Dah Cuba Belum Cadbury Durian

Dah Cuba Belum Cadbury Durian? | Sekala-sekala datang juga rasa teringin juga nak makan coklat. Lama sangat dah tak beli coklat Cadbury size besar. Sayang duit pun ye juga. Nak kata teringin sangat nak makan tu tak la. Cadbury perasa durian ni pun dah berapa kali tengok baru tangan ni ambil masuk troli. Itupun selepas Giant buat sales. Dapatlah beli dengan harga RM6.00 sepeket.


Cadbury Durian Limited Edition

Cadbury Durian ni dalam dia ada bubble rice, coklat bau dan rasa durian. Sebarang kekacang mahupun buah kering tak ada. Rasa coklat ni Yaya boleh terima, sedap je. Tak adalah pelik sangat gabungan coklat dengan durian. 

Yaya suka je semua makanan yang ada durian kecuali tempoyak. Eksyen nau kan tempoyak tak makan. hihi. Satu peket ni dah seminggu lebih...tak habis pun lagi ni hah. Anak bujang dua orang tu bukan penggemar durian. Coklat durian ni pun ditolaknya mentah-mentah siap pakej tutup hidung.  Yaya dengan suami makan macam mana lah sangat. Ce beli coklat cadbury flavour lain, tak sempat pun kami ibu ayah ni nak merasa.


Bau coklat ni agak kuat. Ye lah, dah bau durian. Tak boleh disorok. Lepas dah buka sikit tu, Yaya tertinggal dalam kereta. Sekali masuk kereta semerbak bau durian. Hahaha..bukan kaleng-kaleng bau perfume kereta hari tu. Wangi semacam. Haha. 

Bungkusan coklat Cadbury memang sangat menawan mata. Hih. Warna purple Cadbury tu cun sangat aih.. rupanya dah di 'pattern' kan warna tu... Yaya baru tau..tu pun selepas telek bungkusan. Gambar gelas dengan susu separuh tu pun sama. 


Semua ni trademark Cadbury yang telah dilesenkan. Lepas ni hati-hati ye kalau nak buat design untuk tujuan komersial. Kang tak pasal-pasal kena saman.

8 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. menarik ni yaya..kena cuba..tp yaya xmkn tempoyak..alamak kerugian disitu hehehe ^_^

    ReplyDelete
  2. belum cuba lagi ni.nanti nak cari lah..mesti sedap ni..aduiii

    ReplyDelete
  3. tak cuba lagi, tapi mesti ramai yang suka

    ReplyDelete
  4. Belum cuba lagi sebab tak jumpa lagi. huhuhu

    ReplyDelete
  5. kena pi beli kat mall. mesti unik rasanya, kan?

    ReplyDelete
  6. wow..agak2nya masyuk tidak coklat dengan durian yea...

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post