Adik dan abang dah di SBP. Korang mohon mana? MRSM atau SBP?

Ya ampunnn...lama gila tak menulis. Entri last aku cerita anak aku nak exam PKSK.  Sekarang dah musim parents memohon PKSK. Lama yer tak menulis di blog. Adik Wazif pun dah selamat masuk SBP, dapat pilihan pertama, pengambilan pertama. Bersyukur sangat-sangat aku tak tergolong team rayuan. Jadi sekarang, adik satu sekolah dengan abang dia. Senang aku visit sekali harung je. 

Sekarang ni aku jadi pemerhati je. Anak buah aku ada dua orang yang berimpian nak ke SBP juga. Bila pendapat aku diperlukan, aku share lah apa yang aku tahu. Nak mohon ke sekolah khusus ni perlu ada strategi. Tak boleh main letak je susunan sekolah. Tapi aku tengok tahun ni ramai parents yang dah terdedah dengan info, dah tahu cara memohon, apa boleh apa tak boleh. Bagus lah macam ni.

Aku masa mohon PKSK tahun 2021 untuk abg Wafiq, jujur aku mohon je masa tu. Sekolah semua campur aduk, rezeki anak aku dapat pilihan pertama dan pengambilan pertama. Sungguh aku langsung tak sakit kepala masa tu. Haha.

Giliran memohon untuk si adik tahun lepas, berdenyut kepala ibu dia ni. Bimbang nak mohon SBP premier dan hot seat untuk letak pilihan pertama. Tapi aku tetap pilih yang hot seat ni jugak, dah abang dia kat situ. Adik pun pilihan dia situ jugak. Tak terbayang aku kalau dapat sekolah lain, ke hulu ke hilir aku tahun ni gamaknya. 

Jadi aku persiapkan anak je lah. Memang adik all out. Selain SBP, aku mohon juga ke Imtiaz. Untuk Imtiaz, selepas adik berjaya ujian bertulis, kena bersedia untuk temuduga. Sebelum tahu keputusan ujian bertulis tu, adik dah mula berlatih hafal quran satu muka dalam masa setengah jam. Memang tak dapat ingat semua, sampai sudah tak dapat. Berjaya hafal 5/6 baris je. Ye la, tak pernah hafal quran pun sebelum ni, yang hafal pun surah-surah dalam juz amma je.

Masa real temuduga, dia dapat hafal 6 baris juga. Tanya jugak, baca sangkut-sangkut tak 6 baris tu? Dia kata lancar, baca sehingga 6 baris dan hafal 6 baris tu je. 

Alhamdulillah, adik Wazif dapat tawaran SBP dan Imtiaz. Jangan tanya aku kenapa dia pilih SBP, aku pujuk jugak tapi dia dengan pilihan dia. Aku hormat keputusan dia. Yang nak belajar dia. Aku pun tak 
nak ambik risiko andai dipersalahkan di masa depan. Hihi

Adik dan abang

Sekolah berasrama atau sekolah harian

Bila baca pendapat sesetengah pengguna media sosial tak kisah lah di Facebook ke, Thread ke.. yang bagi aku 'aneh-aneh je la pendapat kau ni'...tapi dalam hati aku je la berani cakap. Sebab aku jenis malas nak komen balas, malas nak masuk campur apatah lagi nak bertekak dengan orang yang aku tak kenal pun sebenarnya. Bagi aku itu pendapat yang hanya mewakili diri dia, dia berhak nak tulis apa pun. Tapi bila selalu sangat sikap macam tu orang akan nampak betapa sombongnya 'cara kau bersyukur'. Buktinya bila pengikut ramai tapi tak ada yang like atau komen. Kalau ada pun sikit, sangat sikit,yang sekepala la tu. Haha.

Jalan cerita setiap orang tak sama. Ada yang lahir je dah baring dalam dulang emas. Ada pula yang ditakdirkan berjodohan dengan suami kaya, yang cukup stabil kewangan. Orang kata bab duit tak perlu buat kira-kira. Tak perlu risau nak touch card, sebab confirm baki dalam bank macam tak bergerak. Alhamdulillah itu rezeki dia. Tapi jangan kalu lupa, di Facebook, di Thread tu.. tak semua melalui jalan cerita seindah hidup kau. 

Kau berhak tunjuk apa yang kalu lalui jalani setiap hari. Tapi yang aku nak highlight kat sini, bukan kisah hidup dia. Bila timbul isu semasa yang panas-panas, ada masanya sebelum memberi pandangan, cubalah fikir kasut orang lain juga..

Isu hantar anak ke asrama contohnya. Berlumba-lumba parents nak hantar anak ke SBP/MRSM. Tapi ada yang tak mohon pun. Ada yang bimbang takut anak dibuli. Pendapat ini masih boleh diterima. Ada juga pedapat yang kata: 

Saya tak sanggup hantar anak ke asrama. 
Saya sanggup hantar ambil anak sekolah setiap hari. 
Boleh hantar tuisyen. 
Boleh panggil private tutor datang rumah.
13 tahun belum umur sesuai untuk berjauhan dengan anak. 
Sekolah harian pun tak kurang hebatnya.
Saya nak anak membesar depan mata. 
Saya nak bagi anak kasih-sayang secukupnya.

Huhu..macam la aku tak sayang anak aku. Aku pun berat hati nak berenggang dengan anak-anak. Dah la anak aku dua orang ni je. Aku kongsi sikit lah kenapa anak aku sekolah asrama. Si abang dulu, lepas PKP terjangkit sindrom tak boleh berenggang dengan handphone. Sebelum tu tak. Tapi bila semua kelas online, aku bagi lah handphone. Selepas tu korang boleh agak dah apa jadi kan. Aku sebelum tu dah bincang dengan suami, nanti si abang ni sekolah harian je lah. Tapi saat akhir kami ubah fikiran. 'Penyakit' dia tu boleh rawat dengan hantar sekolah asrama je. Si adik pulak, dah abang kat asrama, dia aim asrama juga. 

Bila fikir balik, tak silap keputusan aku hantar anak ke sekolah asrama. Anak-anak aku ni keluar rumah sekali dengan aku pergi kerja. Balik rumah pun sekali dengan aku jugak. Dari awal pagi hingga lewat petang di sekolah. Bermula masing-masing umur 4 tahun (ke tadika masa ni). Rutin ni akan berterusan hingga habis tingkatan 5 kalau pilih ke sekolah harian. Kesian anak-anak aku. Kami memang tak sempat nak ambik tengah hari dan hantar balik ke  rumah. Lokaliti aku ni ada satu sekolah harian dekat dengan rumah, dia boleh balik jalan kaki sendiri. Berada sepanjang petang di rumah tanpa pengawasan, hmmm memang enjoy la dia dengan handphone.

Tapi kalau kau suri rumah, setiap bulan suami bagi elaun kalah orang yang bekerja makan gaji. Tak dapat elaun pun, masih ada masa urus hantar, ambil anak sekolah. Tak pun upah orang ambil dan hantar. Jadi, masalah macam aku tu mudah je nak selesaikan. Aku pun kalau suri rumah mungkin anak sekolah harian je. Anak depan mata senang nak monitor. Tak reti nak ajar kerja sekolah anak, panggil tutor datang rumah. Ambil kelas one to one. Tu cerita kalau aku banyak duit. Haha.


MRSM atau SBP


Sekarang hot vibes 'daddy mara' dan 'you touch you go', maka berpusu-pusulah yang memohon MRSM. Terkini, MARA buat syarat baru, dah lepas merit PKSK, kena ujian UKKM sekali lagi untuk mereka yang memohon MRSM. Maka risau lah ibu-ibu takut tak lepas UKKM. Nasihat aku jangan risaulah, ujian PKSK lebih menyeluruh. 30%  soalan ujian bukan bab yang diajar di sekolah rendah. Artikulasi penulisan PKSK pun bukan karangan biasa sekolah rendah. Ye, kena latih anak buat karangan 'luar biasa', karangan pun dah 10 markah. UKKM  tak ada karangan. Soalan pula lebih direct, ada aku baca katanya soalan UKKM berdasarkan buku teks sekolah rendah. Jadi kalau dah lepas merit PKSK, InsyaAllah boleh lepas UKKM. 

Pilih sebab rating SPM? Jangan la..Yang bijak budak SPM batch tu. Sampai turn anak korang SPM, belum tentu. Pentadbir boleh bertukar, guru-guru hebat pun boleh bertukar. Korang lah parents yang kena bersatu untuk batch anak sendiri.

Jumpa sekejap hari Isnin lepas


Bagi aku jarak menjadi faktor paling utama Tak kira MRSM atau SBP, yang paling dekat aku pilih.  Aku nak yang dekat. Kalau boleh dari tingkap rumah dah boleh nampak bumbung sekolah anak. Haha. Bila dekat ni senang nak jenguk anak. Bila anak aku tak sihat, cikgu call. Cikgu tanya puan nak hantar sendiri ke klinik atau sekolah hantar. Eh, mestilah aku yang nak hantar. 20 minit kemudian anak aku dah dalam kereta ready nak ke klinik. Anak aku yang sulung tu, pernah dia kembali ke sekolah selepas subuh , siap dengan baju sekolah. 

Tahun ni lagi lah, abang Wafiq nk SPM dah. Bila dekat mudah nak join program sekolah dan program yang parents aturkan. Setiap weekend berpakat sediakan makan minum anak-anak selepas habis kelas. Pagi Jumat anak-anak Qiamullail bersama parents di surau sekolah.


Alhamdulillah..teratur hidup anak-anak kat asrama


Kalau si abang, kami yang putuskan dia kena masuk asrama. Si adik pula dengan kerelaan hati sendiri. Sesekali datang juga persoalan dalam hati, betul ke kami ni hantar anak-anak ke asrama? 

Aku banyak kali tanya abang Wafiq, nak tukar sekolah tak. Sampai ke tingkatan 3 aku tanya lagi. Last aku cakap, ni last dah ibu tanya nak tukar sekolah ke tak, sebab nanti dah naik form 4 kena fokus nak SPM dah. Dia tetap dengan jawapan dia, ok je ibu duduk asrama, abang happy je.

Adik Wazif pulak, aku saja bergurau dengan dia. Aku tanya dia, 'adik, nanti kan kalau adik dah kahwin, adik ada anak, adik nak hantar ke anak adik sekolah asrama?'  Dia jawab 'Mesti lah..ok je duduk asrama'
Jawapan dia dah cukup untuk buat aku lega.


Selepas Qiamullail parents bersama anak-anak calon SPM

kuat semangat


Sekarang abang Wafiq sedang berjuang dengan trial SPM, habis trial ni terus sambung trial SPM SBP sekali lagi. Dua kali trial SPM.

Adik pula masih dalam fasa semua benda nak cuba. Risau juga aku pelajaran dia macam mana. Takpe lah, masih form 1, kita bagi masa dia adapt suasana dan dapat urus masa sebaik mungkin. Sibuk training orchestra tu untuk pertandingan bulan depan. Bulan lepas dah join pertandingan di Pulau Pinang tapi terpilih sebagai crew je lah sbb belum pandai main alat muzik lagi. Bulan depan akan ke Putrajaya. Ibu masih hairan, macam mana tiba-tiba pandai main clarinet, tiba-tiba pandai baca music sheet.

Buat pilihan terbaik


So korang, MRSM ke ? SBP ke? Sekolah harian ke? Tepuk dada tanya selera. Situasi kita, hanya kita yang memahaminya. Prestasi anak kita, hanya kita mengenalinya. PAJSK kena cemerlang. Merit PKSK kena score. SES? Diluar kuas kita. Jangan tipu slip gaji atau penyata pendapatan tu, tak berkat. Jadi, biar takdir Allah yang menentukan.

Jangan takut untuk pilih sekolah hot seat. Walaupun ramai yang pilih, kalau dah rezeki anak kita, adalah tempat untuk dia. Tapi kenali dulu dan yakin dengan prestasi anak.

Tak nak hantar anak ke sekolah arama penuh, boleh sambung ke sekolah harian. Sekolah harian pun hebat juga. Kalau sekolah harian pun dah hebat. Apatah lagi MRSM dan SBP. Sekian dari aku yang merumitkan situasi. Hihi. Ampun.





Yaya Azura

Yaya | Blogger Since 2010 | Email : yayaazura82@gmail.com

1 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

Post a Comment
Previous Post Next Post