Sambutan Maulidur Rasul 1442H, Tingkatkan Kecintaan Kepada Rasulullah SAW

Sambutan Maulidur Rasul 1442H | Pagi semalam ofis Yaya mengadakan sambutan Maulidur Rasul. Kebiasaannya sebulan sekali kami akan buat jamuan makan-makan staff disusuli mesyuarat teknikal mengikut bahagian masing-masing. Jadi untuk bulan ni kami raikan majlis makan-makan dengan sambutan maulidir Rasul.

Bos cakap, kalau dia tanya tahun berapa Nabi Muhammad lahir, dia yakin separuh dari staff tak dapat jawab. Aduh rasa setepek kena atas hidung. Tetiba jadi blur tak ingat..bukan tak tahu ye..hihi. Biasa kita duk sebut nabi lahir 12 Rabiulawal tahun gajah. Tapi tahun Masihi tahun  apa? Jadi Yaya sertakan di sini biodata Rasulullah S.A.W secara ringkas.

Salam Maulidur Rasul

Nabi Muhammad S.A.W adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia. Sesungguhnya Nabi Muhammad S.A.W merupakan satu anugerah dan kurniaan Allah SWT kepada umat manusia untuk menunjukkan jalan yang lurus dan benar.

Nabi Muhammad dilahirkan di Mekah dan kembali ke rahmatullah di Madinah. Nabi Muhammad S.A.W merupakan Rasul dan Nabi terakhir bagi umat manusia dan seluruh alam. Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam. Beliau juga digelar Al Amin (الأمين) yang bermaksud 'yang terpuji'. 

 BIODATA RASULULLAH S.A.W: 

1. Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim 
2. Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Mekah) 
3. Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah 
4. Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim 
5. Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf 
6. Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) 
7. Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab) 
8. Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

Sama-sama kita lebih kenal Rasulullah. Bukan hanya kita amal sunnah Rasulullah, tapi ambil tahu sirah baginda bermula kelahiran sehinggalah kewafatan baginda. Banyakkan berselawat. Semoga bertambah kuat rasa cinta kita kepada baginda dan mudah-mudahan kita tergolong di dalam kelompok yang mendapat syafaatnya Rasulullah s.a.w.

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) ALLAH dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati ALLAH sebanyak-banyaknya (dalam masa susah dan senang). (Surah al-Ahzab, ayat 21)

Ok..berbalik mengenai sambutan semalam. Hari Sabtu Yaya sepagi berada di pejabat menghiris daun pandan untuk dijadikan bunga rampai. Dicampur juga dengan bunga-bunga segar yang berbau harum..Dekat sini mudah nak cari bunga segar. Dekat pasar ada jual, pakej siap dengan sebotol air mawar. Ada bunga kenanga, mawar. Bunga tak berbau pun ada macam bunga kertas, bunga raya, bunga telang. Ambil seri warna bunga je lah kiranya.

Majlis Maulidur Rasul
Majlis bermula dengan bacaan Yasin, tazkirah ringkas dan selawat nabi ramai-ramai. Kemudian sarapan nasi kerabu. Tengahari pula juadah nasi arab. Tak boleh nak makan dah nasi arab..kenyang makan nasi kerabu masih terasa. Bawa balik rumah je bagi encik suami dan anak-anak. Portion se pek ni banyak sangat. Yeay tak perlu sediakan makan malam hari ni..hihi. Wazif suka betul nasi arab ni. Nasi arab pure, air tangan orang Syria yang menetap di sini.

Disajikan juga dengan paparan video dari youtube. Menusuk ke kalbu bila dengar Alangkah Indahnya dari adik Muhammad Hadi Assegaf ft Syech Habib. Datuk dan cucu bergabung suara. Satu lagi video yang kami dengar semalam ialah bacaan selawat dari adik Wahyudi Kobin. Korang boleh search dekat youtube. Ya Allah merdu sungguh suara adik Wahyudi.

Nasi Kerabu

Nak tunjuk juga pinggan Yaya, penuh dengan nasi kerabu. Rasa ambil sikit je tapi tak tau lah macam mana boleh penuh pinggan. Patutlah kenyang sampai petang. Hihi.

4 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. Teringat dulu masa sekolah ustaz tanya nabi lahir berapa haribulan.semua tak dapat jawab.Last2 ustaz suruh hafal lagu Kelahiran nabi. Tajuk dia Junjungan Mulia. Sejak hafal lagu tu terus ingat sampai sekarang..hahah

    ReplyDelete
  2. Betul selalu ingt 12 rabiuawl.. Memg kene baca balik kisah Nabi Muhammad.. Banyak lupa

    ReplyDelete
  3. di taman abe kie ada sokmo jiran2 yg buat kenduri doa selamat sambil berselawat kpd Rasulullah..

    ReplyDelete
  4. Hari tu kat taman rumah ai takde buat sambutan. Tapi ada perarakan kereta dan basikal sambil berselawat.

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post