Penjagaan Kesihatan Lelaki Di SuamiSihat.Com.My

Penjagaan Kesihatan Lelaki Di SuamiSihat.Com.My | Penjagaan kesihatan seharusnya dititikberatkan tidak kiralah lelaki atau perempuan. Namun apa yang sering kita tengok masa kini, kaum lelaki memandang ringan berkenaan penjagaan kesihatan mereka. Kebanyakan mereka mempunyai rasa ego yang tinggi, suka memendam masalah dan tidak berjumpa dengan pakar untuk merawat masalah kesihatan.

Penjagaan Kesihatan Lelaki

Tambah lagi ketika ini dunia sedang berdepan dengan pandemik Covid-19. Pelbagai peraturan diwujudkan untuk mengawal wabak. Bila tak boleh keluar rumah, pelbagai aktiviti menjadi terbatas. Kemudahan teknologi pula semuanya tersedia di depan mata. Nak order makanan, nak beli barang dapur semuanya boleh dilakukan secara atas talian. Tak perlu bersusah payah keluar rumah.

Hasilnya, manusia hari ni kurang bergerak, kurang bersenam dan mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat. Tanpa sedar ianya bakal mengundang pelbagai penyakit. Dalam situasi kita berdepan dengan Covid-19 ni, seeloknya kita pastikan penjagaan kesihatan berada pada tahap yang terbaik. 


Cara-Cara Dan Kepentingan Mengamalkan Gaya Hidup Sihat

Selalu kita dengar dan disuruh mengamalkan gaya hidup sihat. Namun, adakah kita mengamalkannya dalam kehidupan seharian? Pengamalan gaya hidup sihat merangkumi beberapa aspek yang perlu diberi perhatian iaitu dari segi pemakanan dan gaya hidup.  


1) Mengamalkan pemakanan seimbang
2) Tidak merokok, meminum alkohol dan pengambilan dadah.
3) Melakukan aktiviti senaman yang berkala
4) Mengutamakan kebersihan diri dan persekitaran
5) Waktu tidur yang cukup
6) Sentiasa berfikiran positif
7) Melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala

Ini merupakan usaha yang boleh menghindarkan diri daripada penyakit-penyakit kronik yang boleh memberikan kesan pada hidup kita seperti kencing manis, serangan jantung, tekanan darah tinggi atau strok.

Memiliki tubuh badan yang sihat memudahkan kita untuk bergerak dan melakukan aktiviti seharian samaada di rumah ataupun di tempat kerja.

Bukan itu sahaja, nak beribadah pun memerlukan kesihatan yang baik. Tanpa badan yang sihat, ianya menyukarkan kita untuk beribadah seperti bersolat dan berpuasa. Apatah lagi sekiranya ingin pergi menunaikan ibadah haji dan umrah. Semuanya jadi terbatas.


Kepentingan Penjagaan Kesihatan Untuk Keharmonian Dan Kebahagiaan Rumahtangga

Penulisan kali ini lebih kepada penjagaan kesihatan suami. Bukan kata isteri sentiasa terbuka mengenai penjagaan kesihatan. Suami adalah pemimpin dan ketua keluarga. Tempat isteri dan anak-anak bergantung. 

Tugas seorang suami adalah memastikan supaya isterinya selalu berasa bahagia apabila berada di samping suami. Suami adalah pemimpin yang diwajibkan memimpin dan menjaga isteri dan anak-anak kerana mereka adalah amanah dari Allah.

Untuk menyempurnakan tanggungjawab sebagai seorang suami ataupun seorang ayah, seharusnya suami tidak ambil mudah mengenai penjagaan kesihatan. Dengan tubuh badan yang sihat, dapatlah suami melaksanakan tanggungjawab mencari rezeki untuk keluarga dan menyempurnakan nafkah zahir dan batin.

Sekiranya tahap kesihatan yang baik sentiasa diberi perhatian, tidak mustahil hal-hal lain akan bergerak seiring. Apabila kesihatan berada pada tahap yang memuaskan, sudah pasti emosi juga terjaga, tekanan dapat dielakkan dan sentiasa berfikiran positif. Hubungan dengan anak-anak menjadi lebih rapat.


Penjagaan Kesihatan Lelaki Terutamanya Kesihatan Seksual Bukanlah Sesuatu Yang 'Taboo'

Rata-rata lelaki di Malaysia  masih belum terbuka untuk berbincang mengenai penjagaan kesihatan seksual. Mereka masih malu dan mempunyai rasa ego yang tinggi untuk meluahkan masalah serta tidakmahu dinggap lemah. 

Sememangnya benar masalah seksual adalah sesuatu yang terlalu peribadi dan melibatkan maruah diri tetapi ada ketikanya ego itu perlu diletak ke tepi, berbincang dengan pasangan dan berusaha mendapatkan rawatan demi keharmonian rumahtangga.

Permasalahan utama dalam kesihatan kaum lelaki adalah disfungsi ereksi atau 'mati pucuk' yang merujuk kepada keadaan apabila zakar tidak berupaya menegang selepas mendapat rangsangan seks.

Kebanyakan kajian menunjukkan bahawa disfungsi ereksi merupakan petunjuk awal bahawa seseorang lelaki itu menghadapi masalah serangan jantung (kardiovaskular), diabetes (diabetes mellitus), tekanan darah tinggi (hypertension) atau paras kolesterol darah yang tinggi (hyperlipidaemia).


Penjagaan Kesihatan - Mental Dan Fizikal

Topik kesihatan lelaki bukan hanya berkisar mengenai ubat kuat pelik-pelik macam tahan lama, besar panjang dan lain-lain, tetapi lebih dari itu. Ianya penjagaan kesihatan merangkumi mental dan fizikal. 

Kesihatan fizikal dan mental adalah berhubung kait dan tidak boleh dipisahkan. Untuk menjadi seorang individu yang sihat, kita perlulah sihat dan sejahtera dari segi mental dan fizikal. Sebab itulah kita sangat disarankan untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Kesan penyakit mental sebenarnya lebih banyak mendatangkan keburukan dan bebanan kepada kita semua dalam pelbagai aspek kehidupan. Salah satu contoh penyakit mental adalah mengalami kemurungan. 

Penyakit kemurungan


Banyak kajian yang mendapati pertalian rapat diantara penyakit kemurungan dengan penyakit berkaitan jantung seperti penyakit jantung kardiovaskular, koronari, strok dan sebagainya. Pesakit kemurungan juga berisiko untuk menghidapi penyakit diabetes dan obesiti. 


Obesiti Dan Masalah Kesuburan Lelaki Di Malaysia Meningkat

Obesiti adalah penyakit alaf baru yang mengundang isu kesihatan yang serius, bukan sahaja penyebab pelbagai komplikasi perubatan termasuk diabetes, tekanan darah tinggi, penyakit jantung koronari, kolesterol tinggi, masalah tulang, masalah pernafasan ketika tidur dan kanser.

Malah obesiti mempunyai kesan negatif terhadap kualiti hidup, kecergasan fizikal, harga diri, seksualiti, kesejahteraan emosi dan sosial dan juga, yang sering dipandang remeh, masalah ketidaksuburan.

American Society for Reproduction (ASRM) melaporkan bahawa lelaki obes lebih cenderung mengalami kecelaruan hormon testosteron. Lemak yang berlebihan menjadi sumber kepada penukaran androgen, kepada estrogen, dan menyebabkan tahap testosterone menjadi rendah, kemerosotan kualiti sperma dan seterusnya mengurangkan kesuburan berbanding lelaki dengan berat badan normal.

Kajian menunjukkan lelaki berlebihan berat badan mempunyai paras testosteron 24% lebih rendah berbanding lelaki biasa, manakala lelaki obes mempunyai tahap 26% lebih rendah testosteron.

Kemungkinan ketidaksuburan lelaki meningkat sebanyak 10% untuk setiap 9 kilogram peningkatan berat badan berlebihan seorang lelaki.


Pertubuhan Kesihatan sedunia (WHO) juga melaporkan obesiti mengurangkan kualiti air mani yang berkaitan dengan penurunan kadar spermatogenesis, pembentukan sperma dan morfologi sperma.

Obesiti juga dikaitkan dengan masalah ereksi dan kurang aktif dalam melakukan hubungan intim bersama pasangan.

Sumber: https://www.bharian.com.my/kolumnis/2019/05/563049/realiti-impak-obesiti-terhadap-kesuburan

Obesiti dan kesuburan


Jadi, mulakan gaya hidup sihat. Bersenam atau berjalan 10,000 langkah sehari untuk hidup yang lebih aktif. Atau anda boleh mula melakukan diet seperti diet atkins URL: https://suamisihat.com.my/kesihatan/diet-atkins/amp/ untuk mencapai berat badan ideal.


SuamiSihat.Com.My - Portal Rujukan Tentang Kesihatan Lelaki

SuamiSihat.Com.My


SuamiSihat.Com.My merupakan portal kesihatan lelaki yang membawakan nasihat-nasihat kesihatan terus daripada pakar. Pelbagai pakar dari serata bidang kesihatan seksual lelaki. Nasihat, tips dan panduan yang ringkas lagi padat.

Pelbagai masalah dibincangkan daripada sekecil-kecil masalah pra-ejakulasi, sehinggalah penyakit kronik seperti kanser prostat dan mati pucuk. Info mengenai penyakit alzheimer's, batu karang dan parkinson turut disediakan. Info-info yang diberikan pastinya dapat mendidik dan memberikan kesedaran kepada suami atau bakal suami yang prihatin.


‘Komuniti SuamiSihat’ di Telegram

Anda boleh sama-sama turut serta dalam 'Komuniti SuamiSihat' di Telegram. Sama-sama berbincang dan berkongsi tentang isu kesihatan lelaki ini secara direct & professional.

Suami Sihat Di Telegram


Ebook Percuma Suami Maulana

Sempena Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia ni, SuamiSihat ada buat giveaway percuma Ebook Suami Maulana. Step by step perbaiki Komunikasi dalam Rumahtangga.

Ebook Suami Maulana

Untuk maklumat lanjut boleh klik link ini: https://suamisihat.com.my/suami-maulana/

 

Yaya Azura

Yaya | Blogger Since 2010 | Email : yayaazura82@gmail.com

1 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

Post a Comment
Previous Post Next Post