Hadiah Kecil Tapi Besar Maknanya

Sabtu lepas (12 September 2026) semasa Yaya pergi melawat anak-anak di asrama, sebelum balik adik Wazif bagi tahu dia ada buat gelang manik untuk yaya. Dia hampir terlupa nak bagi. Masa tu dah jam 6 lebih, dah habis masa melawat. Dia minta tunggu sekejap. Berlari dia naik ke dorm pergi ambil gelang.


Nah, gelang untuk ibu!

Tak lama lepas tu, nampak dia dari jauh berlari ke kereta, sambil senyum sengih. Yaya buka tingkap dan dia hulur gelang. Gelang manik plastik berwarna pastel. Cute sangat gelangnya. 

Dia kata adik letak manik 'TG' ibu, nama adik. Gelang untuk ibu tapi nama dia. Boleh la..nama pemberi. Haha.

Ada harga yang tak boleh dibeli

Kalau tengok betul-betul, susunan maniknya pun taklah terlalu sempurna. Ada yang besar, ada yang kecil. Warna pun campur-campur.  Tapi itulah yang menjadikan gelang ni cantik.. Nampak sangat macam gelang budak-budak. Haha.. memang budak lagi, belum masuk 13 tahun. 

Mungkin pada orang lain, nilainya biasa-biasa sahaja.

Tapi bagi yaya, seorang ibu yang dapat hadiah dari anak lelaki rasa macam terharu sangat-sangat. Satu rasa yang tak dapat diungkap.

Manik dari projek sains

Masa cuti sekolah baru ni, merata juga mencari mirror sticker. Cikgu pesan suruh bawa untuk projek sains. Akhirnya jumpa mirror sticker di kedai Eco cawangan Chabang 3. Hanya tinggal dua keping mirror sticker berbentuk awan di atas rak. Yaya ambil dua keping tu, boleh lah dari tak ada.

Mirror sticker ni untuk Kaleidoscope Project: Concept of Reflection of Light. Manik-manik tu pula mungkin girls yang kena bawa. Lebihan manik dia ambik buat gelang untuk ibu. Ibu kena berterima kasih juga nampaknya kepada pembawa manik. Hihi

Sayang nak pakai

Kalau tengok ni, manik yang bersaiz besar tu macam mudah menggelupas. Kalau dah menggelupas, mungkin nanti warnanya dah tak berapa cantik. Talinya pun mungkin tak berapa tahan. Jadi, Yaya rasa Yaya simpan elok-elok je lah gelang pemberian Wazif ni.

Tunggu adik kerja, ada gaji lah pulak, belikan ibu gelang emas pula ye. Haha.



Yaya Azura

Yaya | Blogger Since 2010 | Email : yayaazura82@gmail.com

1 تعليقات

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

إرسال تعليق
أحدث أقدم