Pancake Gebu Dan Lembut Bekal Anak Ke Sekolah

Pancake Gebu Dan Lembut Bekal Anak Ke Sekolah | Assalamualaikum. Semalam anak-anak dicutikan dari pergi sekolah. Adik Wazif selsema, sikit je pun. Dengan abang Wafiq sekali dapat cuti free. Hari ni dua-dua dah pergi sekolah macam biasa. Kiranya hari pertama persekolahan selepas raya haji. 

Walaupun hati ni ada sedikit gundah nak hantar anak ke sekolah, dengan dalam keadaan kita berjaga-jaga hindarkan diri dari virus Covid-19. Raya Haji baru ni, Kuala Terengganu teramat sesak. Masa raya Aidil Fitri hari tu kita semua tak dapat pulang ke kampung, Jadi , Raya Haji ni lah semua ambil kesempatan jumpa keluarga. Insya Allah, semoga tak wujud kluster Raya Haji.

Sejak mula persekolahan pertengahan Julai, berdasarkan SOP Pembukaan Semula Sekolah, sekolah anak-anak Yaya masih lagi tidak dibenarkan maakan di kantin sekolah. Pihak sekolah mengamalkan konsep Cash On Delivery - COD. Tempahan makanan dan minuman mengikut menu yang telah diberikan oleh pihak kantin. Jam 10 malam tempahan ditutup. Masa cuti panjang baru ni, group whatsapp kelas tak putus dengan kerja sekolah. Sekarang tak putus dengan senarai nama pelajar nak order makanan dan minuman. Hihi

Ada beberapa menu yang diulang-ulang antaranya nasi minyak ayam masak merah, nasi putih ayam masak merah, nasi ayam, nasi lemak ayam, nasi kuning ayam masak merah. Setiap hari ada ayam goreng. Untuk air pula setakat ni cuma ada milo ais. Kalau nak beli nasi, ayam goreng dan milo ais, satu set lah kiranya, sediakan RM4 untuk diberi kepada guru kelas.

Setakat ini anak-anak Yaya tak pernah lagi berkenan nak beli makanan yang cikgu share di group whatsapp tu. Nak bawa bekal dari rumah juga. Nak tak nak kena la si ibu ni merajinkan diri setiap pagi. Haha.

Budak berdua ni makan simple je. Terutamanya si adik. Kalau abang Wafiq tak ada hal kalau buat bekal berasaskan nasi macam nasi goreng atau pun nasi putih dengan lauk. Tapi adik Wazif selera dia lain sikit. Nak bawa bekal macam sandwich telur, roti telur. 

Pagi tadi Yaya buat pancake. Permintaan dari adik Wazif. Nak sediakan pancake ni sangatlah mudah dan cepat. Tapi Yaya ambil langkah selamat. Sebelum tidur dah siapakan bancuhan. Haha. Tak lah waktu pagi terkejar-kejar.

Yaya buat pancake saiz kecil dan nipis je. Guna non-stick pan untuk buat pizza. Nak panggang ayam pun boleh. Yaya pernah buat entri mengenai non-stick pan ni di sini.





Bila buat saiz kecil comel ni mudah untuk anak makan di sekolah. Pancake ni boleh di makan bersama butter, madu, coklat, jem, peanut butter dan sebagainya. Makan dengan aiskrim pun sedap. Ikut atas selera masing-masing. Abang Wafiq dengan adik Wazif dorang suka makan dengan sapuan hazelnut.

pancake gebu dan lembut bekal anak ke sekolah
Pancake Gebu Dan Lembut Bekal Anak Ke Sekolah


Kalau ikut resepi guna susu segar. Tak ada susu segar guna susu cair pun boleh. Tapi Yaya kalau buat pancake ni Yaya guna susu tepung full cream Dutch lady tu je. Pancake ni even makan time sejuk pun sedap lagi, tetap lembut dan gebu. Jadi Yaya memang rekemen resepi ni. Jom semak resepi.


resepi pancake gebu dan mudah
Pancake Gebu Dan Lembut Bekal Anak Ke Sekolah



Resepi Pancake Gebu Dan Lembut

Kredit resepi :buatoranglapo.com

Bahan-bahan untuk pancake:
  • 1 biji Telur
  • 4 sb Marjerin yang telah dicairkan
  • 3 sb Gula (boleh tambah@kurangkan)
  • 1 1/2 cawan Susu Segar (anggaran)
  • 1 sk Esen Vanilla
  • 2 cawan Tepung Gandum
  • 2 sb Baking Powder
  • 1 sk Garam

Cara-cara membuat pancake:
  1. Pukul telur, marjerin, gula, susu segar dan esen vanilla hingga sebati.
  2. Ayakkan tepung, baking powder dan garam ke dalam adunan tadi. Kacau lagi sehingga rata dan sebati.
  3. Rehatkan adunan selama lebih kurang 5 minit.
  4. Sendukkan adunan ke atas non-stick pan yang telah di panaskan. Terbalikkan penkek bila buih dah mula pecah. Tunggu sehingga kekuningan dan boleh diangkat dan hidangkan.

pancake gebu mudah dibuat
Pancake Gebu Dan Lembut Bekal Anak Ke Sekolah

bekal anak ke sekolah
Pancake Gebu Dan Lembut Bekal Anak Ke Sekolah

Selamat mencuba.


12 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. wahh mudah ye resepi biasa beli yg instant siap ..resepi nie lg mudah boleh try nanti

    ReplyDelete
  2. Masa PKPP ni memang bagus bawa bekal aje ke sekolah.

    ReplyDelete
  3. sedapnya 🤤🤤 lama tak makan pancake

    ReplyDelete
  4. Memmag nmapal gebu dna sedap je. Anak kita suka makna pancake. Boleh cuba ni

    ReplyDelete
  5. boleh la buat petang ni. semua bahan ada..

    ReplyDelete
  6. wah.. nampak gebu.. lama dah tak makan pancake ni.. boleh buat nnt ni

    ReplyDelete
  7. anak pun suka dengan pancake ni..Lagi mudah la dia nak bawak bekal ke sekolah...kita pun nak cuba lah resepi ni biar lebih gebu dan lembut

    ReplyDelete
  8. Ui..cantik kejadian pancake akak tu..sayang nak makan cantik camni..

    ReplyDelete
  9. wah bestnya , it looks so yummy !! kalau saya dah berlagak dah saya puna bekal hehe ( tak elok btul perangai )

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post