LZS Lancarkan Bulan Taksir Zakat - Taksir & Menang Hadiah

LZS Lancarkan Bulan Taksir Zakat - Taksir & Menang Hadiah | Yaya nak berkongsi kempen terkini yang telah dilancarkan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) iaitu kempen Bulan Taksir Zakat (BTZ). Kempen BTZ bermula pada 15 Jun 2022 sehingga 31 Julai 2022. Pada mulanya, Yaya tertanya juga kenapa kempen taksir zakat ni bermula pada pertengahan tahun? 

Selepas membaca info dari laman sosial LZS baru lah terungkai persoalan Yaya. Kebiasaannya, bila kita nak taksir zakat pendapatan contohnya, hujung tahun baru kita taksir setelah mengambil kira semua hasil  pendapatan pada tahun tersebut. Bagi pekerja yang melakukan potongan gaji bulanan untuk membayar zakat mungkin tidak ada masalah. Namun bagi mereka yang gemar membuat taksiran pada hujung tahun dan tidak pula memperuntukkan wang untuk bayaran zakat pasti berdepan masalah untuk membayarnya.

Jadi, LZS melancarkan kempen BTZ bagi menggalakkan masyarakat mentaksir sendiri jumlah zakat yang perlu ditunaikan. LZS mengambil inisiatif untuk membudayakan taksiran zakat pada setiap bulan Jun sebagai amalan tahunan dalam kalangan masyarakat agar tanggungjawab zakat tidak dilupakan. Semoga dengan kempen ini dapat membantu kita menunaikan rukun islam keempat dengan sempurna.

Takzir Zakat


Apa Itu Taksir Zakat ?

Takzir zakat bermaksud mengira anggaran zakat yang perlu dibayar. Zakat Fitrah lebih mudah dikira kerana mengikut harga beras yang dimakan dan diwajibkan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan Muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang tertentu dan boleh dibayar pada bulan Ramadhan sehingga pagi 1 Syawal sebelum melaksanakan Solat Sunat Aidil Fitri.

Zakat Harta pula ialah zakat yang dikenakan ke atas harta-harta tertentu dan boleh dibayar pada bila-bila masa. Kadar zakat harta ialah 2.5% dari jumlah harta. Zakat harta wajib dikeluarkan kerana ia adalah satu jalan jihad kepada Allah dan Islam.

Zakat harta terbahagi kepada beberapa jenis :
  • Zakat Pendapatan
  • Zakat Perniagaan
  • Zakat Wang Simpanan
  • Zakat Pelaburan
  • Zakat KWSP
  • Zakat Emas 
  • Zakat Tanaman
  • Zakat Ternakan
  • Zakat Saham

Zakat Pendapatan

Kali ini Yaya ingin berkongsi mengenai zakat pendapatan. Pendapatan termasuklah segala jenis hasil pendapatan atau pulangan sebagai balasan perkhidmatan yang berupa gaji, upah, bonus, dividen, hasil sewaan, royalti, hibah, elaun, honorium, pampasan, pencen, perniagaan bermusim dan lain-lain bentuk perolehan dan apa jua pendapatan berdasarkan kerjaya atau sebagai ahli profesional.

1) Komponen Pendapatan terbahagi kepada :

1. Hasil Penggajian dan Upah Tahunan - gaji, elaun, bonus, ganjaran, gratuiti dan keuntungan ESOS (Skim Pilihan Saham Pekerja)

2. Hasil Bebas dan Profesional Tahunan - keuntungan projek, perniagaan bermusim, komisyen takaful/unit trust, khidmat konsultansi, royalti buku/aktiviti seni, pembiayaan semula aset dan sebagainya.

3. Hasil al-Mustaghallat - hasil sewaan rumah, sewaan aset, sewaan kenderaan, hasil pertanian (getah, kelapa sawit) dan hasil yang dikeluarkan oleh binatang ternakan seperti susu, telur, madu dan sebagainya.

4. Hasil Pemberian atau Sumbangan - hibah, hadiah, saguhati, pencen pasangan, sedekah, pampasan, harta pusaka, mahar kahwin dan sebagainya.


2) Had Kifayah Isi Rumah - Dalam pengiraan zakat pendapatan, had kifayah isi rumah diambil kira.  Had Kifayah bermaksud garis kecukupan minimum bagi keperluan asasi seseorang individu dan tanggungannya berdasarkan kos sara hidup semasa. Kadar had kifayah digunakan oleh LZS bagi menentukan garis kecukupan seseorang dalam penentuan asnaf.

Keperluan asas yang diambil kira dalam penentuan Had Al-Kifayah:

a. Perlindungan / tempat tinggal
b. Makan dan minum
c. Pakaian
d. Perubatan
e. Pelajaran
f. Pengangkutan

Had Kifayah Zakat

Had Kifayah Tambahan (Jika ada)
  1. Tanggungan Anak Kelainan Upaya (OKU) – RM 224.00
  2. Tanggungan Pesakit Kronik – RM 222.00
  3. Kos Penjagaan Anak – RM 290.00

Cara Taksir Zakat Pendapatan

Cara mengira zakat pendapatan adalah dengan mengetahui jumlah komponen pendapatan. Kemudian hasil komponen pendapatan ditolak dengan had kifayah dan tolakan lain iaitu caruman KWSP dan simpanan Tabung Haji pada tahun semasa sekiranya ada. Zakat pendapatan pada kadar 2.5% wajib dibayar sekiranya melebihi nisab.

Untuk mereka yang ingin membuat taksiran zakat pendapatan secara online boleh berbuat demikian di https://www.zakatselangor.com.my/zakat-pendapatan/

Selain website, lagi kemudahan yang disediakan oleh LZS untuk mentaksir zakat ialah dengan memuat turun aplikasi Zakat Selangor di App Store atau Play Store.

> Langkah 1 - Muat turun aplikasi Zakat Selangor di App Store atau Play Store. Kemudian daftar atau log masuk. Log masuk menggunakan sistem Elektronik Zakat Online (EZO). Sekiranya belum daftar boleh daftar di https://ezo.zakatselangor.com.my/daftar.asp

Melalui EZO juga, anda boleh memohon bantuan Zakat Selangor, menyemak permohonan zakat, membayar zakat dan menyemak rekod bayaran zakat.


> Langkah 2 - Pilih menu ‘Taksir’ dan lengkapkan semua maklumat. 

Kempen Taksir Zakat


> Langkah 3 - Pilih 'Zakat Pendapatan'

Cara Taksir Zakat Pendapatan


> Langkah 4 - Lengkapkan semua maklumat dan kemudian tekan 'Taksir Zakat' dan ‘Jumlah Zakat Setahun’ anda akan dipaparkan.

Taksir Zakat Pendapatan


> Langkah 5 - Tekan ‘Simpan Taksir Zakat’ untuk buat rujukan masa nak bayar nanti. Bila-bila masa boleh rujuk balik rekod taksiran anda.

Bayaran zakat online juga boleh terus dilakukan menerusi aplikasi Zakat Selangor.




LZS Komited Agih Zakat


Agihan Zakat Selangor

Semestinya pengeluar zakat ingin mengetahui bagaimaa hasil zakat yang dikutip diagihkan. Sepanjang tahun 2021, pengeluar zakat di Selangor telah mengeluarkan zakat sebanyak RM993 juta dan sejumlah  RM922 juta telah diagihkan kepada mereka yang layak menerima zakat.

Untuk tahun 2022 pula, kutipan zakat dari Januari sehinggan April 2022 ialah RM 354,912,888 dan agihan yang dibuat untuk tempoh empat bulan ini ialah RM 313,931,706

Pelbagai bantuan telah diberikan termasuklah bantuan kepada mangsa banjir, bantuan Ramadan dan Syawal serta bantuan pendidikan. Inilah yang pengeluar zakat mahukan. Lebih banyak zakat yang dikumpul dan banyak itu lah juga yang diagihkan.

Anda boleh ketahui laporan aktiviti zakat Selangor di https://www.zakatselangor.com.my/informasi/laporan-aktiviti-zakat/

LZS juga sentiasa berkongsi kisah aktiviti agihan zakat di Instagram dan juga di Facebook mereka. Membaca kisah-kisah ini sedikit sebanyak menyentuh hati. Secara tak langsung juga membuatkan kita agar lebih peka kepada masyarakat di sekeliling. Mengenal pasti mereka yang perlu dibantu dan membuat aduan kepada pihak LZS. 

Terima kasih dan tahniah kepada pengeluar zakat di Selangor. Kerana zakat anda,  LZS dapat menyantuni ramai asnaf di Selangor.


Jom Taksir Zakat Dan Menang Hadiah

Sempena kempen Jom Taksir Zakat: Sempurnakan Zakatmu yang bermula pada 15 Jun 2022 sehingga 31 Julai 2022, mana-mana pengeluar zakat yang memuat turun aplikasi Zakat Selangor dan membuat taksiran zakat dan seterusnya membuat pembayaran zakat berpeluang untuk menyertai peraduan Jom Taksir Zakat dan memenangi pelbagai hadiah yang menarik.


Bulan Taksir Zakat BTZ



1) Taksir Zakat Dan Tebus Baucar KFC

Cara Taksir Zakat


Untuk menebus Baucar KFC, anda hanya perlu layari http://jom.zakatselangor.com.my atau muat turun aplikasi mudah alih ZakatSelangor di Play Store atau App Store, daftar dan log masuk. Kemudian gunakan fungsi "Taksir" dan buat taksiran jenis-jenis zakat harta dan "Simpan Taksir Zakat". Tangkap layar bukti taksiran dan tabus baucar di cawangan LZS berdekatan.



2) Taksir, Bayar Zakat Dan Menang Hadiah Menarik


Peraduan Taksir Zakat

Anda berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik sekiranya membuat bayaran zakat. Pemenang akan dipilih melalui sistem cabutan berkomputer dan akan diaudit oleh juruaudit LZS. 
  • Hadiah utama : Yamaha Lagenda 115Z FI
  • Hadiah Kedua : Nintendo Switch OLED
  • Hadiah Ketiga : Smart Watch Garmin
  • 10 Hadiah Saguhati : Galaxy Tab A8

Jadi, jangan lepaskan peluang ini. Mana tahu selepas berzakat ada rezeki anda menang hadiah pula.


Maklumat lanjut

Untuk lebih info boleh layari laman web dan juga laman sosial Lembaga Zakat Selangor.

Telefon : 1-300-88-4343 


Yaya Azura

Yaya | Blogger Since 2010 | Email : yayaazura82@gmail.com

6 Ulasan

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. Terbaik lah... Banyak info baru dapat nih

    BalasPadam
  2. Thanks so much for sharing this good information for all Muslims while they fulfilled the zakat commitment. Cheers Siennylovesdrawing

    BalasPadam
  3. Rupanya banyak jenis zakat. Kena kira dan tengok betul2.. ada rezeki boleh menang hadiah

    BalasPadam
  4. Terima kasih perkongsiannya, saya pun baru mencari-cari cara untuk perkiraan zakat ini. Terbaca pula sharing ini.

    BalasPadam
  5. Bagus juga tu ada cara taksir zakat. Buat tengah tahun senang nak kira dan tahu dari awal

    BalasPadam
  6. alhamdulillah,tq sharing yg sangat bermakna ni.Benda ni nampak simple tapi tu lah kuncinutk keberkatan rezki kita

    BalasPadam
Catat Ulasan
Terbaru Lebih lama