2 TEKNIK BERI NASIHAT KEPADA ANAK

by - Monday, April 08, 2019

Assalamualaikum,

Membesarkan anak yang dua-dua lelaki ni ada masanya memang mencabar diri. Yaya cukup kagum dengan mereka yang ada bilangan anak yang ramai. Tak kira lah anak lelaki ataupun perempuan. Masing-masing ada cabaran tersendiri membesarkan anak-anak.

Wafiq dan Wazif pun ada perangainya yang tersendiri. Anak-anak Kalau ditegur perlahan tak makan saman. Kalau kita tinggikan suara barulah nak ikut cakap kita. Dorang berdua ni tak pernah lah bergaduh bertumbuk ke apa..memang tak pernah. 

Biasa pergaduhan terjadi bila salah seorang tak nak mengalah..samaada Wazif tak setuju dengan Wafiq atau sebaliknya. Kiranya mereka berdua perang mulut dan akhirnya memberontak.

Contoh, masa jalan-jalan di Giant, si Wazif ni korek hidung..haha..saja bagi contoh ni sebab memang tak boleh lupa..koreng hidung pun boleh jadi punca. Hahaha. Wafiq tegur, 'adik, beradab sikit, ni kan Giant, ramai orang, janganlah korek hidung kat sini!' Yaya yang mendengar ni..wahhh..abang Wafiq tegur adik Wazif pasal adab! Kagum lah sekejap tapi sekejap je lah. Ye lah end up kagum bertukar geram.

Si adik buat tak tahu je..abang pula rasa tercabar. Abang jadi geram dan mula dah rasa nak marah. Last, abang merajuk, tak bercakap. Adoiya ler anak-anak. Kita nak membeli barang pun dah tak ketahuan hala. Puncanya kecil je pun..melarat-larat rajuknya.

SENTIASA BERTEKAD TAK NAK MARAH ANAK, TAK NAK TINGGIKAN SUARA 

'Hari ni last..tak nak dah marah-marah macam tadi'
'Wafiq, Wazif exam hujung bulan ni..kena banyak sabar..tak boleh marah-marah dah'

Yelah, marah anak-anak ni beri kesan kepada emosi anak-anak. Pagi sebelum ke sekolah memang elak kalau nak marah. Nanti spoil mood dorang seharian. Ilmu pun tak lekat.

Tapi Yaya pun manusia biasa. Dalam duk bertekad tak nak tinggi suara tapi terbabas juga. 

Jadi keadaan yang pada mulanya anak-anak yang bersalah, akhirnya kita juga pun rasa bersalah. Bimbang kalau marah kita tadi memberi kesan negatif pada anak. Bimbang kalau mereka berfikir bukan-bukan. 

'Hmm..ibu ni selalu marah abang, adik yang salah tapi abang yang kena. Ibu tak sayang abang'

Perasan  macam ni lah yang kena elak. Tak anak anak fikir dia tak disayangi.

Biasanya selang beberapa jam Yaya akan pujuk anak-anak. Mulakan dengan memberi nasihat kemudian buat aktiviti bersama. Apa sahaja aktiviti, tengok youtube sama-sama, ajak ke kedai.

Tapi saat memberi nasihat tu gunakan sebaik mungkin. Bukan sahaja diri sendiri yang akan jadi lembut hati, harapnya anak-anak pun terkesan.


2 TEKNIK BERI NASIHAT KEPADA ANAK

1) Memberi nasihat dengan memandang tepat ke arah anak mata

2) Memberi nasihat sambil menyentuh belakang kepala atau lengan

Masa bercakap wajib eye contact. Sentuh belakang kepala atau lengan anak. Barulah setiap bicara menusuk ke kalbu gitu. Biar lebur segala rasa rajuk dan marah. Pandang mata anak dan sentuh belakang kepala atau lengan anak. Bercakap dengan nada yang lembut, beritahu anak apa salah dia, minta anak berjanji tak nak buat kesalahan sama akan datang. Yaya suka suruh anak ulang cerita semula apa yang Yaya dah cakap.

'kenapa ibu marah?' biasanya kalau si adik akan jawab adik buat salah.

tanya lagi..

'adik buat salah apa?'

Tujuannya nak bagi anak betul-betul faham bahawasanya dia kena marah dan diberi nasihat bersebab.

'Ibu...ibu marah tu tandanya ibu sayang kan?' Sebak je rasa kalau anak-anak sebut ayat ni. Bayangkan kalau kita marah, membebel tak bertempat? Apalah agaknya yang disimpan dalam memori mereka. Tapi si adik ada masanya memang tak boleh nak marah dia, dia buat salah tapi kita boleh senyum pula.

'Ibu, sekarang ni ibu bukan marah kan, ibu sedang bagi nasihat ni..nasihat tanda sayang' Haha..bercakap sambil memeluk kita. Macam-macam kerenah anak ni kan. Semoga kita sentiasa diberikan kesabaran yang tinggi dalam mendidik dan membesarkan anak-anak.

You May Also Like

6 Comments

  1. Bagus abang tegur adik korek hidung ya..hidung adik gatal la abang..bukan adik suka-suka tu...
    Moga ini menjadi ilmu untuk PC juga pada masa akan datang.amiin.

    ReplyDelete
  2. Kakak saya 4 orang anak semua lelaki, memang penatlah tengok bila waktu aktif dorang tuu. Hehe

    ReplyDelete
  3. Saya kagum tengok mereka yang ada anak lelaki sebab dengar cerita nak menjaga anak lelaki ni memang kena guna tenaga sikit, buas kan? Saya belum ada pengalaman jaga anak lelaki lagi ni..

    ReplyDelete
  4. hehe jadi parents kena sabar dan tahu skil2 nak tackle anak2 kan..
    CT belom jadi parent jadi kadang2 mmg takleh komen pape bab2 parenting =)

    ReplyDelete
  5. berat tanggungjawab mendidik anak2 jadi manusia ni..kalo salah cara, nanti tak jadi orang...huhuhu

    ReplyDelete