Strong Girl Nam Soon (2023)

Strong Girl Nam Soon (2023) | Semalam tertonton drama baru dari Korea ni. Ada juga tajuk lain, Strong Woman Kang Nam Soon. Tajuk dalam Korea pun ada, biasalah drama Korea ni macam-macam tajuk.  Semalam tengok episod pertama. Hari ni dah boleh tengok episod dua. Bila Yaya tengok rating tinggi, 9/10, itu yang terasa nak tengok tu walaupun pelakon utama tak kenal nama pun. Memang berbaloi lah layan episod pertama. Asyik ketawa je...haha. Kalau masih ingat drama Strong Girl Bong-Soon pada tahun 2017, Nam Soon dengan Bong Soon ni sepupu. Dia orang berdua ni ada super power.

Sekarang ni Yaya tengok cerita The Killing Vote tu je..seminggu kelauar satu episode. Jenuh nak menunggu. Itu pun dah dua minggu tak keluar episod baru. Katanya tangguh sebab sempena Korea’s Thanksgiving Day dan juga bertembung dengan Asian Games.


Strong Girl Nam Soon


Strong Girl Nam Soon (2023)



Drama: Strong Girl Nam Soon 
Jumlah episod: 16 episod
Mula siaran: 7 Oktober 2023
Tamat siaran: 26 November 2023
Negara: South Korea
Genre: Aksi , Komedi , Romantik , Supernatural
Penulis skrip: Baek Mi-Kyeong
Pengarah: Lee Hyeong-Min
Tayangan di: JTBC
Masa Tayangan: Sabtu & Ahad jam 22:30


Sinopsis Drama Strong Girl Nam Soon


Kang Nam Soon mempunyai kekuatan luar biasa. Dia hilang semasa kecil di Mongolia. Kini apabila dewasa, dia datang ke Gangnam, Seoul, Korea Selatan untuk mencari ibu bapanya. Dia akhirnya bertemu dengan ibunya Hwang Geum Joo. 

Ibunya seorang wanita kaya dan penduduk Gangnam. Selepas dia kehilangan anak perempuannya, Hwang Geum Joo cuba mencari anak perempuannya dan dia juga cuba menjalani kehidupan yang soleh, taksub untuk beramal. Gil Joong Gan ialah ibu Hwang Geum Joo dan nenek Kang Nam Soon. Nenek dan ibu itu juga dilahirkan dengan kekuatan luar biasa seperti Kang Nam Soon. 

Entah bagaimana, Kang Nam Soon, ibunya Hwang Geum Joo dan neneknya Gil Joong Gan terlibat dalam kes dadah yang berlaku di Gangnam. Detektif Kang Hee Sik mula bekerjasama dengan 3 wanita dalam kes dadah. Detektif Kang Hee Sik juga tertarik dengan Kang Nam Soon.


Pelakon Utama Strong Girl Nam Soon

Strong Girl Nam Soon (2023)





Lee Yoo-Mi sebagai Gang Nam-soon. Sepupu keenam Do Bong-soon. Seperti sepupunya, dia dilahirkan dengan kekuatan luar biasa yang diwarisi daripada ibu dan neneknya. 

Kim Jung-Eun sebagai Hwang Geum-joo. Ibu kepada Gang Nam-soon yang merupakan CEO kedai pajak gadai Gangnam "Gold Blue". Seperti anak perempuannya, dia dilahirkan dengan kekuatan luar biasa. 

Kim Hae-Sook sebagai Gil Joong-gan. Nenek kepada Gang Nam-soon dan ibu kepada Hwang Geum-joo. Seperti anak perempuan dan cucu perempuannya, dia dilahirkan dengan kekuatan luar biasa. 

Ong Seong-Wu sebagai Gang Hee-sik. Seorang leftenan di Jabatan Polis Daerah Gangnam Han River yang pakar dalam menyiasat kes dadah. 

Byeon Woo-Seok sebagai Ryu Shi-oh. Ketua Pegawai Eksekutif syarikat pengedaran dan jualan 'Dugo'.



Episode Pertama Strong Girl Nam Soon 

Strong Girl Nam Soon (2023)





Yaya share sikit-sikit ye storyline episod pertama. Al-kisah cerita ni mengenai ahli keluarga perempuan belah mak Nam Soon yang ada super power termasuklah Nam Soon. Dalam gambar atas tu, loceng yang Nam Soon pegang tu dia baling dari Mongolia sampai terkena kepala Kang Hee Sik yang berada di Korea. Boleh bayang tak kekuatan dia tu macam mana. Haha.

Nam Soon ni pula hilang semasa ayah dia bawa dia ke Mongolia masa umur lima tahun. Si emak Nam Soon ni kan kaya, jadi ayah dia berhenti kerja jaga Nam soon atas permintaan isteri dia ni. Berjinak-jinak dengan dunia fotografi sampai ke Mongolia untuk ambil gambar  yang menarik.

Nam Soon pun membesar lah di Mongolia jadi gadis ladang, jaga kambing. Kadang-kadang tu datang flashback memori dia semasa di Korea. Jadi dia ingat nama sebenar dia dan tahu lah dia berasal dari Korea. Sejak dari tu dia simpan azam akan kembali cari keluarga asal dan dah mula belajar bahasa Korea.

As time flies, mak dia di Korea buat pertandingan beradu kekuatan. Ye lah, anak dia kan ada super power, mana tahu dalam ramai-ramai peserta tu nanti dapat jumpa semula dengan Nam Soon. Tapi ada budak perempuan, yang memang kuat tapi belum sekuat Nam Soon menyamar nak jadi Nam Soon. Mak dia pun dah tertipu, layan macam anak sendiri dah.

Nam Soon pulak dah kembali ke Korea. Masa kapal terbang nak landing tu berlaku kecemasan. Nam Soon ni gunakan kekuatan dia untuk hentikan kapal terbang. Masa dia guna tenaga dia tu lah, mak dan nenek dia dapat rasa satu tenaga lain macam. Mereka kan ada super power jugak.

Habis di situ.. korang kena tengok sendiri. Sebab memang best dan banyak scene yang lawak-lawak.

Selamat menonton.






Yaya Azura

Yaya | Blogger Since 2010 | Email : yayaazura82@gmail.com

3 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. mcm do bong sson juga ye.. suka cerita tu. nanti nak tgk la drama The Killing Vote tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru terbaca yg phs dgn fl smdbs ada buat special apperance kat sini. suka tgk swdbs comel sgt fl dia

      Delete
  2. datang singgah sini sat dari http://www.thefox.my/ ^^

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post