Pasta Goreng Cili Padi Mudah Dan Sedap

Pasta Goreng Cili Padi Mudah Dan Sedap | Salam penghujung Jumaat. Kurang satu jam dah masuk hari Sabtu. Entah lah malam ni macam ada sedikit kerajinan nak update blog. Sekarang ni malam-malam cepat sangat datang mengantuknya sampai blog pun tak sempat nak jengah.

Mungkin hari ni kurang sedikit penatnya. Itu yang rasa nak berceloteh. Sebab tak ada aktiviti menggosok baju hari ni. Hihi. Bermula anak sulung Yaya masuk boarding school beberapa bulan lepas, hujung minggu memang tak menang tangan. Awal-awal ni kita mudahkan dulu urusan abang Wafiq di asrama. 

Buat permulaan ni biar dia rasa syok duduk asrama. Baju kotor mak basuh. Petang Khamis ayahnya akan ambil, hari Sabtu giliran Yaya pula menghantar berpasang-pasang baju siap iron. Belum lagi dia minta kita lawat dia hari Jumaat. Mentang-mentang ler sekolah dengan rumah tak jauh mana. 

Selepas masak lauk pauk tengah hari terus sambung menggoreng pasta cili padi. Teringat-ingat resipi ni Khairul Aming share masa puasa hari tu. Baru berkesempatan nak buat. Nak buat pun mudah sangat ni. Bahan-bahan pun tak banyak. Tapi kena letak seafood jugak baru sedap. Ni letak udang je, stok sotong tak ada.

Buat pasta ni pun sebab dah janji dengan abang Wafiq hari ni nak pergi melawat dia. Baru je Selasa baru ni hantar dia balik asrama selepas habis cuti Raya Haji. Itu yang minta dia basuh dan gosok sendiri je baju kotor untuk dua hari lepas.

Suka lah dia makan pasta tak ada sayur dan bawang kat dalam tu tak dapat dikesan. Ku cincang halus bawang putih tu. Kenal sangat perangai si bujang tu. Pantang betul dia kalau tergigit bawang, terus kembang muka. Hihi.


pasta cili padi

Lebihan pasta siang tadi kita buat santapan makan malam pula. Udang banyak tapi pasta sikit semestinya untuk Yaya. Haha. Lauk pauk yang ada udang ni memang feveret lah. Biasa lah..yang sedap ni kita simpan hujung-hujung baru nak makan. Tapi..si bongsu pulak datang meminta. 'Ibu..nak udang boleh, nak udang jer..'.hmmm..ye lah nak...


cara masak pasta fettuccine spaghetti goreng cili padi

Udang sikit tapi pasta banyak semestinya untuk ketua keluarga. Dia makan laju-laju, sekejap je licin pinggan. Tak sempat adik Wazif nak minta udang. Hihi.

Yaya share resipi sini..boleh lah buat main masak-masak lain kali. hihi

Bahan-Bahan Pasta Cili Padi

  • 5 ulas bawang putih cincang halus
  • 3-4 biji cili padi hiris nipis
  • Udang dan sotong
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu kicap manis
  • 1 peket pasta yang dah direbus (fettuccine/spaghetti)
  • Daun ketumbar
  • Limau nipis
Cara-cara memasak:

Tumis bawang putih sehingga naik bau, masukkan cili padi, udang dan sotong. Kemudian masukkan sos tiram, kicap manis, pasta dan ketumbar. Gaul rata. Sebelum makan perah dengan limau nipis. 

Gitu jer hah masaknya. Bila Yaya buat nampak macam kering pulak. Mungkin sebab tak ada sotong, air sotong tu tak keluar. Entah lah. Daun ketumbar tak letak. Limau nipis tak letak. Sejenis keluarga tak suka kalau makan pasta atau mi goreng rasa masam. Hihi. Cili padi tu pun letak sebiji jer, budak-budak ni mana tahan makan pedas. 

Sudahnya ku curahkan kicap manis pedas jenama Mahsuri dalam pinggan. Baru lah umphhh pasta cili padi ni. Memang sedap! Lain kali boleh buat lagi, cincai cincai je dah siap. 

Sekejap lagi tepat 12 malam ulang tahun kelahiran abang Wafiq yang ke 13. Itu tadi buat kejutan untuk dia. Memang terkejut pun dia kami datang siap dengan hadiah, coklat, brownies. Raikan ulang tahun dia awal sehari. Sembang-sembang sambil makan pasta. 

Dah bagi tahu abang Wafiq tadi, esok kami tak datang. Tapi tadi dia kata kalau boleh datang lah sekejap. Alahai anak.. Dia enjoy duduk asrama. Boleh bawa diri bila berjauhan dengan ibu ayah. Tapi itulah, bila hujung minggu nak juga kami datang dua hari berturut. 

Semoga abang Wafiq baik-baik sahaja di asrama. Rinduuu.... 



Yaya Azura

Yaya | Blogger Since 2010 | Email : yayaazura82@gmail.com

7 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. Mesti abang Wafiq rasa puas hati bila ibu ayah datang ziarah. Rasa lain bila tak datang. Dah biasa berkumpul. Nak biasakan dengan suasana baharu ambil masa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu..kita yang kat rumah ni pun rasa lain bula dia tak ada.

      Delete
  2. Sejenis x berapa mkn pedas okay la letak sebiji je heheee. sedap juga buat pasta goreng cmni yaya..tq share resepi dan HBB untuk wafiq :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Shida.. belum belated lagi. Memang hari ni birthday dia. Sambut awal sehari.

      Delete
Post a Comment
Previous Post Next Post