Menjadi Blogger Bukan Hanya Menulis

Menjadi Blogger Bukan Hanya Menulis | Sepertinya Yaya tidak pernah merancang untuk menjadi seorang blogger.  Apalagi memikirkan untuk menjana pendapatan melalui blog.  Ketika mula-mula menulis di blog pada tahun 2010, penulisan Yaya lebih kepada menulis di dalam diari harian. Post pula pendek-pendek sahaja tanpa ada teknik penulisan yang betul. Sepertinya sendiri tulis dan diri sendiri juga yang baca. Jika ada pengunjung pun, itu kunjungan balas hasil dari blogwalking.

Pernah timbul dan tenggelam berulang kali dalam dunia blogging. Bukan sesuatu yang mudah untuk terus menempatkan diri dengan penulisan di alam maya ni tanpa semangat yang kental. Lagi pula, Yaya hanyalah blogger separuh masa. Ada kerja hakiki yang perlu diutamakan.

Perjalanan kehidupan Yaya sebagai seorang blogger bukanlah mudah. Dalam tempoh lebih 10 tahun ni , ada jatuh bangunnya. 

Blogger Life


Penjenamaan semula blog

Inilah titik permulaan Yaya mula serius menjadi blogger. Penjenamaan semula blog atau rebranding ternyata mampu meniupkan semangat Yaya untuk kekal menjadi blogger yang aktif menulis. Memutuskan untuk memiliki domain sendiri iaitu yayaazura.com pada 3 tahun yang lepas merupakan percaturan yang membuahkan hasil. 

Bila dah ada domain sendiri, automatik terikat dengan komitmen tahunan untuk membayar domain. Yaya mula berusaha untuk menjana wang dari blog. Baru lah terasa berbaloi membayar domain. Buat pertama kalinya juga pada tahun lepas Yaya membuat pelaburan untuk memasang template blog berbayar. 

Kerja-kerja untuk menghasilkan blog ini Yaya lakukan sendiri dengan ilmu hanya melalui info dari blog tutorial dan youtube. Namun akhirnya Yaya mengalah juga. Yaya keluarkan juga wang untuk upah orang yang lebih profesional. Biarlah yang lebih pakar tengok apa yang tak kena dengan blog ini.

Bila Yaya dah buat pelburan duit untuk blog, Yaya memang target untuk dapatkan pulangan semula duit dari blog juga. Semangat menulis kembali berkobar.


Menetapkan niche blog

Pada Yaya, menetapkan niche blog atau topik yang lebih spesifik ni sangat penting. Kita menulis dari jiwa, menulis mengenai perkara yang kita minat. Kalau tak ada minat, macam mana nak dapatkan idea untuk menulis? Ada bebapa niche yang boleh dipilih seperti blog mengenai masakan, fesyen, kewangan, travel atau gaya hidup. Pemilihan niche lebih  kepada kemahiran dan minat.

Yaya memilih untuk menjadi mom lifestyle blogger. Blog yang bercerita mengenai gaya hidup. Dan gaya hidup ini sendiri cabangnya lebih meluas. Dalam blog ini sendiri ada banyak perkongsian resepi dan tips parenting.


Seorang blogger bukan hanya menulis

Jangan ingat kerjaya sebagai blogger hanya perlu sentiasa kaya idea dan menulis sahaja. Ilmu teknikal mengenai blog banyak yang perlu diambil peduli. Memang Yaya tak dinafikan, mula-mula dulu menulis sekadar suka-suka. 

Bertahun-tahun Yaya tak pernah kisah mengenai pageview blog, bagaimana menulis menggunakan keyword, kenapa loading page, apa itu pagerank, domain authority, page authority dan banyak lagi hal-hal teknikal mengenai blog. Namun, lama kelamaan Yaya mula kenali blog sendiri dan buat perbandingan dengan blog orang lain. Baru lah sedar, banyaknya kelemahan pada blog ini.

Seo tools, Google Search Console, Google Analytics, Google Webmaster adalah antara tools yang boleh digunakan untuk mengetahui performance blog.

Jadi, sentiasa upgrade diri, banyakkan mencari info dan bertanya kepada rakan-rakan blogger yang lebih mahir.


Belajar ilmu menulis menggunakan SEO 

Bila dah ada matlamat dan tujuan jelas berblog, sekali lagi Yaya buat pelaburan wang untuk dapatkan ilmu dan teknik menulis yang betul. SEO yang bermaksud  'Search Engine Optimization' merupakan stategi pemasaran digital yang memfokuskan kedudukan sesebuah artikel apabila dicari menggunakan enjin carian seperti Google.

Memahami bagaimana SEO berfungsi bukanlah sesuatu yang mudah. Walaupun Yaya tidaklah faham dan mahir sepenuhnya, namun sedikit sebanyak ilmu yang diperolehi sangat membantu. Setiap kali menulis, terutama artikel berbayar pastinya akan diusahakan supaya artikel berada pada halaman pertama Google.


Mula membuat review, menerima kolaborasi 

Apabila dah mula yakin dengan prestasi blog, Yaya cuba mencari peluang untuk membuat produk review dan artikel berbayar. Di mana nak memohon untuk membuat review dan kolaborasi? Ada klien membuka peluang memerlukan khidmat blogger di page-page tertentu di Facebook. Namun, satu perkara yang Yaya nak share, binalah circle di kalangan blogger. Sama-sama mencari peluang dan berkongsi rezeki. Bergerak berkumpulan lebih baik daripada bergerak sendiri.

Oh ye, bukan setakat prestasi blog kena bagus tapi sosial media seperti Instagram dan Facebook mestilah aktif dan ada pengikut yang ramai. Faktor-faktor ini yang akan dilihat oleh klien sebelum menawarkan sebarang peluang kolaborasi.

Ada klien mementingkan pengikut yang ramai. Semakin tinggi jumlah pengikut, semakin tinggi bayaran diterima. Pengaruh media sosial sememngnya sangat hebat. Korang mesti terkejut sekiranya mengetahui jumlah bayaran yang diterima per post oleh selebriti yang menerima bayaran tertinggi di Instagram.

Yaya sendiri  follower di Instagram pun tak adalah ramai mana dan belum dilayak digelar Influencer. Mikro influencer barangkali. Namun jika nak dibandingkan blog dan media sosial, blog pun ada kelebihan tersendiri.

Klien ramai memilih untuk pengiklanan dan pemasaran menggunakan medium blog. Blog merupakan satu cara yang berkesan untuk membina brand awareness dan menyalurkan maklumat. Pelanggan akan menggunakan enjin carian untuk mendapatkan sesuatu maklumat. Artikel diblog pula bersifat kekal selagi tidak dipadam oleh blogger itu sendiri. Dan ketika ini lah pelanggan akan datang ke blog kita, seterusnya menarik pelanggan ke laman web jenama yang berkenaan. Terbukti blog masih lagi relevan.

Seo Writing


Memasang iklan Google Adsense

Yaya sedikit terlambat membuat permohonan Google Adsense. Tapi tak sangka permohonan Yaya diluluskan kurang 24 jam. 

Melalui iklan yang dipasang, blogger akan dibayar melaui paid per-impression ataupun paid per-click. Menariknya bayaran ini dibayar dalam matawang USD.

Namun pendapatan dari Google Adsense masih belum boleh dibanggakan. Cuma nampaklah earning semakin bertambah setiap bulan. Insya Allah, nanti boleh cash out setiap bulan.

Dan korang boleh juga buka menyewakan ruangan tapak untuk beriklan kepada pemilik perniagaan dan caj mengikut harga bulanan.  Harga biarlah sesuai dan kena dengan pageviewblog setiap bulan.


Bukan mudah untuk bertahan dalam dunia blogging

Dah ramai juga blogger yang seangkatan sudah tidak aktif berblog. Yaya blogger separuh masa ini pun ada halangan setiap kali nak menulis. Anak-anak yang memerlukan perhatian, komitmen kerja pejabat dan kerja-kerja hakiki yang lain.

Namun kalau blog ini mampu memberi pendapatan sampingan, usahakan juga lah supaya tak nampak terbengkalai. Dalam setiap minggu Yaya cuba juga untuk hasilkan entri terbaru. 

Semoga Yaya lebih bersemangat untuk menulis dan menghasilkan artikel berkualiti. Namun sesekali menulis tanpa terikat dengan SEO juga perlu supaya pengunjung tetap tidak bosan dan Yaya sendiri pun lebih puas menulis post yang santai. 

Semoga pageview blog Yaya semakin meningkat. Terasa puas apabila ada yang datang membaca dan mendapat manfaat dari apa yang ditulis.

Terakhir, menjadi seorang blogger disamping minat, kepuasan dan jana pendapatan, jaga lah adab menulis. Semoga semua ini menjadi saham di sana nanti.



Yaya Azura

Yaya | Blogger Since 2010 | Email : yayaazura82@gmail.com

13 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. Syoknyer Google Adsense approved dalam tempoh 24 jam. Syu punya dekat 3x kena reject😅. Lepas banyak kali try & error baru lepas.Syu tak tahulah apa niche blog Syu. Rasanya macam lebih kepada blog merapu jer😂.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Syu! Sep sikit. Hahaha Moh kite merapu bersama-sama

      Delete
  2. yeah...cayalah! saya dah 12 tahun but x de la aktif sgt..more ke hobi & blog is kind of my diary...
    moga terus susccess!!!

    ReplyDelete
  3. keep it up! abe kie pun menulis blog utk isi masa lapang je. jika dpt job review n menang GA tu kira bonus la.

    ReplyDelete
  4. Semoga Kak Yaya terus berjaya dalam dunia blogging.

    ReplyDelete
  5. Semoga terus kekal menulis, rmai juga blogger2 dlu yg sekrng ni dah stop menulis, jadi kna cari circle baru pulak..

    ReplyDelete
  6. bukan mudah jadi blogger
    rabia berkecimpung dalam dunia blogger dah 6 tahun dh

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah kak.. semoga sentiasa dimurahkan rezeki dalam kehidupan, dipermudahkan urusan.. InsyaAllah Aamiin.. Keep it up kak~

    ReplyDelete
  8. tahniah alhamdullah suka tgk org bloggers2 yg berjaya
    masa mula2 buat blog niat saje2 utk catatan diri sendiri.dan mencari rakan2
    memang tak ariff sgt.
    skrg pun seronok blh luah tulis ikut masa yg ada

    ReplyDelete
  9. keep it up sis. seronok menulis sebenarnya, banyak bnda yg dpt luahkan dan share. mungkin nt sis boleh kongsikan berkaitan dengan domain dan template blog :)

    ReplyDelete
  10. setuju dgn entri yaya..bukan senang nk mncapai sehingaa seperti skg..bukan mudah tp sesuatu yg boleh dibanggakan..dari xda skg semua dah ada..Tahniah utk yaya :)

    ReplyDelete
  11. Betul2 .. bukan mudah. Aien pun banyak lagi nak kena belajar jadi blogger influencer nim So far lebih kepada merapu je. Haha

    ReplyDelete
  12. Been blogging since 2006 secara suka2 sehinggalah blog ammi diremove oleh Blogger. Sekarang cuba bangkit dengan blog baru..

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post