The Killing Vote - Drama Terkini Lakonan Park Hae Jin

The Killing Vote - Drama Terkini Lakonan Park Hae Jin | Park Hae Jin (PHJ), Park Sung Woong, dan Lim Ji Yeon berganding dalam drama Korea terbaru berjudul The Killing Vote. Bila nampak PHJ jadi hero, memang masuk senarai lah drama ini untuk ditonton setiap minggu. Tapi drama ini hanya ditayangkan satu episod setiap minggu. Haish..jenuh la nak menunggu episod akan datang. 12 episod je drama ni, tak seperti kebanyakan K-Drama yang lain rata-rata 16 episod.

Episod pertama telah pun ditayangkan pada 10 Ogos lalu. Episod pertama memang best. Permulaan cerita pun dah mendebarkan. Semoga nanti jalan cerita epidod seterusnya dan penamat pun best juga.

Drama Korea The Killing Vote

The Killing Vote - Drama Terkini Lakonan Park Hae Jin




Drama: The Killing Vote (English title) / National Death Penalty Vote (literal title)
Jumlah episod: 12
Mula siaran: 10 Ogos 2023
Tamat siaran: 19 Oktober 2023
Negara: South Korea
Genre: Horror, Mystery, Thriller
Penulis skrip: Eom Se-Yoon (webcomic), Jung Yi-Poom (webcomic), Jo Yoon-Young
Pengarah: Park Shin Woo (yang juga mengarah drama When The Stars Gossip, Lovestruck In The City, It's Okay to Not Be Okay, Encounter, Jealousy Incarnate).
Tayangan di: SNS


Barisan Pelakon Drama The Killing Vote

  • Park Hae-Jin sebagai Kim Moo-Chan
  • Park Sung-Woong sebagai Kwon Seok-Joo
  • Lim Ji-Yeon sebagai Joo Hyun
  • Shin Jung-Keun sebagai Choi Jin-Soo
  • Ko Gun-Han sebagai Kim Jo-Dan
  • Oh Ha-Nee sebagai Kang Yoon-Ji
  • Kwon Do-Hyung sebagai Ban Sang-Jae
  • Kim Yu-Mi sebagai Min Ji-Young
  • Kim Kwon sebagai Lee Min-Soo
  • Cha Rae-Hyoung sebagai Park Chul-Min
  • Choi Yu-Hwa sebagai Chae Do-Hee
  • Kwon Ah-Reum sebagai Joo-Min
  • Seo Young-Joo sebagai Kim Ji-Hoon
  • Oh Ji-Hye sebagai Yang Hye-Jin
  • Kim Jung-Hun sebagai Oh Jung-Ho

Sinopsis Drama The Killing Vote

The Killing Vote - Drama Terkini Lakonan Park Hae Jin




The Killing Vote merupakan drama bergenre thriller dan misteri, berkisah tentang penjahat keji yang menghindari dari hukuman.

Suatu hari, muncul Dog Mask, orang dengan topeng anjing di alam maya yang identitinya tidak diketahui sesiapa pun. Dog Mask mengirim mesej teks  ke semua warganegara yang berumur lebih 18 tahun dan bertanya apakah patut penjahat tersebut menerima hukuman mati.

Jika lebih dari 50% memilih untuk menyokong hukuman mati dikenakan, Dog Mask akan membunuh penjahat-penjahat tersebut.

Penyiasatan mula dilakukan oleh Kim Moo Chan (Park Hae Jin) iaitu ketua Pasukan Penyiasatan Pertama di Agensi Polis Selatan. Moo Chan merupakan seorang yang bercita-cita tinggi dan hanya peduli dengan kemajuan kariernya sahaja.

Joo Hyun (Lim Ji Yeon), seorang pegawai polis yang telah bekerja di Biro Keselamatan Siber di Agensi Polis Metropolitan Seoul selama 5 tahun. Mereka berdua mencuba untuk mengejar Dog Mask dan juga orang-orang yang terlibat.

Sementara itu, mengisahkan juga Kwon Seok Joo (Park Sung Woong), seorang bekas sarjana undang-undang terkenal. Seok Joo telah membunuh perogol yang menyerang anak perempuannya yang masih kecil dan kemudian menyerahkan dirinya kepada polis. Di penjara, Kwon Seok Joo dipanggil sebagai profesor.

Berdasarkan kisah webtoon popular dengan nama yang sama, 'The Killing Vote' juga akan mengetengahkan persoalan tentang maksud keadilan. Dalam drama ini, penonton akan melihat kelemahan undang-undang di mata orang yang berkuasa. 

Tindakan yang dilakukan oleh “Dog Mask” itu sudah tentu menimbulkan reaksi pro dan kontra, mereka menghukum orang yang salah yang terlepas daripada mata undang-undang tetapi sebaliknya mereka dianggap telah melanggar hak asasi manusia. Di sinilah makna keadilan mula diragui, adakah tindakan yang dilakukan oleh kumpulan “Dog Mask” itu betul atau tidak? 

Walaupun begitu, polis sedang berusaha keras untuk mencari pelaku di sebalik figura bertopeng itu. Sudah tentu akan banyak kejadian mengejutkan yang dialami oleh anggota polis ketika menyiasat "Dog Mask".

Baca juga: Menjelang Magrib


Pelakon Utama The Killing Vote

1) Biodata Park Hae Jin

The Killing Vote - Drama Terkini Lakonan Park Hae Jin





Nama: Park Hae Jin (박해진)
Tarikh Lahir: 1 Mei 1983
Tempat Lahir: Busan, Korea Selatan
Tinggi: 186 cm
Blood Type: A
Instagram: parkhaezin_official

Biografi: 

Park Hae Jin ialah seorang pelakon terkenal dari Korea Selatan. Beliau dikenali atas pelbagai peranannya dalam drama dan filem. Dia mula mendapat perhatian dalam industri hiburan Korea dengan penampilannya dalam beberapa drama popular.

Beberapa drama terkenal yang disertai oleh Park Hae Jin termasuklah:

  • My Love from the Star (2013-2014)
  • Cheese in the Trap (2016)
  • Man to Man (2017)
  • Forest (2020)
  • Kkondae Intern (2020)

Selain daripada kerjayanya dalam lakonan, Park Hae Jin juga dikenali sebagai selebriti yang melakukan banyak aktiviti kemanusiaan. Beliau juga melibatkan diri dalam projek-projek amal dan sumbangan.

2) Biodata Park Sung Woong

The Killing Vote - Drama Terkini Lakonan Park Hae Jin


Nama: Park Sung Woong (박성웅) 
Tarikh Lahir: 9 Januari 1973 
Tempat Lahir: Seoul, Korea Selatan 
Tinggi: 187 cm
Blood Type: 

Biografi: 

Park Sung Woong ialah seorang pelakon terkenal dari Korea Selatan. Beliau telah mengambil bahagian dalam pelbagai peranan dalam drama televisyen dan filem. Beliau dikenali dengan pelbagai peran yang berbeza dalam karyanya.

Beberapa drama dan filem terkenal yang disertai oleh Park Sung Woong termasuklah:
  • Drama: Remember: War of the Son(2015), Man to Man(2017), The Smile Has Left Your Eyes (2018), Vincenzo (2021).
  • Filem: New World (2013), The Deal (2015), Memoir of a Murderer (2017), The Age of Shadows (2016).

Park Sung Woong terkenal dengan keupayaannya menghidupkan watak-watak yang pelbagai, dari komedi hingga kepada watak yang lebih serius. Beliau mempunyai reputasi sebagai pelakon yang mahir.


3) Biodata Lim Ji Yeon

The Killing Vote - Drama Terkini Lakonan Park Hae Jin




Nama: Lim Ji Yeon (임지연) 
Tarikh Lahir: 23 Jun 1990 
Tempat Lahir: Seoul, Korea Selatan 
Tinggi: 186 cm
Blood Type: A
Instagram: limjjy2

Biografi: 

Lim Ji Yeon ialah seorang pelakon dan model terkenal dari Korea Selatan. Beliau mula dikenali di dunia hiburan menerusi pelbagai peranannya dalam drama dan filem. Lim Ji Yeon mula mendapat perhatian selepas membintangi drama yang cukup popular.

Beberapa drama dan filem terkenal yang disertai oleh Lim Ji Yeon termasuklah:
  • Drama: High Society (2015), Blow Breeze (2016), Welcome to Waikiki 2 (2019)
  • Filem: Obsessed (2014), The Treacherous (2015), The Table (2017), Tazza: One Eyed Jack"(2019)

Selain daripada kerjayanya dalam lakonan, Lim Ji Yeon juga pernah menjadi model dan muncul dalam pelbagai majalah fesyen dan projek komersial.



Yaya Azura

Yaya | Blogger Since 2010 | Email : yayaazura82@gmail.com

1 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. semoga cerita ni tak boring. drama korea skrg byk yg kureng di mata mama

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post