkilat. 
Haha. Satu lagi barang yang diperlukan semestinya sabut penyental heavy duty jenama Scotch-Brite. 

Jom basuh kuali sampai berkilat! 

cara hilangkan kerak kuali dengan sabun buruh
Sabun kuning, sila buktikan kamu power hilangkan kerak kuali !

sabun buruh mydin viral
Buih tu dah macam buih Dalgona Coffee.. hihi
Rupa-rupanya memang memerlukan kudrat juga ni. Tak jalan kalau sental dengan sopan santun macam cuci pinggan tu. Berpeluh-peluh sis menyental demi inginkan kuali yang berkilat. Dah la kuali yang dipertaruhkan ni kuali lama. 

Perjuangan Yaya sekerat jalan je. Yaya pass sabut penyental ke tangan suami. Dia pun dari tadi nampak macam teruja nak menyental sama bila nampak dah ada perubahan pada kuali. 

kilatkan kuali dengan sabun buruh
Jauh lagi perjalanan menyental...baru siap separuh permukaan kuali
Yaya akan bersihkan bahagian dalam kuali je ye. Bahagian belakang kuali tu biarlah hitam berkerak macam tu. Bukan tak ada daya, malas pun tak. Tapi nanti kalau dah sental, kuali jadi nipis. Dah nipis nanti cepat panas. Tak pasal pula nanti ikan gorng rentung. Haha. Lagi satu, kalau kuali nipis nanti cepat berlubang.

Cara mudah menyental kuali
Tadaa!!! dah bersih... 
Akhirnya, setelah hampir setengah ja menyental. Ini lah hasilnya. Kuali dah bersih. Berkilat tu adalah sikit-sikit nampak kilatnya. Hahaha. Cubaan menyental kali pertama. Sabun banyak lagi tu..nanti suami Yaya sental lagi. Hihi.


Pendapat Yaya Mengenai Sabun Buruh / Labour

Sabun yang murah, pelbagai guna dan berkesan untuk membersihkan kuali yang bekerak dan berkarat. Untuk pembersihan lain Yaya belum cuba lagi. Nanti dah buka sekolah, boleh cuba pada kolar baju sekolah anak-anak.

Mengenai lembut pada kulit, itu Yaya kurang setuju. Terasa juga kasar dan kering pada tapak tangan. Ala..malam kang sapu la losyen banyak-banyak. Pastu esok sental kuali lagi. Malam esok pakai losyen lagi. Bukan suri rumah la kalau tangan tak kasar. Hahaha. Yang penting kuali kat dapur tu berkilat.

Jadi, kesimpulannya Yaya rekemen korang semua guna sabun Buruh untuk sental kuali sampai berkilat.

Selamat menyental. Hihi.