Kerajaan Lancar Video Pendidikan Seks Melalui YouTube

Assalamualaikum,

Kerajaan Lancar Video Pendidikan Seks Melalui YouTube


Setiap hari, ribuan kanak-kanak melayari Youtube untuk menonton video, bagi tujuan hiburan dan pendidikan.

Menyedari hakikat itu, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengambil langkah kreatif memperkenalkan lima siri video pendidikan seks dalam usaha mengurangkan kes jenayah seksual kanak-kanak di Malaysia.

5 pautan siri video pendidikan seks:

Siri 1: https://www.youtube.com/watch?v=OgqLIcy3Qts

Siri 2: https://www.youtube.com/watch?v=QVSQtVZRhHU

Siri 3: https://www.youtube.com/watch?v=1qYSfgHS5Fc

Siri 4: https://www.youtube.com/watch?v=KIoXsRVrVrA

Siri 5: https://www.youtube.com/watch?v=5mFr0pVuLgE



Terdapat bahagian badan yang boleh disentuh dan tidak boleh disentuh. Pada umur 4 hingga 5 tahun kanak-kanak belajar bahawa bahagian-bahagian tertentu badan mereka adalah sulit atau rahsia.

Mereka harus di ajar bahawa badan mereka adalah hak mereka sendiri dan dimiliki oleh mereka. Kanak-kanak harus tahu bahawa tiada siapa yang boleh menyentuh badan mereka tanpa kebenaran mereka dan mereka boleh menolak untuk di sentuh. Kanak-kanak ini seawal 4 atau 5 tahun ini seharusnya sudah didedahkan untuk  membezakan sentuhan yang baik ataupun sentuhan tidak baik.

Semoga dengan penghasilan 5 video kreatif pendidikan seks ini memudahkan kanak-kanak untuk memahami situasi-situasi yang meletakkan mereka di dalam keadaan yang tidak sepatutnya dan boleh memaklumkan kepada ibu bapa atau guru sekiranya ada seseorang berniat tidak baik terhadap mereka.

Ibu bapa boleh menghubungi 999 (talian kecemasan) dan 15999 untuk mendapatkan bimbingan melalui talian kasih.


1 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. Thanks for the links.
    Belum tengok habis tapi harap ia berguna terutama untuk kita ibu-ibu dalam mendidik anak-anak, inshaAllah.

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post