Mat Rempit Terengganu Patut Sahut Cabaran


Asssalamualaikum ...

Mat Rempit aka Samseng Jalanan *diluluskan tak istilah nie?* kalau hujung minggu memang dasyat situasi kat bandar Kuala Terengganu nie..lebih 300 buah motor berkonvoi ntah ape-ape .. nie keadaan siang hari...dekat waktu maghrib...malam hari tak tau la...jalan raya dorang yang punya .. yaya rasa sah-sah dorang semua nie kena sumpah seranah dgn orang ramai.. mana taknya... jalan jd jem teruk ... laluan trafik dorang yang control ..*mana polis??* paling hebat kalau diperhatikan dorang hp sentiasa dalam genggaman.. agaknya dorang sentiasa SMS bg info antara satu sama lain..mungkin info tentang lokasi polis ....

*ehsan google ...


nie Yaya nak share surat pembaca dlm Berita Harian pasal mat rempit nie ...

Di Terengganu mat rempit diminta mendaftar sebagai pelumba motosikal secara profesional. Kerajaan negeri akan membiayai yuran pendaftaran, kos latihan, pakaian, peralatan, lesen perlumbaan dan insuran.

Ini sudah cukup bagus, semuanya akan ditanggung. Justeru, mat rempit perlu menyahut cabaran ini. Buktikan kehebatan berlumba motosikal secara sah dan bukan secara haram.
Tawaran menjadi pelumba profesional ini mungkin didorong semangat mahu melihat kegiatan lumba haram dapat dikurangkan selepas pelbagai usaha termasuk kempen dan operasi dilaksanakan tidak menampakkan keberkesanan.

Cuma yang belum dilaksanakan ialah undang-undang memperuntukkan hukuman lebih berat agar wujud rasa gerun dan insaf. Dalam operasi selama ini pelumba haram yang ditahan dikenakan tindakan atas pelbagai kesalahan lalu lintas.

Perlukah kita menggubal undang-undang antilumba haram yang memperuntukkan hukuman lebih keras seperti denda yang tinggi, penjara, merampas motosikal dan menahan lesen memandu?

Cadangan ini mungkin kurang disenangi pihak tertentu khususnya yang memperjuangkan hak asasi dan kebebasan individu. Ada pihak mengatakan undang-undang sedia ada sudah mencukupi.

Persoalannya pendekatan pendidikan dan kempen kesedaran yang bagaimanakah lagi perlu dilakukan untuk membentuk kesedaran?

Adakah kita hanya meneruskan kempen dan operasi seperti biasa dengan peruntukan undang-undang sedia ada dan akibatnya lumba haram menjadi fenomena lumrah di negara kita? 


nota di kaki : baik punya cadangan..semua free ..nanti wujud ler lambakan pelumba professional ...^___^







17 تعليقات

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. hm, makin terukler kt Ganu tu....

    ردحذف
  2. jenuhla kerajaan negeri nak support kos semua..bukannya seorang dua je yg nak di support..beratus2 mat rempit....ish..ish...

    ردحذف
  3. tapi sayang jugok ke duit rakyat wat jadi modal berlumbe..dokkan menteri nk pakai duit sediri..

    ردحذف
  4. ermmm..diaorg lagi suka jd pelumba haram pastu mati katak kat jln rayer..astafirullah..bila lah anak2 melayu ni nak sedar..

    ردحذف
  5. bukan takat hujung mgu je kak. kalau pukul 6.30 - 7.30 kat area wakaf beruas hari2 ade.

    ni dah kerajaan bagi peluang free, kalau tak join jgk x tau lah.

    ردحذف
  6. beribu2 yg berkumpul dahsyatnya

    setiap mlm sabtu dan mlm minggu lebuhraya persiaran utara yg terletak di blkg rumah ana juga jadi tpt utk berlumba oleh mat motor dan mat-mat yg berkereta

    ردحذف
  7. Walaupun sy komen,
    Tpi sy tak syg awk... hihi
    Mat rempit ni memang xleyh wat pape,
    selagi ada jalan, selagi itulah ada mat rempit...

    ردحذف
  8. kerajaan sepatutnye wujudkan fatwa haram merempit..sbb bole menjejaskan keselamatan org awam..

    ردحذف
  9. tula pasal..nt bnyk lak pergaduhan antara "pelumba professional" tu

    ردحذف
  10. Pergh.. makin ramai mat rempit ni.. padanla kalau saya kuar ke bandar KT naik motor, selalu ada roadblock je.. :-)

    ردحذف
  11. Ayuni : dorang dah keras kepala..buat ape pun tak jadi

    ummi alesya : tu la..anak melayu semua..sedih rsnya ..

    puteri iqa : kalau kat depan Giant tu hari jumaat dan cuti umum mmg sah dorang wat hal..

    ana : mesti bising tak boleh tisur kan ?

    syafiq : hah?erk??..nak buat macam mana..tak kan nak buang jalan ..hihi..tapi kalau pihak tertentu brtegas tentu boleh atasi ..

    hanim : dah ada bunting dan banner kat dalam bandar nie bg tau macam tu .. tak de keinsafan ..

    wanda : ntah la ...rasa mcm tak kena je cara tu ...

    ردحذف
  12. wat pe perhabehkan duit untuk golongan macam ni.. dieorang nak kebebasan.. bile dah join komuniti cam ni mesti lah kena ikut jadual dan peraturan kan... remaja xsuka ngan dua benda tu :)

    ردحذف
  13. patutla macam kenai je..zura, sek ss ekk..ingat x sy?

    kenal muka kot tp dok ingat nama..tgk la muka sy kat http://sakurashawl.com

    ردحذف
  14. mmg dasyat mat rempit tgganu...dia orang ni selagi tak ada kesedaran sendiri,buat mcm mana pun tak guna..agak2nya dah patah semua tulang baru nak berhenti jadi mat rempit.

    ردحذف
  15. mat rempit ni kalau diberi litar lumba,mereka tak nak,sebab sifat yang ada pada mat rempit adalah sifat menunjuk-nunjuk kehebatan mereka dengan pelbagai stail,saja nak tunjuk,supaya orang dapat tengok,biasalah,nak buat macam mana,tapi kan,daripada kerajaan membazir duit untuk membela mat rempit terengganu ni,adalah lebih baik jika kerajaan sumbangkan duit -duit tersebut kepada mereka yang lebih memerlukan

    ردحذف
إرسال تعليق
أحدث أقدم