Sambal Telur Rebus Goreng, Rasa Macam Kuah Percik

Sambal Telur Rebus, Rasa Macam Kuah Percik | Salam hujung minggu. Korang masak apa hari ni? hari ni Yaya kerja, jadi mampu tunjuk laun semalam je lah. Lauk petang ni, petang ni lah fikir. Nak masak apa atau nak beli je. 

Simptom mak Yaya suatu ketika dulu. Rasa semua mak-mak ada simptom ni. Dulu setiap malam akan dapat soalan cepu mas dari mak.

'Esok nak masak apa ye?'

Lepas tu mula la dia imbas kembali...'masak lemak dah buat hari tu, menyayur sudah, gulai sudah, kari sudah...' Áyam masak merah! Itu je jawapan yang selalu diberi. Sudahnya dah tua ni tak boleh nak telan dah ayam masak merah. Masak ayam masak merah pun tak. Sebab suami pun sepesen. Kerap makan zaman kecil. Jemu weh... Haha.

Memang pening bila fikir nak masak apa. Semalam, rancang nak masak sesuatu berasaskan telur. Masak sambal telur pun sedap juga ni. Masak sambal kali ni lain dari yang biasa buat.  Tak ada perancangan nak masak telur yang macam mana sebenarnya. Anak ini tak makan bawang. Anak yang itu tak makan pedas. 

Kemudian, bermulalah edisi campak mencampak. Yaya masukkan segala sos, kemudian masukkan juga sekotak santan. Letak santan tu sebab nak kurangkan rasa pedas. Satu lagi, Yaya sendiri pun sambal-sambal warna merah ni dah kurang makan macam ayam masak merah tu lah.

Bila dah siap masak. Eh macam rasa kuah percik la pulak cuma tak ada rasa serai. Tapi rasa alhamdulillah, sedap lah jugak, anak-anak yang cerewet memilih makan tu pun suka. Licin pinggan dorang makan.

Telur Rebus Goreng


Sambal Telur Rebus Goreng Letak Santan

Bahan kisar: 
1 labu bawang besar
2 ulas bawang puit
1 cm halia
1 cm lengkuas

Bahan -bahan lain:
5 biji telur, direbus dan kemudian goreng
3 sudu besar cili giling
1 sudu  besar sos cili
1 sudu  besar sos tomato
1 sudu  besar sos tiram
1 kotak santan - 200 ml
1 cawan air
Garam dan gula secukup rasa

Cara Penyediaan Sambal Telur Rebus Goreng

  • Sediakan minyak seckupnya. Tumis bahan kisar sehingga terbit bau.
  • Masukkan cili giling dan tumis lagi sehingga terbit bau.
  • Masukkan sos tomato, sos cili dan sos tiram.
  • Masukan sedikit air sekiranya bahan tumisan nampak terlebih garing
  • Kemudian masukkan santan, air. Kacau sebati, biarkan santan mendidih dan kuah menjadi pekat.
  • Perasakan dengan garam dan gula.
  • Masukkan telur. Dah siap untuk dihidang.

Makan dengan nasi putih panas-panas. Sedapnya. Kalau nak makan malam tengok-tengok telur dah habis, tinggal kuah je.Panggang je ikan, jirus kuah dah jadi ikan masak percik. Memasak kena  kreatif, elakkan pembaziran. Kita yang buat dia, kita yang nak makan, asal sedap dan kenyang jadilah. Padahal dah malas nak masak.

Sambal Telur Rebus Goreng Letak Santan


Petua Rebus Telur Kulit Tak Melekat Dan Tak Pecah

Banyak petua yang kita boleh buat tak nak bagi telur pecah semasa rebus dan tak kulit telur tak melekat semasa dikupas. Geram kan kalau kupas telur kulit melekat-lekat. Tak nampak rupa telur rebus dah.
Yaya sendiri akan buat beberapa perkara sebelum merebus telur supaya nanti cantik kejadian telur rebus tu. 

1) Telur mesti berada pada suhu bilik

Kalau guna telur yang disimpan  dalam peti sejuk, kena biarkan telur tu berada pada suhu bilik sekramg-kurangnya 30 minit sebelum merebus. Gas yang terhasil didalam telur akan meningkat apabila terkena haba. Angin ini akan memecahkan bahagian kulit yang lemah untuk merendahkan tekanan.

2) Masukkan sedikit garam kasar ke dalam air

Garam halus pun boleh. Kalau 5 biji telur dalam 1 sudu besar garam. Garam ini membantu menutup sebarang keretakan sewaktu merebus selain membantu menanggalkan kulit dengan cepat dan tidak melekat.

3) Guna api perlahan

Biarkan telur direbus dengan api perlahan untuk mengelakkan ia ‘terkejut’ dengan peningkatan suhu.
Kacau dengan perlahan untuk elakkan telur tenggelam pada dasar periuk kerana ia boleh menyebabkan telur masak tidak sekata dan mudah pecah.

Yaya Azura

Yaya | Blogger Since 2010 | Email : yayaazura82@gmail.com

2 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. Tak pernah terfikir pun nak tambahkan santan bila masak sambal macam tu. Terima kasih atas perkongsian, kak.

    ReplyDelete
  2. Lauk favorite ni! Nak masak pun senang hehehe

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post