Rutin Harian Merawat Rambut Gugur | Berdepan dengan masalah keguguran rambut sememangnya mengundang stress. Rambut ibarat mahkota bagi wanita. Tapi kalau lantai penuh dengan rambut, memang perlu buat sesuatu. Teringat Yaya suatu ketika dahulu, atau lebih tepat 15 tahun yang lepas. Sewaktu berada di surau di tempat kerja, ada rakan sekerja bertanya sama ada Yaya ada buat 'rebonding'. Kagum dia tengok rambut Yaya yang panjang, lurus dan lebat. Tak pernah Yaya buat rebonding. Tapi bila dah melahirkan anak, hormon pun dah berubah, maka bermulalah episod rambut gugur. Rasanya ramai je ibu-ibu yang mengalami keguguran rambut selepas bersalin kan. Ni anak bongsu pun dah 7 tahun, rambut masih gugur..macam mana ni? 

Rambut panjang dipotong pendek. Orang kata bila potong pendek kurang sikit gugur rambut tu. Tapi kalau ikut logik akal ni, bukan jumlah rambut gugur yang berkurang. Tapi dah rambut pendek, nampak sikitlah kan rambut atas lantai tu. Rambut panjang, pendek, pastu panjang lagi tapi rambut gugur tetaplah ada. Memang stress tau dalam 10 tahun ni tengok rambut menipis.  Rambut sihat menawan 15 tahun lepas tu jadi memori jer lerr..

Beberapa bulan lepas ada viral di Fb. Tak pasti baru viral atau Yaya yang baru tahu. Ada pengguna Fb yang berkongsi petua atasi masalah rambut gugur. Bila tengok pada petua tu memang mudah sangat. Langsung tak teragak Yaya nak mencuba. Yaya bagi tahu awal-awal ni. Selepas ikut petua tu selama beberapa bulan ni memang nampak keberkesanannya. Suami pun tegur rambut atas lantai dah kurang. Kat bantal pun tak ada dah. Menjadi petua ni dengan Yaya. Sebab tu Yaya berani nak berkongsi kisah Yaya merawat rambut gugur di blog kesayangan ni.

Rutin harian merawat rambut gugur 

Syampu rambut setiap hari

Merawat Rambut Gugur

Yaya guna syampu Loreal Anti-Hair Fall. Jangan abaikan perapi ye. Lumur perapi hanya dihujung rambut. Yaya bersyampu setiap hari ketika petang. Sebelum ini memang takut lah nak syampu rambut setiap hari. 2 atau 3 hari sekali baru syampu rambut. Tapi Yaya cuba ubah. Bertudung dari pagi sampai lewat petang, Dah kepam dah kepala tu. Hihi. Kalau kulit kepala tak bersih macam mana nak buat rawatan seterusnya. 

Cara merawat kguguran rambut

Dan ini lah petua rambut gugur yang viral tu. Yes cengkih! Untuk sebotol syampu Loreal tu Yaya masukkan 10 batang cengkih. Jangan terkejut pulak syampu berubah warna. Tu warna yang turun dari cengkih. Warna syampu je yang berubah. Bau cengkih tu tak la mempengaruhi bau syampu. 

Tak sangka betul kan bunga cengkih yang kita gunakan dalam masakan ni menjadi rahsia untuk atasi masalah rambut gugur. Nak letak cengkih dalam syampu anak pun boleh tapi kuantiti bunga cengkih tu agak-agaklah bergantung saiz syampu. Petua ni katanya dari Arab. Bukan setakat untuk lebatkan rambut, masalah kulit kepala gatal pun hilang. Misteri betul! hihi

Pakai Tonik Rambut Seborin Setiap Malam

Ini lah sebab Yaya bersyampu setiap hari. Waktu malam nak lumur tonik rambut. Kalau kulit kepala tak bersih macam mana tonik rambut ni nak meresap elok. Buat masa ni Yaya guna tonik rambut Seborin Aktiv penutup merah ni. Yaya beli tonik ni dekat Watson. Harga sebotol boleh tahan..hampir RM 50. Beli  tanpa dipengarusi sesiapa. Hihi. Niat nak cari tonik rambut je masa pergi Watson tu. Dah beli baru google. Eh ramai rupanya yang bagi feedback positif tonik rambut Seborin ni.

tonik rambut

Leceh juga nak pakai masa mula-mula tu. Kat kepala botol tu ada satu lubang kecil. Setiap kali nak guna macam teragak-agak nak letak mana, dengan nak pegang botol lagi, nak selak rambut lagi, silap gaya tercurah banyak pada kulit kepala. Dah la mahal oii.. . Jadi, penyelesaiannya.. Yaya transfer tonik ke dalam botol kecil. Hala je botol spray ke kulit kepala. Memang memudahkan. Tonik ni best. Bau wangi yang lembut je.. Yaya ni kan alah bau wangi. Lagi best, bangun tidur pun rambut masih lembut dan ringan.

Lumur Minyak Kelapa Dara 

Minyak kelapa dara memang semua dah sedia maklum akan kebaikannya. Yaya jatuh cinta betul dengan minyak kelapa dara aromatik dari D'aura (AVCO). Tapi yang ini untuk kegunaan luaran je. Sebelum ni Yaya tak boleh nak sapu minyak pada rambut. Rasa panas kulit kepala pastu mula lah rasa pening.

minyak kelapa dara

AVCO ni banyak kegunaan. Boleh baca SINI. Setiap pagi Yaya lumurkan minyak kelapa dara ni pada hujung rambut. Bahagian atas kepala Yaya sapu juga dengan AVCO tapi sikit je. Hasilnya rambut jadi lebih sihat dan mudah diurus. Kepala anak-anak pun Yaya sapu AVCO..letak sikit je dah cukup. Anak lelaki memanglah kan..sekali pam je AVCO ni dah cover satu kepala.

Hujung minggu korang boleh manjakan rambut dengan hair mask. Kalau google banyak petua alami nak buat masker rambut ni. Tapi Yaya malas nak buat benda leceh ni. Dekat drugstore banyak pilihan masker rambut. Cuma tinggal pilih produk mana yang sesuai untuk masalah rambut yang korang.

Amalkan pemakanan yang sihat

Korang tau tak komponen struktur utama untuk semua sel adalah protein. Rambut, kulit, kuku dan tulang perlukan protein. Tubuh kita ni tak boleh menghasilkan protein. Jadi ambil protein yang cukup setiap hari. Protein lengkap boleh didapati daging ayam, telur ayam, ikan dan produk tenusu. 

Kekurangan zat besi adalah punca utama rambut gugur. Sayur bayam, oat antara makanan yang kaya dengan zat besi. Hurmm...Yaya dulu bukanlah penggemar sayur-sayuran. Memilih sangat kalau bab sayur ni. Tapi sejak kahwin dah pandai makan bayam. 

Lagi satu kena faham. Bila dah ambil makanan yang kaya dengan zat besi, jangan lupa pada masa yang sama ambil juga buah-buahan yang kaya dengan Vitamin C seperti oren, betik dan kiwi. Sebabnya Vitamin C ni lah yang membantu penyerapan maksima zat besi dalam tubuh kita.

Yaya tak setiap hari la  makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Nak tak nak kena ambil makanan tambahan. Sekarang Yaya cuba untuk tidak skip pengambilan Vitamin C dan juga Vita-Lea Iron Plus Shaklee.

Setakat hari ni, ini lah rutin harian Yaya untuk atasi keguguran rambut. Korang ada amalkan apa-apa petua tak untuk lebatkan rambut? Mana lah tahu korang ada petua atau tips yang lagi mudah dibuat dan berkesan. Share lah dengan Yaya di bahagian komen ye.   

7 Comments

  1. minyak kelapa dara avco mmg best

    https://norminieza.blogspot.com/2020/10/angan-merintih-iqa-nizam.html

    ReplyDelete
  2. Saya pun guna loreal ni juga.
    Bunga cengkih ni, kalau sakit gigi, bolehlah ditumbuk guna lesung, lepas tu gigit /kat letak cengkih tu tempat gigi yg sakit.

    ReplyDelete
  3. Nak letak cengkih jugak la. Tak pernah try lagi cara ni.

    Saya pun rambut gugur banyak. Kalau atas katil tu tiap2 pagi mengemas mesti banyak betul rambut gugur.

    ReplyDelete
  4. Hair tonic mcm best je yaya..pastu yg letak bunga cengkih tu..pertama kali dengar..boleh cuba nnt!

    ReplyDelete
  5. popular minyak kelapa dara AVCO. ramai yang guna.

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih.