Alhamdulillah, selesai sudah dua hari Jelajah PKSK Misi Ke Asrama Penuh bersama Fly High di UniSZA, Edisi Terengganu. Dua hari yang penuh ilmu, semangat dan inspirasi.
Bagi Yaya, dua hari ini bukan sekadar bengkel persediaan PKSK 2026, tetapi satu pengalaman yang cukup bermakna. Melihat dewan yang dipenuhi dengan anak-anak yang datang dengan penuh semangat, duduk belajar dan aktif bertanya soalan.
Lebih menarik, bukan anak-anak Terengganu sahaja yang hadir. Semasa Sir Halim bertanya ada tak peserta dari luar Terengganu. Ada beberapa orang peserta angkat tangan. Mereka datang jauh dari Kelantan dan Pahang.

Kagum sungguh tengok semangat anak dan pengorbanan ibu apa. Jauh perjalanan tidak menjadi penghalang untuk mereka mendapatkan ilmu dan membuat persediaan menghadapi Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK).
Pada hari pertama, Yaya turut sama merasa keterujaan melihat semangat semua peserta. Tahun lepas giliran Wazif menduduki PKSK. Tahun ini giliran anak buah pula, Rania dan Nawal. Masing-masing memasang impian untuk ke sekolah berasrama penuh.
Hari kedua pula diteruskan dengan beberapa subjek dan kemahiran penting.
- Artikulasi Penulisan bersama Cikgu Bob
- Matematik bersama GB Shahril
- Pengetahuan Am bersama Sir Halim
Setiap guru membawa pendekatan dan kepakaran tersendiri. Anak-anak didedahkan kepada cara menjawab dengan lebih tersusun, memahami kehendak soalan serta menggunakan strategi yang bersesuaian.
Yaya suka melihat suasana sepanjang bengkel ini. Anak-anak bukan sekadar datang untuk "belajar dan balik", tetapi benar-benar cuba menyerap ilmu yang diberikan.
Slot ini menampilkan penampilan khas Angkasawan Negara, Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor (DSM). DSM berkongsi pengalaman beliau ketika berada di Stesen Angkasa Antarabangsa pada tahun 2027 selama 10 hari.
DSM juga telah merasmikan dua permainan interaktif hasil kolaborasi Fly High Education Centre dan D'Blox.
Jejak Wahyu mengetengahkan konsep pengembaraan Sirah menerusi lapan bab.
Platform Roblox dipilih sebagai medium kerana dekat dengan generasi muda, selain boleh diakses melalui telefon, tablet, komputer dan konsol.
Bagi anak-anak yang memang dekat dengan permainan digital, kaedah seperti ini boleh menjadi salah satu alternatif untuk menjadikan sesi ulang kaji lebih santai tetapi tetap berfokus.
Bagi Yaya bengkel bersemuka seperti ini sebenarnya lebih dekat dan memberi kesan positif yang lebih besar kepada peserta. Pastinya menjadi satu pengalaman yang sangat berharga buat semua peserta.
Buat anak-anak yang hadir, simpan segala ilmu yang diperoleh. Gunakan teknik yang dipelajari, teruskan membuat latihan dan jangan takut untuk melakukan kesilapan.
Semoga segala ilmu dan pengalaman daripada Bengkel PKSK Edisi Terengganu di UniSZA ini menjadi bekalan untuk melangkah ke medan PKSK dengan lebih yakin.
Dan yang paling penting, semoga impian anak-anak untuk mendapat tempat di sekolah idaman, sama ada SBP, MRSM atau sekolah khusus pilihan masing-masing, menjadi kenyataan.
Usaha, doa dan tawakal. Selebihnya, serahkan kepada Allah.
Dua hari bersama barisan guru Fly High untuk bantu anak buat persediaan melalui 6 komponen PKSK :
- Matematik
- Sains
- English
- Kecerdasan Insaniah
- Pengetahuan Am
- Artikulasi Penulisan
Anak akan belajar, berlatih, memahami teknik menjawab dan dibimbing secara bersemuka supaya mereka tahu apa yang perlu diperbaiki sebelum menghadapi peperiksaan.
Bengkel PKSK seperti ini boleh menjadi salah satu platform untuk membantu calon membuat persediaan dengan lebih terarah sebelum menghadapi PKSK.
Tarikh: 25 & 26 September 2026
Masa : 7.30 pagi – 5.30 petang
EARLY BIRD RM250 SAHAJA
Modul belajar dan makan disediakan
Lebih menarik, kalau daftar ramai-ramai lagi JIMAT
- 5 orang → RM230 seorang
- 10 orang → RM210 seorang
NAK JOIN JELAJAH PKSK KELANTAN?
Terus WhatsApp untuk LOCK SLOT anak sekarang!
Hari Pertama Bengkel PKSK
Pada hari pertama, Yaya turut sama merasa keterujaan melihat semangat semua peserta. Tahun lepas giliran Wazif menduduki PKSK. Tahun ini giliran anak buah pula, Rania dan Nawal. Masing-masing memasang impian untuk ke sekolah berasrama penuh.
Hari pertama berlangsung dengan pengisian yang cukup padat dan menarik
Antara pengisian hari pertama ialah:
- Bahasa Inggeris bersama Teacher Manisah
- Sains bersama Cikgu Shukry
- Kecerdasan Insaniah bersama Sir Halim
Apa yang menarik, sesi pembelajaran bukan sekadar tertumpu kepada menjawab soalan. Anak-anak turut didedahkan kepada teknik menjawab, strategi menghadapi PKSK dan cara berfikir dengan lebih yakin.
Bagi murid Tahun 6 yang bakal menghadapi PKSK, persediaan seperti ini memang sangat membantu. Mereka bukan sahaja perlu menguasai pengetahuan akademik, tetapi juga perlu bersedia dari segi kemahiran berfikir dan kecerdasan insaniah.

Hari Kedua Jelajah PKSK Bersama Fly High
Hari kedua pula diteruskan dengan beberapa subjek dan kemahiran penting.
- Artikulasi Penulisan bersama Cikgu Bob
- Matematik bersama GB Shahril
- Pengetahuan Am bersama Sir Halim
Setiap guru membawa pendekatan dan kepakaran tersendiri. Anak-anak didedahkan kepada cara menjawab dengan lebih tersusun, memahami kehendak soalan serta menggunakan strategi yang bersesuaian.
Yaya suka melihat suasana sepanjang bengkel ini. Anak-anak bukan sekadar datang untuk "belajar dan balik", tetapi benar-benar cuba menyerap ilmu yang diberikan.
Slot Bonus Bersama Ibu Bapa dan Angkasawan Negara
Salah satu momen yang paling istimewa bagi Yaya ialah Slot Bonus Bersama Ibu Bapa pada hari kedua.
Slot ini menampilkan penampilan khas Angkasawan Negara, Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor (DSM). DSM berkongsi pengalaman beliau ketika berada di Stesen Angkasa Antarabangsa pada tahun 2027 selama 10 hari.
Teruja betul anak-anak masa ni. Macam-macam soalan ditanya kepada DSM.
![]() |
| Tu hah Rania, bertudung warna merah hati.. |
DSM juga telah merasmikan dua permainan interaktif hasil kolaborasi Fly High Education Centre dan D'Blox.
1- Jejak Wahyu
Kalau sebelum ini pembelajaran Sirah mungkin terasa agak serius bagi sesetengah anak-anak, pendekatan berasaskan permainan seperti ini boleh menjadikan proses belajar lebih menarik.2- PKSK Onboard: Misi Ke Asrama Penuh
Satu lagi yang menarik ialah PKSK Onboard, yang direka untuk membantu pelajar membuat ulang kaji PKSK secara lebih interaktif. Menerusi PKSK Onboard: Misi Ke Asrama Penuh, pemain dibawa dalam pengalaman berkonsepkan misi angkasa dan penerokaan stesen.Kedua-dua permainan menggunakan pendekatan pembelajaran melalui penerokaan, membolehkan pemain menemui maklumat secara aktif, dengan kuiz sebagai pengukuhan kefahaman.
Platform Roblox dipilih sebagai medium kerana dekat dengan generasi muda, selain boleh diakses melalui telefon, tablet, komputer dan konsol.
Bagi anak-anak yang memang dekat dengan permainan digital, kaedah seperti ini boleh menjadi salah satu alternatif untuk menjadikan sesi ulang kaji lebih santai tetapi tetap berfokus.
Bukan Sekadar Bengkel PKSK
Bagi Yaya bengkel bersemuka seperti ini sebenarnya lebih dekat dan memberi kesan positif yang lebih besar kepada peserta. Pastinya menjadi satu pengalaman yang sangat berharga buat semua peserta.
Buat anak-anak yang hadir, simpan segala ilmu yang diperoleh. Gunakan teknik yang dipelajari, teruskan membuat latihan dan jangan takut untuk melakukan kesilapan.
Semoga segala ilmu dan pengalaman daripada Bengkel PKSK Edisi Terengganu di UniSZA ini menjadi bekalan untuk melangkah ke medan PKSK dengan lebih yakin.
Dan yang paling penting, semoga impian anak-anak untuk mendapat tempat di sekolah idaman, sama ada SBP, MRSM atau sekolah khusus pilihan masing-masing, menjadi kenyataan.
Usaha, doa dan tawakal. Selebihnya, serahkan kepada Allah.
Mengenai Jelajah PKSK Misi Ke Asrama Penuh
Program Jelajah PKSK Misi Ke Asrama Penuh bersama Fly High memberikan pendedahan kepada murid Tahun 5 dan 6 tentang persediaan menghadapi PKSK.Dua hari bersama barisan guru Fly High untuk bantu anak buat persediaan melalui 6 komponen PKSK :
- Matematik
- Sains
- English
- Kecerdasan Insaniah
- Pengetahuan Am
- Artikulasi Penulisan
Anak akan belajar, berlatih, memahami teknik menjawab dan dibimbing secara bersemuka supaya mereka tahu apa yang perlu diperbaiki sebelum menghadapi peperiksaan.
Bengkel PKSK seperti ini boleh menjadi salah satu platform untuk membantu calon membuat persediaan dengan lebih terarah sebelum menghadapi PKSK.
Bengkel PKSK Seterusnya di Kelantan
Tarikh: 25 & 26 September 2026
Masa : 7.30 pagi – 5.30 petang
Lokasi : Kota Bahru, Kelantan
EARLY BIRD RM250 SAHAJA
~~Harga biasa RM299~~