Assalamualaikum & Salam Sejahtera uolss,
Siapa saya ?
Tak kenal maka tak cinta. Makanya marilah kita berkenalan.Hihi. Azura adalah nama betul, Yaya pula nama dipanggil keluarga, jadinya wujudlah gabungan Yaya Azura..korang boleh panggil Yaya. Yaya pun selesa guna ganti diri 'Yaya'..kadang guna 'aku' pun ada juga..
Bila mula berblog ?
Yaya mula berblog pada awal tahun 2010. Spesifiknya 16 Januari 2010. Pada tarikh tersebut umur anak yaya yang sulung genap 6 bulan. Anak sulung yaya lahir pada 16 Julai 2009. Bila dah cukup 6 bulan ni yaya fikir yaya nak abadikan cerita anak yaya dalam blog. Dan, wujudlah blog diariibuwafiq.blogspot.com. Entri pertama di SINI.
Tujuan blog ?
Niche blog yayaazura.com lebih kepada blog peribadi. Banyak mencatatkan tentang anak-anak, Tg Ahmad Wafiq & Tg Ahmad Wazif. Ada masanya Yaya berkongsi resepi, mengenai travelling, beauty dan macam-macam lagi.
Hubungi Yaya :
For Review / Advertorial / Events : yayaazura82@gmail.com
ingatkan dah follow..rupanya belum..done folo kak yaya..
ReplyDeleteSaya dah lama follow blog anda ya
ReplyDelete