Resepi Puding Roti Marble Sukatan Cawan | Assalamualaikum. Hari ini 22 Ramadan. Sekejap je masa berlalu. Dah hampir ke penghujung Ramadan. Puasa tahun ini lain suasananya. Tiada solat terawih di masjid dan surau  dan tanpa bazar Ramadan. Tapi ada hikmahnya juga pandemik Covid19 ni. Sekeluarga solat berjemaah di rumah, hubungan bersama anak-anak dan suami bertambah erat. Memasak pula setiap hari.

Ramadan kali ini Yaya menyediakan juadah pencuci mulut selang sehari. Kiranya sekali buat boleh makan untuk dua hari berbuka puasa. Ada anak kecil yang berpuasa ni kenalah raikan anak-anak. Anak-anak sangat suka makan puding. Kebiasaanya, Yaya akan buat puding pada waktu pagi. Nanti nak berbuka sejuk je tekan makan puding.

Puding Roti Marble Sukatan Cawan Mudah Dan Sedap

Kali ni Yaya nak berkongsi resepi puding roti marble menggunakan sukatan cawan. Gunakan cawan metrik ye. Perlu tau cawan metrik ni ada kat dapur korang. Antara gajet penting di dapur ni. Hihi. Senang nak buat kek, nak memasak, nak buat puding ikut sukatan cawan yang betul. Tak mahal mana pun cawan metrik ni. Dengan harga RM10 dah boleh dapat satu set sukatan metrik. Yaya beli dekat Giant je yang ni. Dari saiz sukatan 1 cawan sehinggalah sukatan sudu metrik. Senang ada satu kat rumah.


Berwarna-warni cawan dengan sudu metrik akak. Dah rupa mainan budak-budak tadika main masak-masak. Haha. Yang penting banyak jasa dah ni. Hihi.

Bulan puasa ni kalau beli roti keping Gardenia tu lambat pula habisnya. Ye lah dah semua isi rumah ni berpuas kan. Sekali tengok tag dah nak expired. Apa lagi, kena sumpah lah roti keping jadi puding roti. Dah tersumpah jadi puding roti ni laju pula anak-anak makan. Eh ibu dan ayah nya pun suka jugak. Serius sedap puding roti ni. Rasa lemak roti bercampur dengan rasa koko. Makan sejuk-sejuk lagi sedap. Nyamannnn je lalu kut tekak ni.

Jom semak resepi. Nampak macam banyak step nak membuatnya. Tapi mudah je sebenarnya. 


Resepi Puding Roti Marble Sukatan Cawan

Bahan-Bahan:
> 4 keping roti putih *
> 2 biji telur *
> 3/4 cawan susu cair *
> 5 sudu besar susu pekat *
> 1/2 cawan air *
> 3 cawan air
> 1/2 cawan gula
> 10 gm agar-agar serbuk
> 1 sudu kecil esen vanilla
> 2 sudu besar serbuk koko

Cara-cara:
1) Kisar semua bahan yang bertanda (*). Guna blender je.
2) Masak air dalam periuk bersama gula hingga mendidih.
3) Masukkan agar-agar. Kacau hingga agar-agar larut.
4) Masukkan bahan-bahan kisar  dan esen vanilla ke dalam periuk. Biarkan mendidih seketika.
5) Bahagi adunan kepada dua bahagian.
6) Serbuk koko dilarutkan menggunakan sedikit air panas. Masukkan serbuk koko ke dalam salah satu adunan tadi.
7) Sendukkan adunanke dalam bekas. Masukkan berselang-seli adunan putih dan adunan koko.
8) Sejukkan dalam peti sejuk.

Tips:
> Kalau guna-agar tali, larutkan dulu agar-agar. Barulah dimasukkan gula dan bahan-bahan lain.
> Guna senduk yang sama saiz. Barulah cantik bentuk marble pada puding.
> Boleh gantikan serbuk koko dengan serbuk milo
> Boleh juga gunakan 2 atau 3 pewarna atau perasa pilihan.


Baca juga:

Selamat mencuba.

16 Comments

  1. sha dah pernah try..boleh kurangkan manis...sha nak buat nnt bsok..

    ReplyDelete
  2. Berkilat sebijik macam marble 😁

    ReplyDelete
  3. Kalau letak atas meja ni, sekejap je habis ni. Budak2 suka kalau ada coklat mcm ni.
    Nampak sedap yg sis buat

    ReplyDelete
  4. pernah mkn tp tk pernah buat sendiri..biasa buat puding roti je

    ReplyDelete
  5. Gemar buat puding ini. Tapi anak-anak kurang suka makan.
    Bahan-bahan untuk puding ini pun simple jer.

    ReplyDelete
  6. macam mudah resepi nih, nanti bolehlah saya cuba.. kalau sejukkan mesti sedapkan!

    ReplyDelete
  7. Waduhh cantik betul kejadian dia. Nanti bolehlah cuba buat ikut resepi ni. Tq ya berkongsi..:D

    ReplyDelete
  8. Cantik pudingnya. Bolehla cuba buat ni. Thank you share resepi

    ReplyDelete
  9. popular puding roti marble , x pernah try buat lagi .ada roti yang nak expired boleh cuba buat

    ReplyDelete
  10. Cantiknya kejadian puding tu, berkilat-kilat gitu... suka bila dapat resipi yang simple macam ni... nanti nak cuba jugalah... dah terbayang dah makan time sejuk... perghhhh, lazat sehhhh...

    ReplyDelete
  11. wa the puding looks delicious. nice resepi for those who love puding

    ReplyDelete
  12. Sedap ni, selalu tiap tahun puasa buat, tahun ni macam bizi gile plak xnyempat...bahan ada je tu..

    ReplyDelete
  13. Wah sedapnya makan sejuk-sejuk mesti lagi layan kan. Terima kasih sudi berkongsi resepi semoga bermanfaat untuk semua

    ReplyDelete
  14. bila rujuk resipi dengan sukatan bahan macam ni, mudah untuk follow. takdela terbabas lebih atau kurang.

    ReplyDelete
  15. sudu metrik comey weh...rasa nak pi beli pulak..senang je kan buat puding roti ni..

    ReplyDelete

Komen yang mebina sangat dihargai. Terima kasih.