Menu Hujung Minggu #2

Assalamualaikum,

Hujung minggu yang padat dengan aktiviti. Tunaikan permintaan anak-anak. nak pergi Kids Frenzy, nak tengok movie Upin Ipin Keris Siamang Tunggal. Dengan adik Wazif grading taekwondonya. Semuanya dah terlaksana. Fuh ibu cuti 2 hari pun tak dan nak bergolek depan tv..sedar-sedar pagi ni dah masuk office.haha..

Dah start cuti sekolah. Budak berdua tu nak pergi duduk rumah nenek. Pagi ibu hantar, petnag ambil, Pagi esok hantar lagi..hehe..Hari ke-3 duduk kat transit tadika lah ye anak-anak. Kesian nenek huru-hara rumah cucu ramai. Haha..Sepupu yang duk Teluk Intan ada balik kampung. Seronok sangat tu lama dah tak jumpa.

Ni lauk hujung minggu. Ala kadar je...

Sayur lemak campur keledek

Kerapu 3 rasa. Ikan free je ni. Untung ada adik kaki pancing. hihi

Kerisi panggang, gaul dengan garan, kunyit dan cili boh je.

Sambal belacan..memang padu regu dengan sayur lemak.

Cekodok pisang buat minum petang. Tambahkan 2 sudu besar tepung beras ke dalam adunan biar rangup cekodok tu. Perap adunan 2 3 jam sebelum goreng.


5 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

Post a Comment
Previous Post Next Post